Thursday, July 11, 2013

Review : The Body Shop Deep Sleep Dreamy Pillow & Body Mist , Bantu Tidur Lebih Lena!

Assalamualaikum semua

Kalau kau nak tahu, aku taip entry ni lebih kurang jam 2.45 pagi. Yes. Aku niat nak terus je stay up sampai ke sahur. Bila kat rumah, memang aku ada masalah sikit untuk tidur. Entah kenapa. Sebab biasanya aku kalau kat rumah lepas Zuhur memang aku nap sekejap. Tu pasal, bila malam payah nak tidur. Sebagai mak ayah memang haruslah mereka marah kan. Sebab orang lain tidur, aku sampai 4-5 pagi baru nak tidur. Pernah tu lepas Subuh baru mata ngantuk. Jadi aku kena cari solusi. Badan dan otak penat, tapi mata tak nak lelap. Nak buat cemana kan? 

Kemas-kemas barang jumpa sesuatu. Ah-haaaa!!! Really good for me... Boleh membantu nampaknya ni...



Deep Sleep Dreamy Pillow & Body Mist 
dari The Body Shop


Namanya pun dah seronok kita dengar... Dreamy Pillow. Yep, memang dreamy habis. Last two days, malam sebelum Ramadhan tu... memang aku tottally tak tidur for more than 30 hours. Gilo! So badan memang penat sangat. Masa solat terawikh tu, kepala dah rasa lain macam dah. Tersengguk aku masa amin-kan doa ayah. Jadi, teringat ada Deep Sleep Dreamy Pillow & Body Mist ni... lepas habis terawikh aku terus kemas bilik dan sembur pada tilam dan badan. 


Kandungan gabungan antara Camomile Oil dan Jujube extract memang memberikan satu bau yang fresh, woody, dan boleh me-relaxkan aku. Seriusly bau dia best dan buat kau tenang. Aku spray sekali kat bolster so bila aku peluk tu, bau dia betul-betul buat aku lelap habis. Tambah pulak aku penat kan.




Tapi, aku buat andaian maybe sebab aku dah penat so memang mudahlah aku lena kan. So bila aku nak nap lepas Zuhur tu aku saje spray sekali lagi. Tengok lah memang berkesan ke tak kan... Oh-ho!!! Memang pun ye. Tak sampai 5-7 minit mata aku dah kuyu layu. Kalau sebelum ni, maybe mengambil masa 10-15 minit untuk aku lelap. 

Bila tidur pulak, memang nyenyak. Takde terjaga-terjaga. Sebab bau dia tu selesa. Kau boleh feel macam dalam spa tau. Tinggal tunggu ada orang urut je. Haih seronok!

So, aku cadangkan sesiapa yang ada masalah tidur, boleh cuba gunakan Deep Sleep Dreamy Pillow & Body Mist daripada The Body Shop. Boleh didapati di store TBS. Harga pulak RM 39.90 untuk 60ml. Yang ini aku dapat dari Bag of Love. [KLIK SINI]




p/s: Tidur di Bulan Ramadhan adalah sebahagian ibadah...



13 comments:

  1. Salam kenal :)

    Akak kena carik bende nih.
    Dah nak masuk kelab burung hantu dah tak boleh tido malam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal Kak Farrah MF.

      heeeee silakan silakan cari sebotol. kang tak memasal eye bag jadi eye punch!

      Delete
  2. haaa.. boleh amalkan.. aku pun ada masalah tidurrr

    ReplyDelete
  3. BACA DOA TIDO..BARU LEH TIDO..HEHE..

    ReplyDelete
  4. akak xde mslh tido...tp leh jugak bli nak suh budak2 nih tido awl..hahaha

    ReplyDelete
  5. fuyoooo... nak kena try ni !! sue pon kalau balik rumah mesti tukar shift tido... -_-

    ReplyDelete
  6. wahhh bestnya dear..kalo dpt ni tidur lena tiada gguan kena beli gak lah kita ade mslah tidur juga ni..

    ReplyDelete
  7. semoga satu hari nanti ubat senang bangun pon ada orang rekaaa sebab kak ya spesis susah bangunnn :P

    ReplyDelete
  8. Baruu je balik dr body shop beli perfume xtau ada mendalah nie,,bestnya kena cari gak niiii

    Boleh follow saya gak

    Lalabiestory.blogspot.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork