Monday, July 22, 2013

Raya Moments of Closeness with Samsung | Semangat Syawal Buat Ayah

Assalamualaikum semua

[SPONSORED POST]

Kalau kau baca entry-entry di Blog Coklateyes sebelum ni, takde satu pun aku pernah update pasal hari raya. Bukan. Bukan hari raya tak penting bagi aku. Mana mungkin. Cuma hati aku sayu setiap kali bercerita pasal Syawal!

DISERANG STROKE

Ini ayah aku. Dalam keluarga, ayah adalah sumber inspirasi kami semua. Sumber kekuatan yang tak ada tolok bandingnya. Di kala waktu apa pun, ayah lah insan yang paling gagah menyokong puterinya. Tapi...... dua tahun lepas ayah diserang strok. Luluh hati aku melihat seorang hero kini lumpuh sebelah badan. Remuknya hati aku, Tuhan saje yang tahu!

Sungguh. Kegembiraan Syawal aku agak tercalar selepas ayah diserang strok. Masih aku ingat kalau dulu, setiap kali Aidilfitri menjelma... ayah lah paling seronok memilihkan kami bertiga baju raya. Kalau boleh dia nak tengok anak-anak perempuannya dengan pakaian sedondon di pagi Syawal. Siap semua kelengkapan ayah berikan. Dari kepala sampai ke kaki. Semuanya yang cantik-cantik ayah berikan. Walaupun ada ketikanya...aku tahu... ayah tak cukup duit. Tapi untuk kami semua... ayah sediakan mana yang mampu.

Lepas ayah diserang strok.  Ayah tak segembira dulu. Aku tahu jauh dalam hati ayah merindui saat kami semua membuat persiapan raya. Malahan yang paling ayah rindu adalah untuk bertugas sebagai bilal masjid melaungkan takbir raya di pagi Syawal. Keterbatasan upaya ayah menyebabkan ayah murung dan rasa merendah diri. Aku simpati. Aku tahu ayah menangis dalam hati...

Tapi, tak kan selamanya ayah nak begini. Tiap kali Syawal ayah nak berduka dan merenung simpati! Syawal kan hari kemenangan umat Islam. Hari untuk kita bergembira dan bersyukur pada Illahi.


SINAR SYAWAL

Tahun lepas, masih segar dalam ingatan aku. Aku dan adik beradik lain bangkit untuk beri semangat pada ayah! Sapa kata pesakit strok tak boleh beraya dan menziarah keluarga? Sapa kata pesakit strok tak boleh makan ketupat dan kuah kacang di pagi raya? Sapa kata pesakit strok tak boleh pakai baju raya? Aku dan adik beradik bersama-sama bantu ayah.

Alhamdulillah, Syawal yang lepas ayah berubah. Dalam kesederhanaan. Kami nampak sinar gembira dan semangat baru di muka ayah. Mula ceria dan seolah-olah dia terlupa tentang sakitnya! Itu yang kami mahukan. Pagi raya, kami semua siapkan ayah. Pakaikan ayah dengan Baju Melayu baru. Berkopiah baru, bubuh minyak wangi dan sikat janggut ayah. Kasi hensem sikit lah senang ceritanya.

Kami nak ayah gembira di pagi Syawal. Aduhai. Gugur air mata aku tatkala memasukkan lengan baju Melayu ke tangan ayah yang kaku. Tangan yang pernah menyikat rambut aku, yang pernah memberi suapan nasi ke mulut aku dan tangan yang memukul mendidik aku menjadi insan yang baik hari ni. Tangan ayah!

suka moment candidi begini. sepupu dan anak buah aku datang menghibur ayah!

Betul kata orang, pesakit strok kesembuhan dia bukan pada keupayaan fizikal semata-mata. Semangat yang disalurkan dari orang sekeliling sebenarnya membantu ayah untuk 'sembuh' seketika. Ayah begitu ceria tahun lepas. Aku pesan pada mak, adik dan kakak... jangan ingatkan ayah tentang sakitnya. Biarkan dia bergembira. Ukhuwah Syawal dan semangat baru kami suntik pada ayah. Kami nak ayah kuat dan tahu bahawa ujian Allah itu manis sebenarnya. Dan aku yakin ayah sedang membina kekuatan dalamannya.

Kami buang jauh-jauh fikiran negatif. Satu keluarga berubah. Setiap kali aku ajak ayah ke rumah saudara-mara, kalau dulu ayah mesti cakap..."Tak boleh, ayah sakit. Nanti susah nak jalan. Susah nak pergi rumah orang!" No. Aku cakap. Ayah kena jadi macam biasa. Lupakan kesakitan dan segala macam masalah. Ayah kena jadi ayah kami yang dulu. Anak-anak ayah ni ada. Ayah jugak yang pernah cakap, anak-anak ayah adalah sumber kekuatan ayah. Jadi, kami nak buktikan yang kami memang betul-betul sumber kekuatan ayah. Syawal yang lepas kami semua dapat menziarah kaum keluarga terdekat, solat hari raya bersama dan ayah jugak mampu puasa sunat enam. Semangat ayah memang kuat. Ayah kuat sebab kami pun kuat!

ayah menemani aku ke rumah teman blogger! 

Melihat senyuman ayah di pagi Syawal sudah cukup lengkap untuk aku menyatakan Syawal aku bermakna. Hubungan aku-kakak-adik dan ayah memang tak dapat nak digambar dengan kata-kata. Kami semua yakin hubungan keluarga ni tak akan berubah walau seribu tahun mendatang. Ujian Allah membuatkan kami sekeluarga kuat. Kami tahu, ujian Allah hanya untuk mereka yang layak dan mampu. Dan Allah telah memilih kami sekeluarga untuk semakin dekat pada-Nya. Kenapa kami dipilih? Sebab kami mampu!


Sanak saudara, kawan-kawan semua datang menziarah ayah. Bertanya khabar dan tak akan lupa mengirim semangat dan mengutus doa moga ayah cepat sembuh seperti sedia kala. Kata-kata positif itulah penawar penyakit ayah!

Ayah gembira bila keluarga datang menziarahnya.

Untuk tahun ni, aku yakin ayah sekuat yang dulu. Walaupun kesihatannya agak merosot, tapi itu bukan halangan. Tahun ni aku dengan adik beradik yang lain dah plan nak pakaikan ayah dengan baju Melayu siap bersampin. Macam ayah masa sihat dulu. Hensem, bergaya dan segak di pagi Syawal. Kami nak raikan Syawal dengan meriah dan lebih barakah!


RAYA MOMENTS OF CLOSENESS WITH SAMSUNG

Sebab tu bila Samsung Malaysia anjurkan "Raya Moments of Closeness With Samsung" aku tak teragak-agak nak join kempen ni. Mungkin boleh membantu aku menyuntik lagi semangat Syawal aku dan ayah!



Jika entry aku terpilih sebagai pemenang, aku berniat untuk memilih Samsung Galaxy S3 sebagai hadiah. Ibarat Aur dengan tebing, Samsung dan keluarga aku memang dah sebati. Aku-kakak dan adik sama-sama memilih Samsung Smart Phone untuk sentiasa berhubung dengan ayah dan keluarga. Samsung merapatkan ukhuwah keluarga kami. Cumanya...ayah masih tak punya smart phone. Kalau ada smart phone, mudah untuk kami we chat, voice mail mahupun video call dengan ayah!



SAMSUNG GALAXY S3

Sebab tu lah, kalau ada rezeki, aku yakin hadiah Samsung Galaxy S3 ni mampu menceriakan Syawal aku sekeluarga. Bukan tu je, dengan Samsung Galaxy S3 ni jugak lah aku akan rakam setiap detik gembira Syawal kami bersama-sama. Bergurau senda dengan ayah di pagi Hari Raya, detik-detik ketika bersalaman memohon ampun maaf dan juga juadah makanan air tangan mak yang dah tersedia atas meja! Itu semua moment. Moment terbaik dalam hidup dan keluarga. Mana mungkin aku lepaskan! Haish mesti meriah!

Bukan tu je, dengan smart phone jugak, mudah untuk ayah beramal ibadah. Aku akan download-kan aplikasi Al-Quran untuk ayah. Maklumlah, sebelah tangan ayah agak terbatas fungsinya. Kan mudah, dengan sentuhan jari je boleh slide muka surat Al-Quran! Dan boleh dibawa kemana sahaja!!! Ringan dan tahan lama!

Syawal 2009.
Besar harapan aku untuk menang dalam kempen ni. Tak banyak sedikit, aku rasa dengan bantuan Samsung Malaysia, aku boleh memberi keceriaan pada ayah di hari Syawal yang mulia ini. Menghiburkan hatinya yang gundah dan risau dengan penyakit stroknya dan aku nak ayah tahu yang kasih sayang anak-anak pada ayah memang tak akan sama nisbahnya dengan kasih sayang ayah.



Selagi ayah masih ada, masih punya nyawa...aku-kakak-adik berjanji untuk menggembirakan ayah seadanya. Pengorbanan ayah pada kami sekeluarga sangat besar nilanya. Tak terkata. Sumpah tak terbalas sampai bila-bila.

Sempena Syawal yang bakal menjelang ni, aku pohon pada-Mu Ya Tuhan, kembalikan kesihatan ayah seperti sediakala. Panjangkan usianya, berikan kesihatan dan kegembiraan buatnya. Jujurnya, jika maut menjemput ayah di kala ini, aku masih belum bersedia. Tak puas lagi bermanja dan menabur jasa padanya. Moga Allah memberi kesempatan pada aku untuk berbakti pada kedua orang tua. Moga-moga potrait raya kita tahun ni lebih ceria dan gembira!


Insya-Allah kalau menang, hadiah ni tak lain tak bukan untuk ayah. Yes, ayah. Insan yang sentiasa memberi inspirasi kepada aku. Kawan-kawan doakan ye aku berjaya dalam campaign ni.


Sempena Syawal ni, upload potrait raya family anda bersama Samsung di :

https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/




Dah tengok Samsung Raya TV Commercial?
Kalau belum, tengok kat sini : 



Entry ni aku tujukan untuk kita semua. Moga-moga menjadi inspirasi pada kita semua untuk berbakti pada kedua orang tua, menghargai mereka selagi punya nyawa!  Korang bantu aku untuk memberikan Semangat Syawal Buat Ayah dengan menekan button LIKE & Promote entry ini pada kawan-kawan. Insya-Allah, kasih ayah membawa bahagia!!!




 Selamat Menyambut Syawal Mulia! 

SUKA ENTRY INI. KLIK LIKE DI BAWAH! ;)

71 comments:

  1. you should win this for your family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak macam dah fix prob like tu..hehe good good ^^

      Delete
    2. insya-Allah.. harapnya begitulah! :) thanks for the support Zuan!

      Delete
  2. good luck ..

    entry yg sgt best ! ika doakan semoga ayah kembali sihat seperti sediakala . Insyaallah :)

    ReplyDelete
  3. how to like?xnmpk pon button like..

    ReplyDelete
  4. Semoga ayah awk cpt smbuh dan ceria selalu. Sy doakan awk mng dlm kmpen ni. Amin :) terharu bce entry ni !

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cik zek.... amin amin amin untuk doanya!!! :)

      Delete
  5. insha allah..pasti ada rezeki.iman doakan akk ada rezeki tau!man doakan ayah akk sentiasa sihat dan bertugas seperti biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah... amin amin amin. harap begitu lah!

      Delete
  6. Wahhh best lah hehehe tak ada chan lah ni tahniah and good luck..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ishhhh apa pulak takde can. insya-Allah rezeki telah ditentukan. tawakal to Allah... :)

      good luck untuk awak jugak!

      Delete
  7. Replies
    1. terima kasih phat!!! :)

      doakan kita berjaya!!!!!!

      Delete
  8. assalamualaikum innanie....sayu je semoga segala2nya akan dpt dilakukn dgn sempurna...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama. insyaAllah. amin dan terima kasih atas doanya!!!

      Delete
  9. Replies
    1. amim amim amin!!! terima kasih atas doanya!

      Delete
  10. salam innanie..sedih baca..semoga ayah nani sihat selalu..inannie dengan adik beradik yang lain memang anak yang baik..mampu membaut ayah gembira..semoga berjaya dalam contest ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih nadia.... kita semua cuba sedaya upaya gembirakan orang tua... insya Allah diredhai hidupnya kan!!! :)

      Delete
  11. saya dah like.. like saya semula yer.. hehehe

    ReplyDelete
  12. Semoga ayah cepat sembuh, sebak baca :'(

    ReplyDelete
  13. segak ayahnya...

    semoga sihat selalu...

    n gudluck! ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheh.. kalau ayah baca komen ni mesti kembang sekejap dia!
      terima kasih atas doanya!

      Delete
  14. sedih baca.. semoga ayah cepat sembuh.. insyallah nanti nbalik rumah akk akan tekan butang like

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak kak...

      semoga doa akak dan jasa baik akak dibalas kebaikan juga!

      Delete
  15. ayah innanie hemsem. hehe smpaikan dkt ayh ye.. sbg penguat smgt. kem slm dkt mak sbb jd penyokong terkuat ayah selain anak2. mar doakan sglnya dipermudahkan utk innanie, ayah & keluarga :)

    *hanya yang terpilih dpt merasa :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak kak. heheheh ayah hensem, anak dia cantik kan? hahaha kita pulak perasan.

      Insya Allah kita sampaikan kat ayah kasi dia happy sikit!

      amin. moga doa akak untuk kita dan keluarga dimakbulkan tuhan!

      Delete
  16. InshaAllah Nanie boleh menang..semoga ayah cepat sembuh yea..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin... moga doa Asyik untuk kita dimakbulkan Allah SWT!
      terima kasih asyik!

      Delete
  17. :( gulp. nani sabar ok. terkedu jap. :/

    ReplyDelete
    Replies
    1. nameee!!! :) make me smile ok!

      Kuatkan semangat kita jugak!

      Delete
  18. gudluck Nanie...ada harapan utk menang ni...
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terim kasih kak Nory!!!

      AMin moga Allah perkenan doa kakak!

      Delete
  19. done like akak.mudah-,udahan ade rezeki akk.kita tak taw ayah akk strok.yati harap ayah akk akan kembali sembuh.selamat berpuasa akk ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin yati. terima kasih atas doanya...

      Delete
  20. i like!

    moga berjaya

    teringat arwah bapa mertua... tiap kali hari raya, kami bersalam bermaaf maafkan.. bapa akan cium ubum2 semua anak menantu dan cucu²...dan semua anak2 bapa dapat duit raya walau dah tua mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak jie.

      alahai shahdunya kak cim kat ubun2!

      Delete
  21. Syu dah like. Smoga awak menang dan ayah cepat sembuh and bertambah happy k :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih syu!!! amin moga doa syu makbul!

      Delete
  22. nampak sinar kebahagiaan di wajah ayah...tahniah..berbaktilah sementara masih ada..:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih bang!!!

      Insya Allah selagi mampu selagi ada nyawa dan upaya kita bahagiakan orang tua

      Delete
  23. bagus entry you. semoga berjaya :)

    ReplyDelete
  24. be strong kak.....harap akk menang

    ReplyDelete
  25. Banyak sungguh kisahnya. Jom berhari raya dengan samsung!!

    ReplyDelete
  26. sob sob.. mengalir air mata bc entri ni... tak boleh bc kisah ibu bapa, mesti sayu sbb mak ayah kita byk jasa pasa kita... done like

    ReplyDelete
  27. good luck!! jom berhari raya dengan samsung :)

    ReplyDelete
  28. good luck!
    semoga ramadhan dan syawal tahun ini lebih baik daripada tahun2 sebelumnya.. =)

    ReplyDelete
  29. wish u luck. sedih pulak baca.

    ReplyDelete
  30. Dah2 jangan sedih2...kuatkan semangat ye.

    ReplyDelete
  31. subhanallah luluh hati baca citer camni pagi2

    ReplyDelete
  32. Sebak baca entri nie. Semoga ayah kak Innanie terus kuat semangat dan bertambah sihat dari hari ke hari! Apa pun, semoga berjaya! :)

    ReplyDelete
  33. macam boleh menang je akak rasa nih..tahniah sebab jadi anak yang baik..Nanie selalu buat akak kagum la..

    ReplyDelete
  34. awakkk, kita baru berkesempatan nak baca entry ni, sebak sangat baca. semoga ayah awak diberikan kekuatan untuk sihat dan kuat seperti selalu :') gdluckkkk awakkk!

    ReplyDelete
  35. good luck...semoga jadi anak yang baik dan ayahmu cepat sembuh :)

    ReplyDelete
  36. Semoga ayah akk cepat sembuh n ceria selalu!! Good Luck akk!! Seronok baca.. :)

    ReplyDelete
  37. Sedih kakak baca entri ni. Terkenang ayah mertua kakak yg lumpuh badannya dah beberapa tahun dah. Terkenang juga pd arwah emak kakak yg dh setahun lebih meninggalkan kami. Moga berjaya ya dan kesembuhan buat ayah Nanie :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork