Tuesday, June 25, 2013

Sementara Wujud Depan Mata

Assalamualaikum semua

Setelah hampir dua bulan setengah, aku terpisah dengan Vaio aku...akhirnya kini dia kembali semula dalam dakapan aku. Syahdu rasanya. Bila barang yang kita sayang, dapat semula!!! Rasa dua jiwa yang terpisah disatukan buat kali pertama. Ecewah. 

Well, beb again. Aku rasa kita semua macam tu. Typical lah kan manusia. Masa sesuatu yang kita sayang ada depan mata, kita buat macam tak endah je. Buat dek kata orang tu. Ye lah selagi ia kita punya. Tak hirau lah kita. 

Tapi cuba sekali apa-apa jelah yang kita sayang, yang kita suka hilang atau pergi tinggalkan kita. Bet me. Meroyan jadinya. Semua yang kita buat serba tak kena. Pegang itu salah. Pegang ini tak betul. Pokok pangkalnya... kita rasa KEHILANGAN. 


Perasaan kehilangan pada aku lah, bukan satu perasaan yang mengasyikkan. Perasaan yang menyentap mungkin satu dan seluruh kehidupan kau. Aku yakin ramai antara kita kat luar sana pernah dan mungkin sedang mengalami perasaan itu. Yes. Aku benci rasa hilang tu. Sebab tiba-tiba nampak seperti ada ruang dalam hidup kita. Dan ruang itu adalah ruang kosong. Ruang yang dahulunya diisi penuh dengan sesuatu yang membahagiakan dan menggembirakan. 

Sebab tu orang tua selalu kata, sementara ada depan mata ni... sayangilah ia. Hargailah apa yang ada. Sebab mereka tahu bila kita kehilangan 'sesuatu' itu... nilainya pun dah tiada. Penggantinya juga tak sama. Dan yang aku yakin, parutnya tu buat rasa terbisa.

Tapi jangan risau. Allah itu tetap ada untuk jiwa-jiwa yang kosong. Dia suntik kekuatan dalam jiwa yang kehilangan. Dia beri keberanian dalam jiwa yang ketakutan. Dia beri kau semangat bangkit dalam setiap kejatuhan. Percayalah! 

Semoga kita semua sedar bahawa 'sesuatu' yang kita ada itu tidak kekal lamanya. Hargailah ia! 



7 comments:

  1. betul tu.. *tiba2 rasa mcm perlu lagu firman, kehilangan sebagai background music* haha

    ReplyDelete
  2. Asyik pun rasa kehlgn ni sbb xbleh update blog..huhu

    ReplyDelete
  3. so hargai la sesuatu yg kita syg smentara ada dgn kite...mysal kmdn xgne...btul x dik?

    ReplyDelete
  4. Yes.. aku pun sangat benci akan kehilangan. Selagi namanya makhluk mana mungkin memiliki selamanya.

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..dah dpt blk laptop kesayanga..:)

    ReplyDelete
  6. huhu..sayangi lah org2 yg dekat dgn kite..

    ReplyDelete
  7. selalu bila dah hilang something.. baru nak terasa kan. :(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork