Assalamualaikum semua
Kalau aku ke pasaraya dan nak beli satu-satu produk makanan dalam tin, selain daripada aku pastikan tarikh luput, ada dua benda lagi yang aku pastikan setelitinya..
- Tin tidak kemek/ karat
- Punya cop/logo HALAL yang sah
Aku dah praktikkan benda ni since aku masih sekolah rendah lagi. Kiranya sejak aku dapat tahu info mengenai perkara-perkara pre-caution sebelum membeli makanan, dua perkara ni memang aku titik beratkan.
Sebelum puasa yang lepas, aku dengan mak ke sebuah kedai nak beli barang dapur. Masa nak beli susu pekat, hampir ke semua susu tu tinnya kemek. Sebagai pengguna, aku tanya dengan pekedai dan mintak dia keluarkan yang baru. Aku tak nak beli yang tin kemek bagai ni. Than pekedai tu tanya, kenapa aku tak nak beli yang dah keluar ni?
Aku terangkan pada dia, bahawa tin yang kemek boleh menyebabkan makanan di dalamnya beracun. Sebab bila kemek, dikhuatiri ada ruang udara dan menyebabkan pembiakkan bakteria. Aku tak nak kena keracunan makanan. Sebab tu sebagai pekedai, aku nasihatkan pakcik tu supaya berhati-hati ketika menyusun dan loading barang. Jangan dibaling-baling. Rugi bila dah kemek tinnya. Pengguna tak nak beli.
Alhamdulillah, pakcik tu dengar cakap aku. Dengan segera dia arahkan pekerja dia untuk asingkan semua tin susu yang dah kemek dan akan dipulangkan pada kilang. Bagus....itu cara terbaik pada aku. Dan itu adalah salah satu tanggungjawab pekedai... memberikan barang yang berkualiti dan bersih.
LOGO HALAL
Untuk logo HALAL pulak. Kadang-kadang aku pun confuse. Aku sendiri tak sure mana satu logo HALAL yang disahkan JAKIM ni. Kalau tengok sekali imbas, semua sama je. Takde beza pun. Jadi pengguna boleh faham dan tahu. Jadi, aku pun google lah macam mana nak tentukan ke-sah-an logo HALAL dari JAKIM :
![]() |
cubalah hafal dan ingatkan seberapa banyak info atas ni. Insya-Allah membantu korang. |
Tengok tu, ada banyak yang FAKE. Aku tak rasa ramai yang tahu berkaitan hal ni. Aku cadangkan JAKIM mengarahkan semua pekedai meletakkan/melekatkan tatacara ni kedai mereka. Barulah mudah untuk pengguna. Halal dan haram makanan ni bukannya perkara main-main. Ini tanggungjawab dan ini bersangkutan dengan banyak perkara lebih-lebih lagi amalan kita.
Selain daripada logo yang atas tu, ada jugak beberapa logo/badan halal luar negara yang disahkan oleh JAKIM.
Tapi sebagai langkah berjaga-jaga, aku selalu amalkan cara untuk re-check atau dapatkan kepastian daripad PORTAL HALAL MALAYSIA [KLIK SINI]. Sebab setahu aku, benda-benda macam ni kita kena sentiasa update. Insya-Allah kita lebih yakin bila membeli.
p/s: Jangan ingat semua produk makanan Malaysia HALAL ye....
19 Inspirasi Dari Pembaca
yup agree, kena cek. donload app jakim ke smartphone.sbb kita pasti tak igt logo halal yg diiktiraf jakim, yg luar negara tu. selalu pergi shopping, husband akan on app, then kitorg akan cek la dulu logo tu. sbb kadang2 ada barangan yg kita nk beli tu luar negara punya kan...
ReplyDeletebagus jugak ye download app tu. senang sikit. nanti nak try lah download. selama ni kita dok hafal dan cam je! :)
DeleteSekarang ni ramai yang menipu pasal logo halal ni . Orang kita pun main redah je asalkan ada tanda "halal" .
ReplyDelete#Harap kita lebih berwaspada lepasni :D
betul tu... memang kena berwaspada.. halal haram makanan tak boleh buat main-main!
Deleteoih byk nya rupanya yg fake! huhu btw tq 4 ur info sis ;)
ReplyDeletesama-sama beta kupu.
Deletebyk sgt logonya, kadang2 confuse
ReplyDeleteha ah mmg boleh timbulkan confuse
Deleteakak siap print out logo halal2 yg diiktiraf jakim..nti akak share ye
ReplyDeletemasa belajar dulu ramai kwn2 Asyik yg buat kajian ttg logo halal ni..ada yg terbaru aritu buat QR logo halal..:)
ReplyDeletemmg sgt berguna. sbb kte pon xtau samada halal tu btul2 halal ke x. huhu tq dear ;)
ReplyDeletesungguh bermanfaat... terima kasih atas perkongsian pintar ini :)
ReplyDeletemalaysia ni ada berbilang bangsa..jadi kena hati2 la bab ni..tak semuanya produk tempatan tu halal..
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteTips yg padat. Lana pun buat benda sama, check condition brg, tarikh luput, isi kndgn dgn logo halal.
Kena praktis benda ni, so that, kita lebih tahu apa yg masuk dalam perut.
Jakim kene selalu update pengguna dan lebih tegas dalam perkara logo FAKE tuh...
ReplyDeletewaktu sy travel di thailand ada sedikit keraguan membeli makanan adan minuman di 7e mereka. tapi last-last saya beli roti dan susu yang ada tanda logo halal mereka dengan harapan ia betul betul halal
ReplyDeletebagus ni memang kena semak betul2..
ReplyDeleteeh, sama la kita.. sue pun kalau nak bli makanan dalam tin mesti pastikan ada tnda halal dan tak kemek baru beli.
ReplyDeletebtw, good info, ramai yang komfius pasal tanda halal ni. kadang bleh wat orang was-was betol ke halal, banyak sangat patern.
tula kadang-kadang konfius bila kita nak beli barang..natah mana satu halal..kalau dah was-was dah tak beli terus
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!