Assalamualaikum semua
Workspace. Tempat kita buat kerja, study dan segala macam benda. Aku rindu workspace aku masa second year. Simple. Tapi cukup aku suka.
Kenangan dengan laptop pertama aku cukup banyak di workspace ni. Laptop ni memang high sentimental value. Sebab apa, sebab dia adalah hadiah kemenangan aku berpidato LHDN waktu form six dulu. Ya Allah. Itu memang moment berharga dalam hidup. Dengan hadiah ni, aku dah ringankan beban ayah sebab masuk universiti tak perlu ayah belikan laptop lagi! :)
Masa ni teman aku adalah Kontot. Baru beberapa bulan aku bela Kontot. Memang gigih bawak dari Kluang ke KL [KLIK SINI]. Dan Alhamdulillah, kat sini jugak Kontot bawak rezeki. [KLIK SINI]
Banyak sungguh memori kat workspace ni. Dan sebenarnya di meja ni lah aku mula aktif berbloging. Merencana idea dan segala macam entry aku tulis penuh minat. Kat sini jugak lah ilmu undang-undang aku mula bercambah. Haih. Rindunya zaman itu!
Lampu study IKEA dengan harga RM 11.90 ni sentiasa jadi peneman aku. Sebab aku jenis study tengah malam. Jadi tak nak ganggu kawan-kawan tidur, bukak lampu study ni jelah. Tapi hari tu aku pergi IKEA, lampu study ni dah naik harga. Tak silap aku RM 19.90 kot.
Seriusly, workspace ni walaupun kecik, tapi cukup aku suka. Cukup aku selesa!
7 Inspirasi Dari Pembaca
pasti banyak memori indah kat workspace tuh kan...:)
ReplyDeletecantik workspace:) padat dgn buku2..hehe
ReplyDeletekemasnya tmpt belajar..sama la ina pun ada bela kura2 jgk..skg dh besar dh..
ReplyDeletehehe lebih kurang la workspace kita, zuan xde lampu meja je
ReplyDeletecantik n selesa..:)
ReplyDeletepergh padat dan kemas..=)
ReplyDeletesimple tp nmpk selesa =)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!