Thursday, August 22, 2013

Anak Kucing : Tiga Mati, Satu Selamat

Assalamualaikum semua

Glory, my little Turkish Van cat tu dah beranak. Memang malam semalam tu dah perasan yang Glory dah baring je. Makan pun tak larat. So, awal-awal lagi aku dengan adik dah asingkan cage dia dari Manis & Kimi. Dah siap-siap letak towel kat dia. Confirm dalam masa terdekat dia akan beranak.

Than around Subuh mak aku panggil. Katanya, nampak kat cage Glory ada anak-anak dia. Tapi macam tak gerak. Stay je. Berderau jugak darah aku. Sebab sebelum ni pun Glory pregnant tapi kandungannya gugur. Sian! 

Aku cepat-cepat panggil adik aku. Halaaaaaaaaaaaaaaa!!! Memang betul. Anak dia ada 4 ekor. Tapi 3 ekor mati. Sekor je hidup. Yang 3 ekor lagi masih dalam kantung dan memang dah terlambat untuk kami selamatkan. Oh-no! 

Sumpah sedih gila tengok gambar ni! 
Yang dalam bulatan tu je yang survived. Tiga ekor lagi tak dapat diselamatkan. Aku pun tak tahu kenapa Glory tak jilat anak dia pecahkan kantung tu. Kalau nak kata dia tak tahu, dari pembacaan aku kebiasaan kucing memang akan ada natural feeling on that. Wallahualam. Mungkin memang yang selamat sekor aje kan. Aku tengok Glory relax aje. Muka toya. Takde perasaan. Haih! 

salah sekor yang tak dapat diselamatkan
So, aku dengan adik pun cepat-cepat lah keluarkan 3 jasad kucing kecik yang masih licin dalam kantung tapi dah kaku tu. Sedih beb. Sedih. Rasa tak sampai hati pulak. Ada kawan cadangkan, kalau kita cepat atau sedar kelahiran anak dia, kita boleh bantu anak kucing tu dari lemas. Dengan cara pecahkan kantung dia. Tapi mestilah around 5-10 minit dari masa kelahiran. Kalau dah lama memang anak dia akan lemas dan mati. Nak buat macam mana. Kami syak Glory beranak around jam 3-4 pagi lah. Memang dah terlambat. Adik tukarkan tuala dia semua dan fokus pada yang survived tu. 

And here it is... my new little kitten.




Bulu nampak macam tebal. Lembut macam Glory. 
Syoknya kau ye dah kenyang kan!!!
inilah namanya malu-malu kucing!
The colour. Brown bronze! My favourite. Yeay!
Aww cak!
Aku tengok Glory mula-mula dia macam kekok jugak dengan anak dia. Ye lah. Mommy baru kan. Aku risau jugak, kot-kot yang sekor ni pun tak panjang umur. Setiap 1-2 jam aku dengan adik pantau keadaan dia. Dah macam nurse tak bertauliah dah. Kehkehkeh. Adik aku paling rajin. Aku syak dia nak jadi veterinar dulu. Tapi biologi dia tak berapa cemerlang. Cancel lah niat tu! Kehkehkeh.



Makin lama aku tengok Glory pandai dah jaga anak dia. Dia tak marah pun aku pegang anak dia. Maybe dia tahu yang kiteorang tak kan cederakan anak dia. Dia just tengok je. Baring manja-manja mintak dielus jugak. Yang si kecil pulak, aduhai. Geram aku. Perut bulat kenyang susu. Yelah takde persaingan langsung kan. Semua puting dia pulun! 

So far, aku cadang nak letak nama Fighter. Sebab dia the only one yang survive. Adik aku tak setuju pulak. Dia nak letak nama Hero. Tengok lah nanti macam mana. Ke nak letak nama ala-ala K-pop sikit? Tengoklah cemana....



P/s: Harapnya si comel yang sekor ni selamat membesar dan stay alive!!!


18 comments:

  1. Siannye.. :( kucing akak pun mostly ada yg x survive bila mak diorg beranak.. Mama akak slalu jadi bidan.. Huhu but dont worry adik, Allah lagi sayang 3 kittens tu. jaga yg baru ni baik2 ok? Hehe kiss Glory and Fighter for me. :)

    ReplyDelete
  2. ala sedihnya :( yang 3 ekor lagi tak dapat di selamat .. kalau tak mesti ada banyak anak kucing yang comel... ermm takziah...

    pernah alami apabila my comot melahirkan .. 2 anaknya mati ..sedih

    ReplyDelete
  3. Adehhhh sedihnya sis baca, sian depa kan tapi nak buat cam ne dah ajal dia kan. Yang tinggal tu jaga dia baik2 ya...time2 baby ni mmg susah sikit nak kena pantau selalu.

    ReplyDelete
  4. kesiannya.yang lagi 3 tu....errmm nama k-pop pub boleh

    saya ade kucing yang tengah tunggu due date..besar gile perut die :3

    ReplyDelete
  5. sedihnya yg lain dh mati..huhu..jga yg hidup tu baik2 yea..

    ReplyDelete
  6. Waaaaa sedihnya tgk yang 3 ekoq tu tak berjaya survive. Alahai comel betul warna bulu yg lagi sekoq tu.. Moga dia membesar dgn sihat dan kuat! Heh macam iklan susu baby pulak.

    Nak nama ala2 kpop? Namakan Top lah. BingBang sikit. Wakakaka XD

    Entri Terbaru:
    Doodle Teddy Bear Besar!

    ReplyDelete
  7. tuk pengetahuan nanie kan... kucing jenis parsi atau jenis2 cantik nih kan diorang x same mcm kucing kampung.. diorang x tau nak beranak pun..
    abg ipar sheda memang jual kucing parsi.. tapi time beranak sampai abg ipar kena tolong.. jadi memang x pelik lau dia x jilat ank2 dia tuh..dia memang x pandai sebenarnya.. mase ank yg hidup tuh nak membesar pun nanie kena pntau takot dia x jge ank dia dia x mandikan atau xnk bg susu k... huhu just kongsi pengalam sheda huhu lau kucing kmpung campak kat mne pun leh survive huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa macam tu ke! laaa patut lah dia macam blur je masa dapat baby awal-awal!

      Thanks sheda bagi tahu info ni. :)

      Delete
  8. Alah comey nyer.. Penah lalui nyer dah berenti nafas pastu cuba buat cpr ngan tekan dia nyer dada tetiba hidup syukur Alhamdulillah ader sampai sekarang heheh :)

    ReplyDelete
  9. mmg dah takdir kot,, yang survive tu mmg comel!! :D

    ReplyDelete
  10. chomell amat....! kucing kite pun baru lepas besalin.. tak tau pun die ngandung. tau2 ade dgr bunyi anak kucing dalam stor.

    ReplyDelete
  11. Ciannya 3 kittens yg x survive tuh...sedih..comei2 je...hope yg sekor tuh akn mbesar dgn sht n kuat...akak cdgkn buh nme kucing avengers...hahaha..ok x

    ReplyDelete
  12. kesian yg 3 ekor tu.. yang survive ni comellllllll ;D hehe

    ReplyDelete
  13. macam kucing tunang nad jenis kembang..dia jenis mula-mula taknak "main" tapi pastu sekali main nak main lagi..hehe..then bila dah beranak..anak die akan sekor je survive..nama kucing tu bunga..so bunga dah dua kali beranak dan hanya dua anak dia je hidup..satu molly nad jaga dua namanya putih tu tunang nad jaga..

    ReplyDelete
  14. sedih je ble tgk dia mati kan..dulu qiqi fiza beranak 5..semua pun mati..xde rezeki..sob sobs..ape pun tahniah dapat kucing comel lagi :)

    ReplyDelete
  15. Kalo mcm ibu kucing tak ada susu lgi tu .. Nk buat mcm mna ye .. Cuba bgi pendapat sikit

    ReplyDelete
  16. Sy ada seekor ibu kucing tpi dia tk dpt memberi anaknya susu .. Cuba bgi pendapat sikit

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork