Wednesday, July 24, 2013

Jom Derma T-Shirt Lama Anda Pada Homeless!

Assalamualaikum semua

Bulan puasa ni memang semua orang berlumba-lumba nak lakukan ibadah dan amal kebaikan. Selain daripada tu, kita jugak digalakkan untuk menggembirakan insan-insan yang serba kekurangan dan mereka yang memerlukan. Lebih-lebih lagi bila tibanya Syawal. Lagi lah kita semua dituntut untuk memberi senyuman pada sesama muslim khususnya dan sesama manusia amnya! 

Bila musim raya, aku yakin hampir semua orang beli pakaian baru. Macam-macam baju dibeli kan. Dan bila ada baju baru, mulalah ada lambakan baju lama! Aku sendiri ada masalah timbunan baju yang sangat banyak. Sampai tak tahu dah nak bubuh mana. Nak bagi sedara mara semua pun ada masalah yang sama. Baju berlambak. Nak buang, sayang. Sebab semua elok-elok lagi! 

Jadi... aku ada sedikit cadangan penyelesaian untuk korang semua! Juga boleh beramal jariah di bulan puasa ni!



Do Something Good menganjurkan satu program yang akan memberi kebaikan kepada semua homeless di sekitar Kuala Lumpur. Berorientasikan kerja sukarelawan, DSG berkolaborasi bersama-sama beberapa badan NGO dan PERTIWI Soup Kitchen untuk mengumpul seberapa banyak baju t-shirt untuk diedarkan kepada para gelandangan/homeless.

Program ini akan berlangsung selama 3 hari di lokasi yang disebutkan di bawah ni. Korang boleh kumpul dan beri pada sukarelawan bertugas di tarikh-tarikh berikut. Bukan tu aje, sapa-sapa yang nak jadi volunteer pun sangat dialu-alukan. Korang hanya perlu datang sama ada di salah satu hari dibawah atau nak datang tiga-tiga hari pun boleh! 


1. 14th August 2013 (Wednesday), 
for vounteers : bringing along t-shirts and helping to sort them. 
7pm-9pm at Makespace, SS2 Mall.

2. 15th August 2013 (Thursday), 
for volunteers : bringing along t-shirts and helping to sort them. 
7pm-9pm at Makespace, SS2 Mall.

3. 16th August 2013 (Friday), 
for volunteers : distributing the clothes to targeted communities. 
7pm-12am, meet at Makespace, SS2 Mall.


Buat mereka yang mungkin tak berkesempatan nak datang pada waktu yang disebutkan, jangan risau. Masih ada satu cara lagi untuk korang sama-sama menyumbang bakti. Pihak penganjur telah menyediakan 3 Drop-off Points di sekitar SS2 Mall :


  • - By the main entrance by Old Town Coffee (next to the small escalators)
  • - Next to the information desk (shortly after going up the small escalators)
  • - By the back mall entrance, next to ‘Belanga’.


Jadi, di bulan baik dan hari baik ni... apa salahnya kalau kita menyumbang sedikit untuk mereka. Berikan homeless seukir senyuman. Aku percaya, bila korang kemas-kemas rumah nak raya ni mesti baju-baju lama korang tu menimbun. So, pilih t-shirt yang elok-elok... berikan pada mereka. 

Insya-Allah jasa baik korang akan dibalas kelak! :)


Person-in-charge : Soo Theng [ email : sootheng@dosomething.gd ]


UPDATE :

Dibawah disertakan lokasi pengumpulan t-shirt di SSTwo Mall, PJ




10 comments:

  1. hmm bagus program ni.. untuk homeless.. nextmonth right? try to cek kalendar.. harap2 free ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, kita pun harap free on the said date :)

      Delete
  2. Replies
    1. yep. betul. sangat membantu! mari-mari kita bersama bagitau kawan-kawan. bantu mereka yang memerlukan

      Delete
  3. woahhh~~
    memang byk baju lama ary. tapi tatau nk campak mana. tapiu mon-fri.. ary tak available since keje..
    but ary boleh cuba cntact org tu..
    mana tau dia blh amek dari ary^^

    ReplyDelete
  4. dalam almari banyak baju tak dipakai. bagus ada program macam ni. sambil menderma sambil beramal. sekurang2nya tak terbiar baju2 tu

    ReplyDelete
  5. baju2 xpakai byk kt penang tp nk bawa ke kl ni ssh pula..:)

    ReplyDelete
  6. baju semua dah buat kain lap..mak punyer keje..hehe...SS2 mall katne erk

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork