Monday, July 8, 2013

Sebenarnya Saya Ada Kembar...

Assalamualaikum semua

Selama aku berbloging ni, aku tak pernah bagitau yang aku ada kembar kan? Heheeh. Yep yep. Mana yang kenal rapat je tau aku ada kembar. Mana yang kenal dari blog atau universiti memang tak tahu. Seronok sebenarnya bila ada kembar ni. Sebab ada partner in crime. Kepala sama je. Nak buat jahat sama. Nak buat baik pun sama. 

Ni gambar aku dengan kembar aku...
Nama dia Faseha Annasihah. Aku Fateen Innanie. Kiteorang kembar seiras....


Tapi...




Lain-lain tahun kelahiran. Dia muda dua tahun dari aku. Eh... boleh ke gitu? Kembar seiras tapi lahir lain-lain tahun?

Heheheh.

Aku gurau je beb sebenarnya... Tu adik aku lah. Muka kiteorang yang sebijik secopy-paste. Hehehe. Memang ramai yang keliru. Kalau kiteorang jalan sama-sama, mesti orang pandang. Nak-nak kalau kiteorang pakai baju sama. Lagi lah orang akan tegur. Kalau orang tanya mana kakak, mana adik...cepat-cepat aku main teka teki dengan orang tu. Suruh dia make a guess. Pilih mana kakak mana adik. Biasanya, orang kata aku adik. Sebab nampak muda remaja. Hahaha! *lempang!*

Kalau aku dengan kakak aku pun sama. Muka boleh lah nak dikatakan sama. Tapi kakak aku lagi putih lah. Macam cina sikit. Gua muka jawa! Kehkehkeh. Disebabkan beza kami adik beradik tak jauh, 2 tahun seorang... jadi memang orang akan cakap kami kembar.

ni aku tak pakai spek. kalau pakai memang sama. 

Pernah jugak kiteorang terfikir nak twist-twist tempat. Saje idea gila.  Aku dengan kakak aku lagi dasyat, suara kiteorang pun nak dekat sama. Selalu bila mak aku call, haa mula lah aku menyamar jadi akak aku lah, akak aku menyamar jadi aku lah. Mak aku yang confius. Hahahah!!! 

Sebelah family ayah aku memang ada keturunan kembar. Anak sepupu aku ada dua pasang yang kembar seiras. Jadi mana tahu anak cucu aku esok lusa ada yang dapat kembar. Tak ke seronok je tengok dorang besar sama-sama, pakai baju sama-sama. Comel je. Agaknya seronok kan ada kembar. Macam kita tengok diri kita sendiri. Kan?

Last but not least, ini lah adik beradik aku yang "KEMBAR" tiga.

sepesen tak? 


p/s: teringat pulak blogger kembar The Mansor's Twin-----KLIK SINI-----




13 comments:

  1. muka sepesen. adik beradik saya langsung tak sama muka. tiap kali jumpa orang ke jiran ke, mesti diorang tanya kitorang ni anak siapa

    ReplyDelete
  2. semua adik bradik awk pakai spek...hehehe ... ur lips sama je gan adik awk... hehehe

    bila tgk gambo fateen... kite miliki dagu yang sama la...heheheh comel!

    ReplyDelete
  3. memang betol2 copy paste muka adik ngan kakak...sebijik! hehe

    ReplyDelete
  4. Ingatkan betul2 kembar, but you guys really look the same.
    Ieqa ada kembar, yg betul2 punya la. Memang lahir sama hari sama tahun. Hehee. Pernah la pedajal kawan2 kat facebook, tukar profile picture. Saje trick diorang but it was fun! :p

    ReplyDelete
  5. semua pakai cermin mata sebab tu nampak macam sama hehe...

    ReplyDelete
  6. yg penting dagu nanie tuh mahal...hahahaha

    ReplyDelete
  7. ayah keje apa? nampak macam pensyarah gayanya.... tak pun mcm mufti negeri....

    rupa si kakak dengan si adik mmg sebijik sebotol...

    ReplyDelete
  8. kalau ckp kembar pun org percya ni..Asyik pun teringin nak ada anak kembar bila dh kahwin..hehe

    ReplyDelete
  9. a'ah muka adik awk matang ckit.hehe..ingatkan kembo bebetul da td hikhik

    ReplyDelete
  10. JARANG NAMPK ADIK BERDIK MUKA DEKAT2 SMA.HEHE

    ReplyDelete
  11. iya lah... sama! memang mcm kembar! copy paste :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork