Friday, June 14, 2013

What Makes Me Confident : Pt.11 [Kenikmatan Dari Kegagalan]

Assalamualaikum semua

La ni musim exam. Masing-masing aku tengok update status macam-macam jiwanya. Ada kecamuk, ada gembira, dan stress sudah pastinya. Tak kurang jugak yang mengaku kalah sebelum harinya. Pada aku selagi belum keluar result, perjuangan belum selesai. Sebab pada hemat aku, selagi kita berusaha Insya-Allah ada hasilnya. Jawapan yang ditulis bukan satu faktor semata penentu result kita. Usaha, doa keyakinan tu pun sebahagian yang dikira. 

Aku bercakap bukan sebagai student yang cemerlang. Tapi kalau kau nak bercerita pasal kegagalan. Aku  orangnya. Aku pernah rasa. Sumpah. Pernah rasa dan sakitnya sampai hari ni masih terasa. Even, kalau aku cerita pun mesti korang tak akan sangka. Sakitnya membunuh kau hidup-hidup. Menyentap dan menyiat segala impian yang kau pernah ada. Melihat kocak lara pada wajah ibu bapa. Tapi sejauh mana itu pengakhiran hidup kita? Betul ke gagal maksudnya musnah juga dunia kita? 


Memang, jujurnya aku sendiri tak suka pada kegagalan. Apa pun yang aku buat kalau boleh aku nak berjaya. Dan aku yakin itu jugak yang diharapkan kita semua. Sapa yang mahu untuk gagal? Sapa yang mahu untuk kecundang. Tak de. Tapi,  seperkara yang aku sedar lepas aku melalui keperitan yang namanya kegagalan, iaitu KEKUATAN. Siapa kita untuk melawan kuasa-Nya? Siapa kita untuk menentukan keputusannya? Kembali pada fitrah kita. Kita hanya merancang. Baik buruk, Allah tahu hikmahnya. Bersyukurlah dengan segala percaturannya. 

Pada aku, Allah sebenarnya mengurniakan semangat kuat melalui kegagalan. Kau yakinlah bahawa kau gagal itu bersebab. Dan sebabnya hanya Allah Maha Mengetahui. Mereka yang hari ni kau pandang berjaya, kau rasa mereka tak pernah gagal? Mustahil. Sebab dibelakang kejayaan itu, mesti ada kegagalan. Malahan tanpa kegagalan, kejayaan tidak terlalu manis buat kita. Dan mereka yang berjaya hari ni, kau yakin selamanya mereka berjaya dan bahagia? 

Formula aku mudah. Kalau aku gagal di satu bahagian, aku cari kejayaan di bahagian lain. Kejayaan yang akan mengaburi kegagalan itu. Bila mana kau berjaya di situ, orang dah tak pandang kegagalan kau yang dulu. Orang tak perlekeh lagi dah. Asalkan kau jangan sesekali berhenti mencari kejayaan. Jangan ingat kejayaan semata diukur dengan keputusan peperiksaan. Sebab setahu aku lah, Rezeki Allah itu tak pernah kenal erti sekeping sijil peperiksaan, tapi rezeki-Nya hanya mengenal erti kegigihan, usaha dan ketawakalan! Jadi yakinlah. 

Kejayaan kita bukan disatu tempat saje letaknya!

Tapi tak sekali aku suruh kau jangan berusaha ye. Jangan kau senang lenang nak gagal aje, sebab fefeling di akhirnya ada kejayaan! Mana mungkin... 



p/s: Ikhlas dari hati...buat seseorang yang aku sayangi... 




10 comments:

  1. berani untuk gagal adalah salah satu faktor kejayaan

    ReplyDelete
  2. btul tu akk..kjyaan bukan terletak pd satu bhgian je...yg pntg ushaa kita kan.:D

    semoga maju jaya sntiasa akk..:D

    ReplyDelete
  3. kalau malas mmg kecenderungan untuk gagal tu ada... lagi satu faktor nasib.

    ReplyDelete
  4. kena kuat dan semangat perlu kental. jangan mudah putus asa..

    ReplyDelete
  5. Nanieee! Makin bersemangat nak study,baca entryyyy nih. Betul tu, setiap kegagalan,ada hikmahnya. Ada baik segala apa yang telah berlaku kan. Takde sapa yang mahukan kegagalan.Semua nak kejayaan,but dari kegagalan tu la buat diri kita semakin berusaha dan berusaha.Kalau kejayaan itu senang nak capai.Maybe hidup kita boring,sebab tak tau apa itu makna 'berusaha'.

    So, apa apa pun. Semuanya adalah terbaik untuk diri kita.Allah dah tentukan yang terbaik untuk kita. Syukur dengan nikmat dan kejayaan yang telah kita capai :)

    ReplyDelete
  6. kegagalan adalah kejayaan y tertangguh..heheh xD

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork