Assalamualaikum semua
Bila aku post entry CPUV Campaign Bulan Julai [KLIK SINI], aku tertarik dengan satu persoalan yang diberikan oleh salah seorang teman blogger ;
Aku setuju dengan beliau, memang ramai di antara para blogger masih belum jelas dan tak pasti bagaimana sebenarnya CPUV ini memberikan pulangan atau hasil pada blog. Sedangkan aku pun kadang-kadang bila ditanya mengenai hal ni masih mengagau cari jawapan. Masa awal berblog dulu, lagi lah satu hape pun tak tahu. Strategi apa pun takde... tapi Alhamdulillah. Time by time, aku dapat faham selok belok dunia blog ni serba sedikit. Jadi aku akan cuba jawab ye... mana yang aku tau. Kalau salah, mereka yang pakar boleh betul dan tunjukkan.
Dalam earning dashboard kita di Nuff, ada dua perkara yang diberikan iaitu CPUV dan CPC. Aku akan terangkan CPUV dulu.
CPUV ni adalah salah satu cara pemberian pulangan iklan berdasarkan jumlah pengunjung (Unique Visitor) yang datang ke blog kita. Namun tak semua visitor adalah unique visitor. Unique visitor dikira apabila pengunjung dari IP (internet protocol) yang berbeza. Senang cerita, dari komputer/lokasi yang berbeza lah. Kiah JB-satu klik, Milah KT -satu klik, Nani Phg-satu klik. Itu kira 3 UV. Kalau Milah, Kiah, Nani gunakan laptop yang sama itu masih dikira 1 UV lagi.
CPUV akan memberi pulangan apabila traffik blog kita tinggi. Dan bukan itu sahaja, iklan yang dipamer di blog jugak mesti sentiasa ada. Jadi barulah earning CPUV kita akan meningkat. Disebabkan itu, apabila kita noticed ada BE (buffered earning/iklan) yang sedang running di blog kita, sebolehnya tarik traffik yang tinggi ketika itu supaya CPUV kita meningkat.
Untuk mendapat CPUV dari Nuffnang, Nuffnang menyarankan kita supaya sentiasa update survey form dan blogger profile. Ini kerana, apabila kita update survey form dan blogger profile, pihak pengiklan dapat mengetahui genre blog kita, siapa pembaca blog kita serta target blog kita. Dan ini akan memudahkan mereka untuk menilai sejauh mana kesesuaian blog kita dengan produk mereka. Contohnya, pengiklan beauty produk akan cenderung memilih blog yang pembacanya di kalangan wanita.
Malahan kita jugak dinasihatkan untuk mengekalkan status GLITTERATI kerana blogger dengan status ini lebih diberi keutamaan dalam mempamer iklan CPUV.
Next, CPC. (COST PER CLICK)
Untuk CPC, ini adalah iklan yang memang terdapat di kebanyakan blog. CPC bertindak dengan cara seberapa banyak KLIK yang korang boleh dapat untuk iklan tersebut. Kiranya, makin banyak klik, makin meningkat pendapatan korang. Sebab tu lah, dulu satu masa ada orang buat 'fraud click' iaitu dengan mengiklankan link advert mereka di komen box orang lain. Fraud klik tu satu cerita lain pulak. Kalau nak cerita sini panjang lebar gamaknya...
CPC ni memerlukan strategi dan kebijaksanaan blogger dalam menentukan keywords yang digunakan dalam Google Search supaya blog dan iklan kita diklik. Sebagai contoh, korang nampak iklan nuff tentang laptop. Jadi korang buat satu entry berkaitan laptop jugak dan korang selitkan sekali link iklan mengenai laptop tadi tu. Jadi bila orang baca, orang klik link tu dan earning akan masuk ke akaun. Jadi korang kena pandai pilih keyword yang bersesuaian dengan iklan tersebut.
Tetapi yang kurang menariknya, earning dari CPC kebiasaannya adalah lebih rendah dari CPUV kerana ia dikategorikan sebagaik iklan biasa. Malahan menurut Nuffnang jugak, CPC bertindak mengikut ratio pengunjung yang klik. Ratio ni ada lah sedikit pengiraan dia sendiri yang aku pun kurang jelas.
So, secara kesimpulannya... kedua-dua jenis pengiklanan memberikan pulangan yang lumayan jika korang study dan buat strategi untuk blog korang. Korang kena sesuaikan content blog, target visitor dan time publish untuk menarik lebih banyak traffik ke blog korang. Walaupun kadang-kadang ia memakan masa yang lama, tapi dengan gaya dan strategi yang betul, Insya-Allah kedua-duanya dapat membantu meningkatkan hasil dari blog. Ada banyak kaedah untuk menarik traffik ke blog sebenarnya. Dan salah satu cara aku buat adalah, PING ENTRY ke group-group blogger yang ada. :)
p/s: Harapnya dapat bantu korang serba sedikit....
43 Inspirasi Dari Pembaca
weee..dpt info baru..:)
ReplyDelete:) Alhamdulillah ada sikit info kongsi lah...
Deleteas salam akak yang comel..tak faham la yg CPC tu..bila kita update blog mengenai sesuatu tajuk,contoh laptop..
ReplyDeletekita link kan website ape2 je kat dalam tulisan,orang klik pastu kita dapat income? macam tu ke?
atau orang klik hanya iklan nuffnang baru la dapat income?
maaf,blogger baru.hehe
akak dah update entry tu dengan ayat yang lebih senang dah mudah difahami. Insya-Allah :)
Delete@anonymous : akak dah update entry tu. supaya lebih jelas... harap awak dapat faham :)
ReplyDeletethanks akak,dah faham! akak bagus,sangat pemurah berkongsi ilmu..semoga Allah memberkati kamu! :)
Deletesama-sama sayang!!! jangan lah guna anon... guna nama betul lagi best! :)
Deleteops..sory,nie nama saya.Martini.boleh paggil Ini..emm,saya pun rasa anon tu xcomel,saya yang mesej akak,tapi muka yang keluar hitam mcam hantu..haha..thanks again akak,selamat berkenalan! :)
Deletehttp://iniemartini.blogspot.com/
Nice sharing kak Innanie ;)
ReplyDeletetengs akak.. baru la faham sebenar-benarnya cpuv tu
ReplyDeletethanks you. Info yg sgt berguna
ReplyDeleteTERBAIK LAAAH... ANAK EMAS NN NIH.. GADIS ANALOGI.. :)
ReplyDeletechaiyok2..bolehla belanja saya ayam percik bazar ramadhan camni
ReplyDeleteterima kasih, info yang memuaskan hati.:)-
ReplyDeletesama-sama :)
Deletehehe..malu sy..pemes lak.thanx innanie..nt nk kne study lg entry awk..bace sekali je masih lom phm lg.hahaha...thanx byk2..ilmu nih..
ReplyDeletesama-sama kak! :)
Deletenk tarik trafik tinggi maksudnya cmne dik??
ReplyDeletetarik traffik tinggi tu ada banyak cara, salah satu cara yang saya gunakan lepas saya update entry, saya akan pink dekat grup blogger yang ada kat facebook. buat ayat catchy! :)
Deletetudiaa kak long dh bg tips.. kite punya dok takat 1 tu je tak tambah2 hahaha.. tolong kak long.
ReplyDeletetakpe slow2. Insya- Allah boleh.. kita pun take time untuk dapat input macam tu. yang penting kena cuba!
DeleteGOOD ENTRY..TAPI KADANG-KADANGA NAD PUN TAK TAU NAK WAT ENTRY MCM NE..EHHE
ReplyDeleteentry tu kena buat slow2 nad... kena catchy dan boleh menarik minat pembaca. gunakan google search word yang tinggi :)
Deletenice info...tq for sharing... :)
ReplyDeletesinggah lah blog : http://www.alyzafisol.com/
hehhehe, rajin innanie buat entry :D
ReplyDeleteowh baru faham. ok thank you so much dear for this info. =)
ReplyDeletesama-sama!
DeleteAkak dulu pun tak paham tapi lama-lama bila studi dah paham dah dan cuba praktikkan.
ReplyDeletekak mila ramai kawan otai.. tu kak yaya semua tu kencang!!! :) cer korek rahsia dia!
DeleteMenyegarkan semula tentang CPUV & CPC ini. Terasa jelas sudah. :)
ReplyDeletemana yang saya tahu saya try dan kongsi... :) harapnya memberi manfaat
Deletehuhuhu..sampai sekarang tak dpt BE...hehehhe..tq atas tunjuk ajar
ReplyDeletetakpe slow-slow Alin. Insya-Allah kalau kita maintain traffik dan ada strategi, boleh dapat income lebih :)
DeleteThanks kak for the info..tp still x clear pasal BE tengah running tu..camane nak tau yer?or BE tu running without kita notice?
ReplyDeletehttp://amawife.blogspot.com/
Tq Inna for info. baru faham..selama ni tak ambil pusing dsangat pasal dua-dua ni..In Shaa ALLAh kena fikir strategy after this...salam 14 ramadhan ya..
ReplyDeleteterima kasih bg info nie :)
ReplyDeletetq for info ni...*tepuk tangan* :)
ReplyDeleteMasih tak dapat cpuv sedih. Macam2 dah buat. Blogwalking smbil derma http://kakisharing1998.blogspot.com
ReplyDeleteAsalam akak sy ni bloger baru. Sy lansung x phm la nape dkat blog sy iklan nuff x kuow. Pelik. Dan satu lagi akak nk tanye ni. Nuff buat pembayaran mcm mne ye. Contoh nye klu nk dpt kn rm 50 visitor kne berape ye. Blh akak terangkan x
ReplyDeleteSalam dik, utk iklan nuff, selepas setting mmg akan take time skit utk dia appear. And utk CPC tu ada calculation dorang tersendiri. dia bukan 1 click RM 1 ke apa...
Deletesaya newbie & mmg mencari tips utk naikkan trafik. ping ping ping !! nak baca sal ping plak.. tq
ReplyDeletejemput kunjung ke blog saya. =))
Salam perkenalan ... akhirnya di sini juga akak dapat faham tentang CPUV ni .. aiseh, kalau mcm ni, kenalah tukar strategi berblogging ni ... nuffnang tak bagi lagi akak CPUV ... UV blog akak rendah :( .... anyway, nice sharing Innanie ...
ReplyDeletesalam kenal.tq utk info ini.makin byk berkunjung ke blog lain makin bertambah ilmu
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!