Sunday, June 2, 2013

Review : Biografi Agung Rasulullah SAW. Wajib Anda Miliki!

Assalamualaikum

Aku suka buku. Yes suka sangat. Beli dan baca. Satu kepuasan. Sebelum ni aku Review : Ensiklopedia Fiqah Wanita Muslimah, kali ni aku akan review genre buku yang sama iaitu Islamik. Pada aku, buku yang aku nak review ni jugak aku kategorikan sebagai buku WAJIB ADA dalam simpanan kita semua sebagai umat Muhammad. 



Buku ini memang awesome. Aku mula tahu buku ni bila mana aku dengar ceramah Ustaz Don kat TV Al-Hijrah yang mana beliau sendiri gunakan dan sarankan buku ini sebagai rujukan. Dan Alhamdulillah masa hari jadi ayah bulan Mac yang lepas aku ada rezeki beli buku ni untuk simpanan keluarga. 

Dengan harga RM 65, bukan setakat satu dua info dan maklumat yang kau dapat, Subhanallah lebih dari itu semua. Kau dapat ilmu, dapat tahu fakta, maklumat yang jelas dan siap ada gambar sebenar lagi. Allahuakbar. Kadang tu bila kau tenung lama-lama pakaian, selipar, malahan rambut Rasulullah, kau rasa nak menangis menitik air mata tau. Apatah lagi bila kau baca kisah perjuangan baginda dan disebelahnya kau boleh tengok bagaimana panji tentera Islam yang masih utuh hingga kini, juga melihat betapa cantiknya pedang Rasulullah yang menghunus melawan musuh Islam. Allahuakbar! 






Malahan bukan itu je, kau boleh tahu banyak lagi sunah dan amalan yang Rasulullah amalkan. Terlalu banyak. Cukup lengkap. Dari aspek pakaian, warna kegemaran, cara makan, jenis makanan, adab duduk, adab ketawa dan macam-macam lagi. Subhanallah, peribadi Rasulullah itu takde tolok bandingnya! 

Aku sangat sarankan kita semua dapatkan buku ni. Demi kecintaan pada Rasul. Aku yakin kalau kau hayati, kau memang dapat lihat betapa baginda sayangkan kita. Betapa tawaduknya baginda menjalani kehidupan sedangkan baginda pemimpin ulung, pemimpin pilihan Allah.

Part paling aku suka dalam buku ni, bila mana part para sahabat mendiskripsi wajah dan tubuh Rasulullah. Memang speechless dan tak terbayang dek akal betapa cantik dan sempurnanya baginda. Malahan diriwayatkan oleh seorang sahabat, "Aku melihat bulan purnama dan kemudian aku melihat wajah Muhammad, berulang kali. Namun ternyata, wajah Muhammad lebih cantik dari bulan purnama itu!"

Moga-moga dengan perkongsian ni memudahkan kan kita mendapat syafaat Muhammad kelak. Amin.


p/s: Selawat atas Junjungan Nabi Muhammad SAW. 




13 comments:

  1. Nanie, Asyik pernah baca buku ni memang best..kagum tgk2 isi2 dlm buku ni..

    ReplyDelete
  2. baru perasan hari jumaat lepas rakan ofis mia baca... dia pinjam dari library ofis... memang best buku ni..

    ReplyDelete
  3. wahh.. bestnya~! nak jugak laa buku nii.. >.<

    ReplyDelete
  4. teringin nak memiliki.. IsnyALLAH satu hari nti

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Saya pula memiliki buku versi PTS. Bak membaca novel pula. Mungkin untuk koleksi hantaran kahwin, akan pula saya gunakan buku ini. (apa pandangan kak? Ok tak?)

    ReplyDelete
  6. kalaulah Baginda masih ada,,,,,

    ReplyDelete
  7. yes..akak mmg peminat buku tegar..lyeen suka ...hehe...lyeen pun nk ada buku ni...:D

    ReplyDelete
  8. hari tu, wan ada ternampak jenis poster.

    bila tengok semua tu kan, rasa dekat je dengan rasulullah.

    tu baru tengok, belum sentuh lagi.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork