Monday, July 1, 2013

Pengacara Majlis, Emcee & Event Host

Assalamualaikum semua

Lama jugak aku tak update blog. Busy mengemas barang. And some more aku busy untuk tugasan pengacara majlis untuk satu seminar di Putrajaya. Alhamdulillah, rezeki Ramadhan kan. Harap-harap dapat ringankan dan bantu keluarga dengan duit emcee ni. Syukur sangat-sangat. 

Kalau kita bercakap perihal jadi emcee ni, to be honest aku ada banyak pengalaman. Ramai yang tanya aku since bila aku start jadi pengacara majlis ni dan macam mana boleh berani cakap depan orang ramai semua. {KLIK SINI}


Sejarahnya bila aku jadi pengacara adalah seawal usia aku 9 tahun. Yes darjah 3. Itulah detik permulaan aku bercakap depan orang ramai. Masa tu, cikgu Matematik aku, Cikgu Norlin Ahmad namanya. Dia yang mula-mula reveal kelebihan aku. Kau bayangkan tak masa tu aku darjah 3 masa tu jadi pengacara perhimpunan dan handle kuiz mingguan depan orang yang jauh lebih tua dari aku. Kakak dan abang darjah 4,5,6. Depan cikgu dan guru besar semua. Sampai sekarang ni aku boleh ingat lagi macam mana aku yang rendah je time tu berdiri di hadapan ratusan pelajar. 



Bermula sejak itu lah cikgu-cikgu perasan kelebihan aku untuk bercakap depan orang ramai. Aku mula masuk pertandingan bercerita, bersyarah dan apa sahaja pertandingan yang melibatkan bercakap depan orang, nama aku naik. Dari sekolah rendah bawak ke sekolah menengah. Sampailah ke universiti ni. {KLIK SINI} 

Kalau dari aspek skill pulak. Mana mungkin aku kata aku perfect untuk bab tu. Setiap kali aku jadi pengacara, aku sentiasa rasa diri aku lemah dan perlu perbaiki skill. Satu per satu aspek skill pengacaraan dan pidato aku belajar. Ada melalui pengalaman dan kebanyakannya aku belajar dari mereka yang memang pakar dalam bidang ini. Ada je yang aku tak puas hati, sebab bila tak puas hati mulalah aku cari kelemahan diri dan buat improvisasi. 

Confident? Macam takde nervous je? Selamba badak je cakap depan orang ramai. Hahaahaah!!! 

No such things lah beb. Mana yang kenal aku, memang tahu perangai aku sebelum aku jadi pengacara atau apa je yang melibatkan audiens. Aku akan muntah-muntah seawal pagi. Lagi ramai audiens dan profesional audiens, lagi lah tekak aku ni loya macam apa. Kadang tu muntah macam orang ngandung. 

But...once pegang je microphone, semua hilaaaaaaaaaaangggggggggggg! :) SYUKUR. 

Untuk stay cool dan profesional depan orang, skill ini perlukan masa. Tapi salah satu tips yang aku amalkan adalah, sebelum kita present tu... cuba kita buat research siapa audiens kita dan tackle isu-isu penting yang akan diketengahkan dalam majlis tu. Research dan preparation memang banyak membantu. Sebab semua tu akan kurangkan tekanan dan nervous kita. Believe me!

Aku tahu ramai kat luar sana yang memang gugup, sukar, malu dan seribu satu alasan lagi bila diminta atau disuruh bercakap di hadapan orang ramai. Tapi, pada aku soft skill bercakap di hadapan orang ramai merupakan satu soft skill yang perlu ada dalam diri kita. Soft skill tu kalau kita berjaya wujudkan dalam diri, secara tak langsung boleh merubah persepsi orang terhadap kita. Malahan keyakinan diri kita juga akan terserlah. Dan banyak lagi benda positif menyusul bila keyakinan itu ada. Cubalah! 





p/s: sepanjang aku mengacara, terlalu ramai kata gaya dan keyakinan aku macam Adibah Noor! OMG, Alhamdulillah kalau itu yang dilihat and I adored her so much! Seriously!!!


18 comments:

  1. Saya suka tengok orang yang confident depan orang ramai, need lots of guts to do that.

    ReplyDelete
  2. Saya suka tengok orang yang confident depan orang ramai, need lots of guts to do that.

    ReplyDelete
  3. ALHAMDULILLAH REZEKI RAMADHAN :)
    tumpang gembira.
    Even tak pernah bersua muka, melalui penulisan innanie jelas bahawasanye innanie orang yang penuh dengan keyakinan diri. :) bukan semua org ada keyakinan diri untuk bercakap di khalayak ramai. :)

    naniey phobia ngn mic since sekolah rendah but after amik counseling course nk xnk kena beranikan diri sbb kena condut program.. lepas tu terus gile mic kejap.. :)

    keep it up girl..

    lme xkomen2 kt sini.. mampu jd silent reader je at the moment.. :)

    ReplyDelete
  4. Asyik pun gugup juga bila kena brckp depan audience or lecturer..mmg nak muntah jer..tp bila dh brckp terus hlg rasa takut tu..hehe..

    ReplyDelete
  5. aku x gugup sgt depan org. tp xpernah lg jd mc la. respek2

    ReplyDelete
  6. mse present pun dah gugup..ape lagi jadi emcee..

    ReplyDelete
  7. Boleh jadi sumber rujukan akak nih....akak pun slalu jugak jd mc kat majlis2 di tpt kerja

    ReplyDelete
  8. Kite pun adore Adibah Noor! Baru je jumpa dia masa Bintang Mencari Bintang hari tu. She's awesome. Hopefully you'll be as awesome as her, insyaAllah. All the best, gambattene! :)

    ReplyDelete
  9. kalau bercakap depan orang yang ramai, pergh! hati berdegup2x jangan cerita..benda yang dah dihafal semua ilang...

    ReplyDelete
  10. Salam kenal :)
    Darjah 3.??
    Muda lagi tuu, tapi bagus laa kecik2x lagi dah jadi MC depan orang ramai pulak tu. Eiqa pernah jadi MC dekat perhimpunan tapi itu pun gugup jugak laa kann, hehee

    ReplyDelete
  11. saye xde keyakinan nk berckp dpn org rmai..
    malu..
    hahahaha

    ReplyDelete
  12. pergh memang bapak stail arr..fi kalau dpn2 gini mmg komfom ketar2 tahap maksimum yg mungkin ni.

    ReplyDelete
  13. wah..terbaik.. umur 9 tahun dah terdedah dengan dunia emcee ni.hehe. terbaik lah

    ReplyDelete
  14. Allahuakbar!

    Kisah kita seakan sama tapi x serupa. Saya juga bermula seawal usia 9 tahun, dalam dunia pengacaraan. Mulanya sebab tersilap jadual pengawas bertugas, kemudian saya yang sepatutnya hanya buat persembahan bercerita, ditolak untuk jadi emcee perhimpunan mingguan. Bermula hari itu, saya dicari untuk jadi emcee.

    Terjumpa blog awak hari ni sebab tgh search tips2 pengacara majlis, sebab esok jadi pengendali bengkel pengacaraan. Doakan saya!

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum, Saya Adibah Aris dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, boleh saya dapatkan no telefon puan? Sebab saya berminat untuk jemput sebagai Penceramah Bengkel Pengerusi Majlis kami. Senang untuk saya menghubungi puan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Adibah,

      Cik boleh email kepada saya di innanie.ariffin@yahoo.com

      Delete
  16. Assalamualaikum Puan, boleh saya dapatkan no telefon puan? Saya berminat untuk menjemput puan sebagai penceramah kepada bengkel kami

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork