Saturday, June 22, 2013

Tajaan Dress Buat Si Gadis Plussize & Review Butik KZ Nabihah @Seri Bangi

Assalamualaikum semua

Bagi orang macam aku, which is plussize lady, bukan senang sebenarnya kalau kita ni nak beli baju secara online. Orang yang badan standard memang kacang lah. Agak-agak je, size dah padan. Tapi bagi aku sendiri, aku sangat susah nak percaya kalau baju kat online. Walaupun ukuran diberikan, tapi cutting kena tengok. Kang tak memasal terbazir bila beli tapi tak sedap dipakai. And that's why lah aku prefer untuk datang ke butik atau cuba dulu sebelum membeli satu-satu pakaian. 

Dan disebabkan itu, aku datang sendiri ke Butik KZ Nabihah!!! Kita check out, betul ke tidak koleksi yang KZ Nabihah tawarkan sehingga ke 6XL tu. Jom...jom... kita usha butik beliau!

Aku dah pernah pergi ke dua-dua butik milik KZ Nabihah. First cawangan adalah di Kluang, Johor. Which is my home town. Apa yang aku boleh katakan adalah, Butik KZ Nabihah yang di Bangi ni sangat-sangat cantik!!! Kau akan rasa macam dalam wonderland tau. Dinding butik dicat dengan warna-warna pastel dan kombinasi yang sangat comel. Aku sendiri suka! Pulak tu ditambah dengan koleksi KZ Nabihah yang memang cantik, lagi fefeling princess tau! 





Bagi memudahkan aku bawak korang semua keliling pusing Butik KZ Nabihah, aku bahagikan beberapa seksyen. Jadi lebih teratur sikit korang tengok gambar aku  ni kan. Tak lah pening. BTW, aku sendiri tak tahu nak mula kat mana sebab semua cantik-cantik belaka seksyennya! Kita mula dengan....


BAHAGIAN AKSESORI

Untuk butik di Bangi, KZ Nabihah tambah satu lagi produknya iaitu aksesori. Macam-macam gaya. Dari necklace, brooch, dan cincin jugak ada add-on brooch yang boleh diletakkan di baju koleksi yang dibeli. Kiranya kalau korang beli koleksi baju KZ Nabihah yang polos, korang dah tak perlu lagi nak cari kedai aksesori. Semua tersedia di bawah satu bumbung. Korang boleh match kan mana yang sesuai. Harga pun berpatutan. Takdelah sampai puluh-puluh ratus riban. Just nice dan affordable. 









BAHAGIAN TUDUNG & SHAWL

Mana-mana yang memang follow KZ Nabihah daripada permulaan dulu, mesti tahu yang asalnya KZ Nabihah adalah sebuah blogshop yang menjual tudung dengan nama Trendy Shawl. Masa tu memang satu-satunya produk KZ Nabihah adalah tudung. Dan dengan mengekalkan lagi produk asal mereka, KZ Nabihah bukan sekadar menjual shawl dan tudung keluaran mereka sahaja malahan shawl dari beberapa butik tudung online jugak turut dijual sama. Comel-comel belaka wei aku tengok. Trending design macam tribal, paisley semua ada dijual. 







BAHAGIAN DRESS 


Part ini yang selalu buat aku meleleh bila tengok gambar dia tau. Geram sangat wei. Apasal lah si Bihah ni keluarkan koleksi yang super comel. Mata aku asyik bling-bling-bling je bila scroll down. And I bet you will do the same. Kau tahu tak, gabungan warna koleksi KZ Nabihah ni jenis vibrant tau. So, bila kau pakai secara tak langsung confident level kau akan naik. Lagi pulak design koleksinya comel belaka, so memang kau akan nampak comel lah hari tu. Wei, ni aku cakap bukan sebab nak jet si Bihah ke apa, memang aku sendiri feel the moment wei! Sekarang ni pulak, KZ Nabihah ada buat koleksi untuk budak kecik jugak tau wei! Ibu-ibu boleh pakai sedondon dengan anak anda yang comel.









Apa yang menariknya bila kau beli secara offline which is kau datang sendiri ke butik, ada banyak kelebihan yang kau bakal terima. Selain daripada kau rasa sendiri bagaimana layanan mereka... kau jugak dapat try baju-baju yang sedia ada. Kau boleh pilih colour ni sesuai tak dengan kau, size ni ok ke tak, cutting pulak macam mana. Semua lah serba serbi kau boleh try baju tu. Lagi pun, bila kau ke butik... kau akan dapat tips and trick jugak. Ye lah, macam aku yang tak reti sangat nak berfesyen bagai ni kan, aku tanya je dengan Bihah. Apa yang sesuai dengan aku. So idea dari pereka pakaian macam Bihah boleh membantu kita dapatkan pakaian yang ideal. Lagi pulak, kalau ke butik mana tahu hari tu Bihah tengah happy ke, dia boleh bagi diskaun kat kau. Tak banyak sikit, kalau kau bertuah kot-kot dia bagi free gift ke. Haaa tak ke seronok gitu? 

Jadi kepada anda semua wanita-wanita yang cantik dan menawan, kalau rasa anda berhampiran dengan Butik KZ Nabihah, apa kata singgah sebentar dan usha koleksi KZ Nabihah. Tambah pulak sekarang ni kan dah nak raya. Kenalah cepat. Kalau lambat, menyesal tak dapat!!! :)

Untuk kemudahan anda semua, ini aku berikan alamat Butik KZ Nabihah Butik.

Mereka masih menggunakan signboard Minaz Boutique. Belum tukar. Heheheh.
Korang naik je ke tingkat 3! 

No 20-02, Seri Bangi, Jalan 8/35,
Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 
Selangor. 

Telefon : 03-89200013

Dibuka SETIAP HARI (10am-7pm) 

Blog : http://www.kznabihah.com/

Actually nak beli online pun digalakkan jugak. Bagi mereka yang duduk jauh, bershopping secara online tak menjadi masalah. Malahan memudahkan lagi. Ini aku sarankan buat mereka yang duduk berhampiran butik. Atau mana tahu korang nak fitting sendiri kan. Lebih selesa. Lebih puas hati!!!!

Last but not least, Alhamdulillah.... Bihah telah memilih aku sebagai duta comel Butik KZ Nabihah katanya. Heheheh. Aku dapat tajaan dress dari Butik KZ Nabihah selama setahun. Alhamdulillah syukur, syukur!!! Jadi lepas ni mana-mana event yang aku hadiri Insya-Allah aku akan gayakan dan promote koleksi dress daripada KZ Nabihah! :)


Nak tahu apa ada dalam tu, dress mana pilihan kalbu... haaa kena tunggu!!! Itu kena tunggu. Next event, aku akan gayakan dress daripada KZ Nabihah ni dan akan review kat korang pengalaman aku pakai koleksi KZ Nabihah ni. Haaa korang yang plussize lepas ni jangan segan-segan lagi ok. Dah ada dah butik yang peka dengan kehendak size macam kita. Apa tunggu lagi. Grab sepasang dua!!! Banyak lagi aku suka.



P/s: Alhamdulillah, blog memberi rezeki sekali lagi buat aku! Lepas ni makin confident aku. Insya-Allah.



11 comments:

  1. butik tu area mane sis? dkt dgn ape?

    ReplyDelete
  2. Sangat cantik... sukaaaa tengok. if dekat mmg rasa nak pegi je

    ReplyDelete
  3. makin hari makin jelez lak ngn kak fatin tahu, hehe

    ReplyDelete
  4. Koleksi KZ Nabihah memang cantik2...akak sndri dh de 3 koleksi dress n 1 koleksi skirt.memg bestla dress die.fmly n kwn2 puji dress akak cntik.

    ReplyDelete
  5. cantik2 pakaian kat situ... :)

    ReplyDelete
  6. bangi dekat je dgn kite. rasenya mcm penah pass by butik dia. hihi! nanie kalau nak pi, meh laa ajak kite ;p

    ReplyDelete
  7. Nanie tahniah..bertuahnya dia..
    Asyik suka tgk dress2 dia cantik..
    Klu ada event kt butik ni ajak asyik tau..hihi

    ReplyDelete
  8. cantiknye butik dia kak ! harap satu hari dapat laa jenguk ke sana. peplum tu uihhhh! hihi

    p/s : ape pendapat kakak ttg girls plus size yg sering mengeluh xde saiz baju dan susah nak bergaya. sebenarnya bg saya byk je pilihan cthnye butik ni haa. org kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih :)

    ReplyDelete
  9. Kat kluang tu ada butik juga ker?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork