Friday, July 5, 2013

Testimoni Pengguna Dress KZ Nabihah : Materialnya Bukan Lycra Biasa!

Assalamualaikum semua

Aku terpanggil untuk buat entry berkaitan dress dari KZ Nabihah ni bukan sebab beliau adalah kawan aku atau sebab dia sponsor aku untuk penajaan dress selama setahun. No! Tapi ini adalah disebabkan aku sebagai testimoni beliau dalam penghasilan dress yang dijual kepada pelanggan. So, anggaplah aku pelanggan yang sedang menulis entry ni. Korang pun tahu kan, aku kalau suka cakap suka, kalau tak suka cakap tak suka. 

Banyak kali aku baca persoalan yang dilontarkan kepada team KZ Nabihah mengenai kualiti pakaian yang dihasilkan. Ada yang negatif dan ramai yang memberi feedback positif selama ni. Sebagai seorang perempuan plussize aku selalu ingatkan diri aku untuk "Ukur Baju Di Badan Sendiri". Ini bermakna sebagai perempuan bersaiz besar, jangan sekali kita sekadar melihat baju dan badan kita kemudian main agak-agak. Itu dilarang. Boleh mengundang bahaya. 

Perempuan plussize ni ada banyak kelok-kelok di badan. Aku harap korang fahamlah tanpa perlu aku hurai panjang. Badan kami ni istimewa. Tak rata macam orang lain. Sarung baju apa pun flat aje! Jadi disebabkan itu, aku sangat sarangkan bagi mereka yang plussize untuk ukur dengan terperinci dan tepat setiap kelok di badan tu. Kenali kelemahan dan kelebihan badan kita.  Contoh macam aku lah senang cerita. Kelemahan aku adalah di bahagian lengan yang mana aku miliki lengan yang besar. Jadi, aku selalu cari dress atau baju yang boleh menutup kelemahan tersebut. Mungkin ada sesetengah orang di bahagian punggungnya besar, jadi macam aku kata tadi carilah pakaian yang dapat menutup kelemahan kita di bahagian tersebut. 

Sebagai contoh, aku Qasreena Dress *half-peplum dress ni
sebab dengan dress ni boleh menampakkan efek kurus dan ramping di bahagian pinggang.
Kira nampak macam ada shape lah.
Bagi lebih menaikkan efek curve, aku bubuh border line di bahagian bawah dada.
Aku difahamkan, ramai antara mereka kat luar sana ragu-ragu pada kualiti kain lycra yang digunakan oleh KZ Nabihah. Aku tampil ke depan sebab setakat hari ni, aku boleh jamin bahawa kualiti kain lycra yang beliau gunakan memang berkualiti tinggi!!! Ingat!!! Sekali lagi, bagi perempuan plusize, kain lycra merupakan fabrik terbaik untuk digunakan dalam pembuatan pakaian mereka kerana sifat kain lycra yang stretchable berbanding chiffon mahupun cotton. Namun, ada pengeluar pakaian plussize diluar sana yang cuba melebarkan margin keuntungan dengan cara menggunakan kain lycra yang murah dan apabila stretch akan menjadi nipis dan menampakkan kulit. Aku ada dua-tiga jenis kain dan seluar lycra daripada material sebegitu. Tetapi di KZ Nabihah, sekali lagi aku yakinkan perkara sebegitu tidak akan berlaku! 

Seterusnya, ada yang melontarkan persoalan sama ada kain lycra KZ Nabihah melekap di badan atau tidak? 

Sebagai pengguna, aku ingatkan bukan sekadar lycra yang melekap di badan. Tetapi cotton, chiffon dan lain-lain juga akan melekap di badan dengan dua keadaan. Satu apabila berpeluh, dua apabila terlalu ketat! Dua keadaan itu macam biasa kita pernah lalui. Biasalah bila badan berpeluh, mesti kain akan melekap kan. Jadi kenapa masih bias pada lycra? Ingin aku ingatkan, kain lycra walaupun dia melekap di badan tapi ia tidaklah terus menjadi jarang seperti cotton atau chiffon. Sekurang-kurangnya, ia hanya melekap tapi tidak menampakkan kulit mahupun tali bra kita. Pendek kata tak lah nampak bentuk tubuh kita bagaimana. Aku bagi contoh lagi di bawah ni : 

Ini dress Damia with cuffling. Kalau korang tengok takde langsung nampak ia melekap.
Flowy di bhg bawah dan lengan aku yang besar juga dapat dicover.
Tambah pula ada cuffling, secara tak langsung, di bahagian lengan lebih gelembung dan
menutup kelemahan lengan besar tadi. 

Begitu juga dalam keadaan kedua. Yang ini aku cukup marah bila orang bias kata baju melekap di badan kerana jenis kain tak berkualiti. Sedangkan, engkau yang salah ukur. Sepanjang aku memakai dress dari KZ Nabihah ni, belum ada yang menegur kata baju atau dress melekap di badan ahingga nampak bentuk seluar dalam. Belum ada lagi! Ini semua sebab aku memilih potongan dress yang bersesuaian dengan aku. Bukan main taram je! Jadi diingatkan untuk mereka yang ingin membeli dress, pastikan potongan dress atau pakaian tu macam mana. 'A' cutting ke, kembang payung ke, atau straight cut ke. Tanya pada mereka. 

Dress ini berpotongan A. Jadi ia lebar di bahagian punggung dan tidaklah melekap di badan.
Selain tu, ada yang bertanya aku... panas tak gunakan material lycra ni. Sepanjang aku gunakan produk dari KZ Nabihah ni, Alhamdulillah aku tak pernah lagi rasa panas yang melampau bila gunakannya. Aku dah melenjan rumah orang kawin pun, Alhamdulillah masih rasa ok. Bukanlah kata dia sejuk sangat, tapi standardlah macam kita pakai baju biasa. Pada aku, kalau nak diikutkan panas atau tidak, lebih panas jika kita gunakan material thai silk. Itu yang panas pada aku. 




So, bagaimana? Anda nilaikan sendiri. Aku plussize dan aku tahu apa kesukaran serta masalah yang dihadapi oleh mereka yang sekapal dengan aku. KZ Nabihah tampil dengan pelbagai fesyen untuk plussize dengan harapan dapat membantu plussize berfashion, bergaya dan menaikkan self-confidence dalam diri kita semua. Adat orang meniaga ada yang suka dan ada yang condemn. Aku selalu ingatkan diri aku dan jugak Nabihah bahawa, niat kita kena betul. Insya-Allah as long as kita terangkan perkara yang betul, buat dengan kualiti yang terbaik aku yakin Allah permudahkan segala jalan. 

Mereka yang banyak mengeluarkan kata-kata negatif pada orang lain sebenarnya adalah mereka yang takut pada bayang-bayang sendiri. Yakinlah bahawa setiap bentuk tubuh badan yang Allah ciptakan adalah yang tercantik dan terbaik untuk kita. Kita yang memilih pakaian, kita yang memilih untuk mencorakkan pakaian apa yang melitupi badan kita. Jika cantik, tahniah pada diri kita tapi jika sebaliknya fikirlah siapa yang memilih pakaian tersebut. Jangan menunding jari pada orang lain! Jangan kita ibarat tak reti menari, lantai dikata jongkang jongket!  




p/s: Untuk shopping raya! ------- KLIK SINI---------



8 comments:

  1. sponsor jugak please.. untuk raya.. takde baju raya jugak ni.. hahahah.. =)

    #sanggup kurus dulu sblm beli baju raya.. masih tak yakin nak beli baju.. erkk.. tapi mcm nak terjah KZnabilah je.

    ReplyDelete
  2. bagus lah baju cenggini nanie.. tak menjolok mata.. tak kire lah kurus or besar ;)

    ReplyDelete
  3. cantik baju nie..mmg da lama follow kz nabihah..you pon pakai nampak terletak je dekat badan..kemas..

    ReplyDelete
  4. betul tuh dik akak setuju...dress dress kat kznabihah memang terbaik...akak dah de 2 koleksi dress,1 bju kurung dan 1 skirt..memg best pakai...fmly akak pun puji cantik...

    ReplyDelete
  5. jom awak , teman saya shopping dekat butik kznabihah di bangi?

    ReplyDelete
  6. MEMANG TGH CARI BAJU RAYA..NAK TERJAH JAP..

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka kznabihah. Selalu beli on9 je. Nak juga gi butik dia kat Bangi

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork