Thursday, July 4, 2013

SAFI Balqis Perfect 10 : Berkualiti Lagi Suci

Assalamualaikum semua

Bercakap pasal kecantikan, kulit muka yang flawless dan gebu memang diidamkan ramai perempuan. Dan aku sebagai perempuan tak terlepas untuk berangan macam tu jugak. Ada perempuan yang memang dilahirkan tanpa masalah kulit muka. Tapi majoriti perempuan mengalami masalah kulit muka yang berbeza-beza. Kat luar sana ada beribu beauty product yang menjanjikan 1001 efek kecantikan. Tapi korang sendiri lah yang tentukan mana yang bersesuaian. Ada yang mahal, ada yang murah. Pilih saje!

Untuk aku, setelah macam-macam jugak aku gunakan dan cuba produk di pasaran. Ada satu produk yang mendapat top list dan recommended dari aku. SAFI Balqis Perfect 10! Almost 3 tahun lebih aku gunakan dan memang SAFI Balqis bersesuaian dengan kulit muka aku. Bagi efek yang mengagumkan dan paling penting menjimatkan.


Ini adalah set produk SAFI Balqis yang aku gunakan. Actually ada lagi. Nanti aku share dengan korang. Basically, untuk one set SAFI Balqis, aku rasa tak sampai RM 100 pun yang perlu aku keluarkan. Jenama SAFI ni memang dah lama bertahan dalam pasaran. Even mak aku dan ramai kawan-kawan aku gunakan produk SAFI. Macam aku cakap tadi, kelebihannya adalah dari pocket saving dan satu lagi adalah ke-HALAL-annya.


  1. SAFI Balqis Perfect 10 Pembersih Muka : yang ini aku gunakan setiap kali aku mandi. Untuk buang segala kekotoran yang ada pada muka lepas sehari-hari. 
  2. SAFI Pembersih Muka Anti Jerawat : Alhamdulillah kulit muka aku bukan dari jenis yang berjerawat, cuma kadang-kadang bila time nak period je keluarlah jerawat secara berjemaah. Jadi aku gunakan Anti Jerawat 2-3 kali je seminggu. 
  3. SAFI Balqis Krim Kontur Mata : mata aku mata panda. Hakikat! Hehehe. Jadi untuk kurangkan gelap bawah mata aku gunakan krim ni. Biasanya sebelum tidur lah aku guna. Tapi ikut mood. Kadang dah penat, langsung tidur terus. 
  4. SAFI Balqis Perfect 10 Penyegar : Aku gunakan toner untuk dua keadaan. Satu bila aku nak cuci make up *bila takde make-up remover* dan kedua lepas aku gunakan pembersih muka. Fungsi toner selain membuang kotoran, ia juga sesuai untuk melembapkan kulit muka. Jadi lepas bersihkan muka, pakai toner sangat-sangat fresh! 
  5. SAFI Balqis Perfect 10 Serum : Yaaay!!! Ini most favourite item aku. Ke hulu kehilir memang aku simpan dalam beg. Serum SAFI Balqis ni pada aku memang terbaik. Aku gunakan sebelum aku pakai make-up. Biarkan dia menyerap lebih kurang dalam 10-15 minit dan untuk aku memang terasa moisture kulit muka tu. Another thing, pakai make up pun lebih long lasting! 

Another product dari SAFI Balqis yang aku suka adalah yang bawah ni. SAFI Balqis 2in1 : Pembersih dan Penyegar. Yang ini aku memang boleh bagi 5 bintang punya produk. Dahlah menjimatkan duit, jimatkan masa jugak. Selain daripada efek 2in1 yang dia ada iaitu combination penyegar dan pembersih, satu ciri yang aku suka adalah cooling effect yang dia beri. 




Masa musim jerebu yang lepas, kulit muka aku kering dan agak panas. Jadi bila aku rasa tak selesa dan panas, cepat-cepat aku cuci muka dengan SAFI Balqis 2in1 ni. Cooling agentnya dalam rupa biji-biji biru putih yang ada dalam gel tu memang menyegar dan membersihkan. Lepas cuci, seriusly kau rasa sejuk sangat kulit muka kau. Rasa segar semacam je! 

Bagi kategori harga, memang aku tak nafikan... harga produk SAFI sangat-sangat berpatutan dan terjamin kualitinya. Macam aku sebut kat atas tadi, korang boleh spend less than RM 100 untuk semua produk satu set tau. Takdelah mahal kan. Dan kuantitinya pun boleh tahan pakai dalam sebulan lebih. Jadi memang berbaloi! 

So, sapa kata untuk dapat kulit cantik kita perlu berhabis ribu-ribu? Kalau mampu tak apa. Takde masalah. Tapi produk yang murah juga ada kualitinya tersendiri kan! Yang penting kita sebagai pengguna kena bijak memilih! 


Sempena hari raya Aidilfitri ni, SAFI ada menganjurkan satu peraduan teka silang kata! Hadiahnya juga lumayan iaitu duit raya RM 300 untuk 70 pemenang. Yahoo!!! Jadi, aku sebagai salah seorang pengguna SAFI Balqis, memang terus joinlah peraduan ni. Mana tahu ada rezeki kan.


Untuk maklumat lanjut, KLIK Facebook SAFI Raya!!! --------KLIK SINI--------




p/s: nanti kita share lagi ok!

32 comments:

  1. dulu nad pun pkai..tapi mcm tak sesuai...

    ReplyDelete
  2. kite geng..hehe..nisa bru guna dlm 6 bulan,Alhamdulillah sesuai dgn kulit nisa.. :)

    ReplyDelete
  3. saya pakai yg gamat. bila try tukar balqis perfect 10 xsesuai dgn kulit.. :(

    ReplyDelete
  4. Nanie..Asyik sejak dpt goodies dr fair&lovely mmg guna fair&lovely jea..produk murah dan sesuai dgn muka..bestt..:)

    ReplyDelete
  5. saya tak boleh... stick dgn nivea plus fair n lovely..

    ReplyDelete
  6. nampak macam best tapi takut pulak nak tukar-tukar pencuci, kot-kot ada efek di kemudian hari.

    ReplyDelete
  7. cik nor serasi ngn garnier..:)

    ReplyDelete
  8. safi balqis memg terbaik....akak memg gune...

    ReplyDelete
  9. dulu pnh pakai p x sesuai dgn kulit...tp safi mmg ok n ngam sgt dgn kulit kalau serasi..

    ReplyDelete
  10. fi pun dah bnyk jenis pakai pencuci muka...tapi yang ni sesuai ke untuk laki2 ?

    ReplyDelete
  11. sekarang guna cleanser safi,,, selang seli ngn clinelle

    ReplyDelete
  12. saya sejak lahir smpai besar ni la.. mcm mcm saya pakai..
    safi dah, syahirah dah, himalaya da, faceshop dah, garnier dah, oxy pun dah.. hahahha....

    gilos.. patut la muka cm ape je..haha

    ReplyDelete
  13. hai dear... sis pakai yg terbaru tuh..sangat best lebih2 lagi sis xske pakai toner..

    btw, sis slalu sgt stalk nanie tau.. sangat kagum dgn nanie.. Curik sedikit keyakinan dari nanie...

    ReplyDelete
  14. suka bau cleanser safi! wangiii!

    Jemput baca latest post saya - Monthly Favorites | June 2013

    ReplyDelete
  15. Pernah try, tapi rasanya kulit muka saya tak sesuai dengan produk safi ni -.-

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum innanie....wah bestnya nak join gak la...:)

    ReplyDelete
  17. dulu pakai juga dah lama kot. tapi x serasi =)
    bestnya dear sesuai dengan kulit. penjimatan hebat tu
    packaging sekarang dah cantik. x boring mcm dlu

    ReplyDelete
  18. hani memang penguna setia safi balqis..kita geng..yeah...

    ReplyDelete
  19. hani memang penguna setia safi balqis..kita geng..yeah...

    ReplyDelete
  20. wahhhh.... ok juga safi ni. tapi kak mia serasi dengan produk lain... huhuhu

    ReplyDelete
  21. eka ritu curang , pakai serum ngan pencuci lain. sudahnya jerawat naik saja kat muka. STOP. semalam beli safi balik. hahaha serum ngan pencuci. i likeeeee. suka sangat serum dia

    ReplyDelete
  22. Hey!nani..sy bru try pkai krim kntur mte..nk mnx pnduan mcm ner nk pkai ny..tlg blh??

    ReplyDelete
  23. salam u. i br je pakai safi balqis ni dkt sebulan lebih and mmg nampak berkesan dlm 2 minggu tuh. tapikan masalah sekarang ni tiba2 naik jerawat byk dkt muka. especially pp kanan and dahi. i nk truskan pakai manala tau kot2 oke lps tu. u dulu mcm tu ke? or x?

    ReplyDelete
  24. pakaii je..mulaa mulaa memg macam tu.. nak serasikan dengann kulit.. lama lama nnty okayy lahh tuuhh.. teruskann je

    ReplyDelete
  25. Baru nak try guna.. harap2 berkesan:)

    ReplyDelete
  26. Klu umur i 25 ssuai tak pkai safi rania gold or gune perfect 10 je

    ReplyDelete
  27. Nak tnyaa. .yg 2in 1 tu klu guna xyah pakai pencuci muka dia lgi ke? Explain pleseeeee. .confius

    ReplyDelete
  28. nak citer pengalaman sikit..se'blm ni noor pakai p'cuci muka safi susu manggis,serum safi balqis dgn krim p'cerah safi.pastu saje gatal tukar plak pakai product dnars cosmetics.apalagi,muka noor naik ruam merah!!mmg buruk giler!menyesal pakai product dnars tu sbb x serasi ngan muka noor.dh panik giler dh tgk muka s'diri sampai hubby pn tegur..alih2,noor cuba pakai p'cuci muka hubby,safi gamat.mmg best giler!dlm masa 3 hari,ruam dh kurang & p'caya @ x,muka noor dh x'de ruam lg+lbh cerah dr se'blm pakai product dnars!!skrg ni noor pakai,p'cuci muka safi gamat,toner safi timun,serum safi balqis & krim p'cerah safi.bila mlm noor pakai pelembap safi gamat.mmg best giler product safi!tobat x nk tukar dh!

    ReplyDelete
  29. sya pon mula2 pkai naik jerrrawat tp skrang alhmdulillah .. daa okay.

    ReplyDelete
  30. Mana nak beli krim kontur mata ya? Saya cari dekat guardian dgn watsons tapi takde pun..

    ReplyDelete
  31. Mana nak beli krim kontur mata ya sbb saya dah cari dkt watsons dgn guardian tapi tak ada..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork