Monday, July 29, 2013

Positif Respon Dari Client Advertorial

Assalamualaikum semua

Buat masa ni, rezeki Blog Coklateyes memang betul-betul memberangsangkan. Alhamdulillah sangat-sangat. Tak banyak sikit, dapat bantu ringankan beban kewangan aku kan. Sebagai blogger dan student, aku tak nafikan masalah kewangan sentiasa ada. Tapi tu lah, diri sendiri lah kena pandai-pandai cari side income. Dan Alhamdulillah, side income aku adalah daripada benda yang aku suka, iaitu bercakap, menulis dan surf internet. Here it is, blogging!

Sebab tulah aku tak heran sangat kalau ada beberapa blogger lelaki yang juga ketua rumah buat keputusan untuk jadi blogger sepenuh masa. Rezeki melalui blog kalau kena gayanya, memang boleh menampung kehidupan! 

Untuk jadi blogger sepenuh masa, ada jugak ahli keluarga dan kawan-kawan yang sarankan idea sebegitu. Tapi, buat masa ni aku kena fikir banyak kali jugak. Paling penting kena mantapkan networking, marketing dan advertorial skill. Barulah client/advertiser berminat untuk ambil blog kita sebagai medium pengiklanan/testimoni mereka.

Bercakap pasal advertorial, aku nak share beberapa "moment kegembiraan" yang jugak feedback daripada advertiser/client mengenai beberapa entry advertorial aku. Sejujurnya aku barulah jugak berkecimpung secara serius untuk advertorial entry ni. Kalau sebelum ni, biasa-biasa je! Tapi tu lah, once kita buat dengan betul-betul dan sepenuh hati, Insya-Allah ada hasilnya.





Yang atas ni adalah feedback untuk advertorial entry Review Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion+ dari Nuffnang & Clinique. Gembira tak terkira aku bila mana pihak Clinique nak gambar peribadi aku siap white background semua. Mana nak cekau?? Aku bukannya model muslimah ke, model hijabista ke. No! Kalau gambar dalam kereta posing perasan sendiri banyaklah! Punggah balik segala mak nenek fail dalam laptop, Alhamdulillah. Nasib baik ada masa Event Photoshoot Blogger hari tu. Kalau tak, malas aku nak masuk studio nak cari photographer!


muka confident je amik gambar dengan lipstick merah gelak-gelak! kehkehkeh

So, nak mintak tolong korang sekiranya lah kalau korang ternampak kat mana-mana magazine pasal entry aku mengenai Clinique product ni tolong inform aku ye. Boleh fefeling perasan model sekejap! Kehkehkeh. Model ke hape? Badan macam tong! Hahahaha. Walau apa pun syukur dapat peluang dari company skincare terbaik ni! :) terima kasih pada Nuffnang jugak!


Next adalah entry mengenai TT Instantaneous Brightening Cooling Mask. Alhamdulillah, sekali lagi mendapat feedback yang positif jugak!





Memang banyak-banyak syukur sebab mesej yang kita sampaikan dapat difahami dan diterima baik oleh pembaca. Itu yang memang aku mahukan. Tak kira Melayu, Cina, India atau warga apa pun, as long as dia faham Bahasa Melayu, dia dapat terima mesej aku. Itulah sebenarnya fungsi advertorial. Bukan sekadar, buat entry untuk dapatkan duit tapi untuk raih keyakinan pengguna di luar sana. 

Bila kita punya networking dan public relation skill yang bagus dengan para advertiser di luar, Insya-Allah kalau ada next event atau project mereka akan contact kita semula. Ini sebenarnya merupakan salah satu cara kita untuk promosi blog jugak. Dan paling penting raih keyakinan dari advertiser dengan menghasilkan entry yang bagus.




Insya-Allah next project adalah bersama Vanity Trove untuk review Trove Eksklusif Hari Raya bersama Sasa. Ini adalah gabungan kedua aku bersama team VT selepas aku join Event Avene Workshop tempoh hari. Gembira aku untuk bekerjasama dengan mereka sekali lagi. Semua friendly!

Kalau itu untuk beauty product, tak kurang jugak untuk Team MySelera. Selepas di jemput sebagai Penulis Tamu untuk food review DIMA Restaurant di Ara Damansara tempoh hari, pelbagai peluang diberikan lagi oleh MySelera. Malahan, berdasarkan rekod, sepanjang Ramadhan ni, pageview dari DIMA Restaurant antara yang tertinggi setiap minggu. Hubungan dengan management DIMA Restaurant juga semakin akrab. Insya-Allah kalau ada peluang boleh review lagi kan!




Sekali lagi, pada aku skill berbloging ni tak susah mana. Asalkan kita buat dengan sepenuh hati. Bukannya sekadar buat dan setel. Bukan. Ada banyak interpretasi entry melalui pembaca. Aku selalu ingatkan pada diri aku bahawa blog adalah medan perkongsian. Jadi, berkongsilah dengan ikhlas dan buatlah dengan baik sesuatu perkara dan amanah itu. Insya-Allah akan ada hasil dan habuannya!

Walau apapun, ada jugak pengalaman pahit aku dalam kes advertorial ni. Sama macam blogger advertorial lain. Tak kan semuanya manis kan. Tapi... itu semua mematangkan aku dalam dunia blog. Belajar dari pengalaman kan! Insya-Allah nanti aku kongsi lagi mana yang aku tahu ok! 





p/s: Aku bukanlah pakar dalam bidang advertorial, tapi untuk berkongsi ilmu... apa salahnya kan. Kalau salah mohon ditegur dan diperbetulkan. Banyak lagi skill yang perlu aku belajar! Insya-Allah pelan-pelan...




32 comments:

  1. Salam Kak,

    Tahniah atas kejayaan akak. Saya doakan akak terus maju jaya.

    Tapi kalau boleh, hide la details advertiser awak tu. E.g. phone number, nama betul etc. Takut orang salah guna je :)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak,

    Tahniah atas kejayaan akak. Saya doakan akak terus maju jaya.

    Tapi kalau boleh, hide la details advertiser awak tu. E.g. phone number, nama betul etc. Takut orang salah guna je :)

    ReplyDelete
  3. Salam Akak,

    Tahniah atas kejayaan akak. Saya doakan akak terus maju jaya.

    Tetapi, maaf untuk saya ingatkan, elakkan meletak nama advertiser, kerana umum, mereka tidak berapa berkenan untuk dipaparkan secara terbuka. Takut orang salah guna maklumat mereka seperti nama betul, email dan telephone number.

    Sekadar berkongsi theee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas ingatan ini. Done. Dah buat apa yang disarankan. Thank you so much ye! :)

      Alhamdulillah ada teman blogger yang meningatkan!

      Delete
  4. tahniah akak..manis bila akak senyum..:)

    ReplyDelete
  5. Congrats sis. Hope to be like u someday and one fine day. Anyway,good luck in ur undertakings! Believe in u - urself and u can make up in everything in ur life. Chaiyokkkk.

    Lapar burger bakaq? Jom la kita pi 4 once.

    ReplyDelete
  6. tahniah...Penulisan yang mantap mesti advertiser suka..makin maju dah blog Nanie..

    ReplyDelete
  7. Haaaa kannnnnnb....terbaik nanie ;)

    ReplyDelete
  8. waaaaahhh... satu permulaan yang baik untuk melangkah ke peringkat seterusnya.. keep it up ya!! bangga!

    ReplyDelete
  9. Tahniah...first time singgah baca kat blog ni pun dah terasa blogger ni seorg blogger yg ceria...sempoi.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, Tahniah! suka baca story yg awak share dlm blog ni, mmg semuanya menginspirasikan.semoga terus suksess dlm dunia blogging ni..:)

    ReplyDelete
  11. Tahniah dik...
    Akak nak blaja jugak la skill advertorial kat Nanie.

    ReplyDelete
  12. akk,tak sbr nak duduk dgn akk lg utk chit chat pasal blogging.banyak tak paham lagi ni

    ReplyDelete
  13. congrats! buat lah full time blogging.. syok ape ;) awk pandai susun ayat tak terabur mcm kite. hehe! semoga berjaya dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  14. bestnyaaaa all dbest lagi maju! :)

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, terbaik rezeki kamu ni.. :)

    ReplyDelete
  16. btw ada pergi iftar samsung harini? see ya there

    ReplyDelete
  17. tahniah kak inanie... sweet je senyuman akak.. ^_~

    ReplyDelete
  18. tahniah kak fatin,, really proud of you :D

    ReplyDelete
  19. Salam
    Tahniah ya, bertuah badan dapat rezeki atas usaha sendiri. Bilalah mamahanny nak jadi macam ni pulak..hurmmm

    ReplyDelete
  20. tahniah nani..semoga semua yang nani lakukan berhasil..

    ReplyDelete
  21. rezeki Allah ni ada kat memana jer.. rajin dengan malas je. Duduk umah sambil jaga anak pun boleh dapat duit kalau rajin. Apapun tahniah. merah makngaah dengan lipstik & baju nya tu.. kekekeke

    ReplyDelete
  22. wah! baguss tu... congrats! mudah mudahan aku dapat tempias tuah jugak :P

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork