Assalamualaikum semua
Dalam sebuah blog, salah satu perkara yang perlu dititikberatkan adalah "Bagaimana untuk menghubungi tuan blog/penulis". Banyak kali jugak, aku masuk ke beberapa blog yang aku memang minat sangat. Penulisannya bagus, layout menarik, dan macam-macam lagi sebab untuk aku follow dan bila cari part contact author, tak ada... puas aku pusing satu blog. Mana lah diselitnya bahagian tu. Last-last bila tak jumpa...bye-bye lah jawapannya.
Sebab tu, bila aku mula memasuki fasa "event blogger", aku mula highlight part tersebut. Kata orang rezeki kita tak tahu. Mana lah tahu kan, pembaca yang masuk blog kita tu tiba-tiba berkenan nak jadikan kita advertorial partner mereka ke, jadikan testimoni ke, tak pun hire kita as mereka punya official promote website. Haaa tak ke rezeki tu. Jadi, bab "hubungi penulis" ni memang penting!
Disebabkan itu, Alhamdulillah... sekarang ni aku dah combine kan semua social media link aku di satu bahagian dan letak di bahagian atas blog. Kalau dulu aku letak sepah-sepah jugak. Kat sana fb dan twitter, instagram kat celah bawah, ntah mana-mana je aku campak.
Tu yang berderet bawah tu semua boleh korang klik dan akan terus link ke social media page aku. Ada instagram, facebook peribadi, fanpage, twitter, imotiv dan google+. Pilih je mana yang mudah untuk korang hubungi aku. Insya-Allah respon segera akan aku bagi. Email pun boleh. Lagi-lagi urusan rasmi. Memang digalakkan untuk gunakan email. Lagi satu, semua social media dan email box tu aku link-kan ke blackberry aku. Jadi, memang aku akan alert dengan email dan notification. Contohnya, ada beberapa loyal readers yang gunakan #blogcoklateyes di instagram selepas mereka baca entry-entry di blog aku. Alhamdulillah, respon yang baik tu akan aku highlightkan di instagram aku kembali.
Yang paling seronok, sederet icon & link social media aku tu adalah hadiah istimewa dari teman beauty blogger, pemilik blog Sabrina Tajuddin.com [KLIK SINI] yang memang berbakat besar dan cantik-molek-manis orangnya! Beliau jugak merupakan salah seorang idola beauty-blogger aku. Dari awal dia buat blog lagi aku suka cara dia present idea. Memang classy dan menarik! Sebab tu aku senaraikan blog dia sebagai 5 Blog Kecantikan Terbaik Pilihan. [KLIK SINI]
Jadi, Blog Coklateyes sekarang memang nampak lebih kemas dan lebih mesra-pengguna. Insya-Allah. Dari semasa ke semasa memang aku akan cuba upgrade blog ni menjadi blog yang baik dan beri kemudahan pada pembaca. Tapi walau apa pun, tunjang paling penting dalam blog adalah content dan pengisiannya. Yang tepi-tepi tu sidekick aje!
p/s: Cik Puan Bunga tegur, sejak bila suka pink....sejak hati berbunga kakak!!!! Eh!!?
38 Inspirasi Dari Pembaca
ehehehe.. part contact tuh mmg lawak :P
ReplyDeleteapa yang lawak abg feroz? hehee :)
Deletewah,, nak buat gak la gini,, hee
ReplyDeletebuat lah muja... mudah untuk dihubungi!
Deletetrm ksh byk membantu.bk rajin menjadi silent reader
ReplyDeletesama-sama budak kampung...
Deletealaa tak payah jadi silent reader, tegur-tegur je kita selalu!
blog nanie skrg mmg mesra pengguna dan comel gitu..;)
ReplyDeleteterima kasih asyik!!! comel macam tuannya kan?
Deletehahaha perasan!
ha'ah senang sangat kalau ada tu. dulu saya ada buat, tapi lepas delete fb, twitter, saya just letak email je.hehe
ReplyDeleteemail pun boleh jugak dani. as long as orang dapat contact kan.
Deletebtw, kenapa dani off fb & twitter?
xde tutorial ke? hehe
ReplyDeleteemmm tutorial?? kita pun mintak orang buat kan :)
Deletekita buta IT sikit!
yup mmg patut kena letak skurg2 nya 1 contact spya sng ssiapa nk mghubungi kita kan :)
ReplyDeletep/s: akak xtau lg bbuka ape sbb smua beli kat bazar coz mak xde ^_^
betul tu kak. susah kalau tak dapat hubungi penulis...
Deleterasa geram pulak kalau tak jumpa any button!
terbaikk !
ReplyDelete:) tq!
DeleteTakde tutorial buat camtu jugak ke kak Innanie? ;D hee. Comel icon2 tu..
ReplyDeleteAlamak Sally... tu pun Sabrina Tajudin buatkan. kita ni buta IT! :)
Deleteyep icon tu semua comel kan. Pandai Sabrina pilih!
Baguslah macam ni...skang blog akak lebih 'mesra pengguna' nampaknyer...
ReplyDeleteInsya-Allah... terima kasih teena!
DeleteContent is still the king sis!
ReplyDeleteTahniah sebab ada rupa baru. Tapi terkejut gak pertama kali sergah masuk. Besar header tu sis. Heh.
Betul tu. Content adalah raja bagi satu-satu entry....
DeleteHeader besar sama mcm semangat besar. Kasi boom sikit bila masuk blog. Heheheh :)
yup..memg senang akalo de tu semua..takdelah org sush2 kan
ReplyDeleteInsya-Allah Blog Coklateyes akan cuba memudahkan pembaca.
Delete@Nadia Johari selalu datang sini kan. Terima kasih! :)
jgn igt sy x komen, sy x singgh ye ;) hehe...bgus jgk ni. Byk link utk contact tuan blog. Keep it up kak.
ReplyDeleteAkak tau @Anasyg selalu datang sini. Terima kasih anak.
DeleteLove you!
Salam.Retiss gitu.He.
ReplyDeletehahaha fefeling gtu!
Deletedulu akak pun letak bersepah2..sekarang semua letak satu tempat je..lagipun bagus guna letak satu tempat ni..jimat ruang untuk sidebar..akak suka sidebar ketot2 nih..heheh
ReplyDeleteLebih mudah kan kak bila letak satu tempat ni :)
Deletesuka sangat. COmel!
tq bg info..nk cuba baiki pnulisan dlu..
ReplyDeletesama-sama. Insya-Allah :)
Deletepaling best blog ni adalah headernya..:D
ReplyDeleteAlaahaaaiii terima kasih "ADIK" Reezluv!
Deletekadang kita komen kat blog, tapi tak dibalas pun. sedih nawww
ReplyDeleteMaryam... jangan sedih jangan majuk.. hokehh hokehhh akak cuba balas ye.. satu satu.. sekarang dah ada embedded comment.. haaa senang akak balas!!
Deletememang penting part untuk contact tue kan kak..
ReplyDeletetapi blog saya biasa2 aje. update pun tak tentu masa. saya lebih suka merayau baca blog org lain yg mantop2 lagi sempoi ;)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!