Friday, July 26, 2013

Tempahan Edit & Design Blog Dari Sheda Ucu

Assalamualaikum semua

Aku ni tak reti sangat menghias blog kasi vavavom! Buat simple-simple aje. Basic skill lah senang ceritanya. Mana yang aku tahu aku cuba buat. Kadang tu, sampai sakit kepala. Aku selalu cakap, sapa yang terer bab coding ni memang Alien! Ye lah... aku tak boleh baca beb coding-coding bagai ni. Aku nampak berpintal-pintal macam tulisan alien. *eh alien ada tulisan ke? *eh alien wujud ke? Gulp!

Tapi... aku ada sorang kawan blogger. Yang ini aku memang tabik spring enam puluh kali kat dia. Bukan sekadar terer coding, segala mak nenek hias blog semua kat hujung jari dia je! Kau cakap je nak blog kau jadi cemana. Semua memang dia boleh buat. Impress aku! Nganga mulut lebar-lebar tau!

Kau tak caye? Meh aku tunjuk sikit cemana hebat tak hebat dia ni! 



See. Tu baru sikit tu. Baru part header tu. Dah boleh buat pusing gitu. Tak ke memang jaw-down kau dibuatnya!!! Yang lagi kencang, kau tahu... Sheda tak de study apa pun pasal design grafik. Hanya belajar sendiri je tau!!! Hebat budak ni. Hebat!!!

Sebenarnya, Sheda ni bukan calang-calang orangnya. Memang dah banyak tempahan design blog yang dia ambil. Dan aku perhatikan semua design dia memang comel-comel. Seperkara lagi lah kan, Sheda ni baik hati...

Dalam dua tiga hari lepas, gatal tangan aku nak menggodeh blog sekali shout box aku yang slide ada domo dulu tu aku terdelete. Dah lah aku ni buta IT. Cemana nak buat balik. So, aku mintak lah bantuan si Sheda, since nampak dia hebat coding kan. Alhamdulillah, dia memang baik hati. Sudi membantu untuk buatkan slide comment box tu. 


Part aku terharu, dia buat tu FOC je. Alahai baik hatinya awak Sheda. Dah lah cantik, baik hati pulak. Complete boleh buat bini. Eh! heheheh :)

Jadi, pada sapa-sapa yang nak edit blog, nak buat header baru, atau nak cantikkan blog lagi... aku rasa Sheda Ucu adalah orangnya. Servisnya, Insya-Allah memuaskan hati korang. Kalau dia tak layan korang, report kat aku. Nanti aku marah dia sikit! Heheheh. Jokes! 


Untuk maklumat lanjut :

Layari Blog Sheda Ucu ; http://sheda-ucu.blogspot.com/



p/s: buat baik dibalas baik! Insya-Allah!!!



JANGAN LUPA HARI TERAKHIR UNTUK LIKE ENTRY "SEBARKAN SEMANGAT SYAWAL BUAT AYAH BERSAMA SAMSUNG"!!! 




11 comments:

  1. owh.. sheda ucu ni memang terbaik.. hebat beliau ni.. kenal sangat2 :)

    ReplyDelete
  2. akak pun kagum pada adik2 yang pandai main2 coding ni..padahal ada yang baru sekolah lagi tu..cemana la depa belek hari2 code2 tu..kalau akak memang nak naik angin je..

    ReplyDelete
  3. hello coklateyes,

    Bog ni bole jadi hebat bila ade cerita pasal coklat :3 ..kalau ade resepi coklat kongsi lah ye..

    thxs

    ReplyDelete
  4. ok,, ni yang jelez ni,, hahaha,, sheda memang baik sesangat,, admin blogger muda mudi,, akak ingat tak group blogger kat wechat tu,, hehe,,, sampai sekarang group tu bertahan dengan adanya sheda,,, :D

    ReplyDelete
  5. bagus ni. k llily tengah cari orang untuk edit blog ni..

    ReplyDelete
  6. Lawoooooo sangat orangnya. Nanti nak terjah blog dia. Nanieee!Super jeles tengok blog nanie comel. Polka dot dot comel siap kaler oweng!:)

    ReplyDelete
  7. Hi…saya blogwalking kat sini. Jemput datang ke blog saya yer http://ibu2ahmad.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. memang meletup dia punyer blog..hehe..dah la comel..nad memang nak mintak die edit blog nad sikit

    ReplyDelete
  9. nanieeeeeeeeeeeeeeeeee,onie dulu hias blog sendiri, coding2 ada la hafal sikit,bila dah masuk tahun ni malas yang amat,tempah je kat org,haha... tapi onie sokong komen dari kak diana, respek pada adik2 yang pandai hias blog ni haaaaaa...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork