Friday, July 5, 2013

10 Tips Memilih & Menggunakan Perfume Dengan Betul

Assalamualaikum semua

Aku peminat tegar perfume. Memang dari dulu lagi aku suka sangat perfume. Bila dah pegang duit sendiri ni macam-macam perfume aku beli. Kadang tu, yang satu belum sempat habis pun aku dah beli baru. Aku suka tukar-tukar perfume. Pergi kelas tu, hari ni perfume bau ni.. esok bau lain. Sebab aku suka ikut mood. 

Memang kebanyakan perfume perempuan berbau manis dan lembut, tapi ada yang bau ala-ala fruity, flora dan elegant kan. So far sepanjang aku beli perfume ni... biasanya aku tertarik dengan bau flora dan manis. Semanis orangnya gitu kan! Hehehe. 


Oh, Kirin kawan aku tu selalu buat part time jual perfume kat Prangin Mall, Penang. Jadi dia memang selalu ajar aku macam mana nak pilih perfume yang terbaik. So ini ada beberapa tips untuk pilih & guna perfume : 

  1. Ramai orang keliru dan tak tahu apa itu EDP & EDT. EDP ialah Eau De Parfume manakal EDT adalah Eau De Toillete. EDP merupakan perfume yang mengandungi 8-15% cairan original perfume dan baunya boleh bertahan sehingga 5-8 jam. EDT pula adalah lebih ringan dan mengandungi sekita 4-8% cairan original perfume tersebut. Daya tahan lama bau pulak adalah 2-5 jam. Jadi digalakkan untuk kita memilih EDP.
  2. Untuk mengenal pasti keaslian perfume kita tu, salah satu caranya adalah dengan melihat kejernihan perfume. Apabila dimasukkan hos halus tu, jika ia samar-samar dan tak kelihatan maka ia adalah perfume original kerana kadar minyak yang digunakan tinggi. Tetapi jika ia jelas kelihatan, ada campuran yang diletakkan. 
  3. Apabila kita try perfume, adalah digalakkan untuk cuba mencium tidak melebih 3 bau dalam satu-satu masa. Selepas cium 3 bau tu, kita mintak bau kopi pada penjual supaya neutralise semula sense bau kita. Jika kita tak buat gitu, otak kita tak dapat menilai bau yang sebenar dari perfume tu.
  4. Perfume bertindak balas lebih kurang 15 minit dengan bau dan badan kita. Jadi adalah digalakkan untuk memilih perfume yang bersesuaian dengan bau dan badan kita kerana ada perfume yang jika bercampur dengan bau badan akan menyebabkan ketidak selesaan bau. 
  5. Digalakkan untuk menyembur perfume di bahagian nadi kita seperti di pergelangan tangan, dan di bahagian leher. Ini adalah supaya bau perfume itu mudah menyerap dan bergaul dengan bau badan kita. 
  6. Dilarang sembur perfume pada fabrik pakaian terutama sutera kerana ini akan merosakkan fabrik dan menghakis warna fabrik. 
  7. Dilarang sama sekali selepas kita spray perfume untuk menggosoknya. Ini akan memecahkan partikel dalam perfume dan boleh menyebabkan baunya berubah. Selepas dispray, biarkan ia selama 10-15 minit dan baunya akan tahan lebih lama! 
  8. Jangan spray perfume pada tempat-tempat sensitif seperti bawah lengan, mata dan lain-lain. Perfume sifatnya adalah kuat jadi dikhuatiri anda akan terkena skin rash pulak! 
  9. Adalah dilarang sama sekali untuk letakkan perfume di bawah cahaya matahari atau tempat berhaba tinggi. Sama jugak di dalam kereta yang panas. Sebab ini akan mengubah bau dan partikel perfume serta mengurangkan kuantiti perfume akibat evaporation. 
  10. Tidak menjadi masalah untuk lelaki memakai perfume aroma wanita kerana ia lembih lembut dan boleh masuk dengan bau badan mereka, tetapi perempuan tak boleh pakai perfume aroma lelaki kerana baunya yang kuat dan tidak sesuai dengan bau badan perempuan. 


Harapnya lepas ni korang boleh beli dan pilih perfume dengan betul. Bau yang sesuai dengan korang boleh buat korang rasa awesome satu hari!! Gitu! :) Macam aku, most favourite aku adalah Tresor by Lancome. Tapi baru ni aku beli Poppy Blossom by Coach rasa jatuh cinta pulak dengan dia. But lifetime favourite aku mestilah daily perfume aku dari Victoria Secret. Korang suka mana?




p/s : Sapa sini suka perfume jugak? Angat ketiak!!!

9 comments:

  1. I sukaaaa sangat perfume, beli beli tak pakai pun! simpan je sebab tak nak bagi luak :D

    ReplyDelete
  2. muja tak selalu pakai perfume,, sekarang ada la jenama playboy,, tu pun salu tak ingat nk pakai,, sebab kat sekolah dulu tak leh pakai,, cikgu marah,, hehe

    ReplyDelete
  3. NAD JARANG PAKAI PERFUME..SEBB NAD XLEH BAU WANGI SGT..HAHHAA..PELIK KAN NAD

    ReplyDelete
  4. Thierry Mugler Angel pun bau menyegat...

    ReplyDelete
  5. Awak tau tak minyak wangi tapi bau sweet khas utk lelaki . :)

    ReplyDelete
  6. Playboy play it lovely bestt sangatt

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum... blogwalking, terjumpa blok cantik ni. Salam kenal. Jemput singgah di www.dexandrarians.blogspot.my 😊😊
    Terima kasih..

    ReplyDelete
  8. yes tresor sangat wangi..ila suka tresor midnite rose, dan victoria secret bombshell.
    sejak jadi agen dexandra ni..duk hidu bau macam2 jenis perfume..haha

    korang kalau nak try dulu yang murah..try la dexandra, perfume pati kualiti setanding ori..hugo boss ade, tresor ade..bombshell dan angel pun ade..

    angel perfume fav dato siti tu..hihi
    kontek ila ye..=)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork