Wednesday, August 21, 2013

Guna Cable Kuat

Assalamualaikum semua

Dalam hidup kita semua ni lah kan, memang diakui ada masa peluang datang menjenguk. Ada peluang yang tanpa fikir panjang kita terus terima sebab memang itu yang kita nak. Dan ada jugak peluang yang kita terpaksa berfikir lama dan minta petunjuk untuk buat keputusan sebab kita dalam dilema. Macam-macam peluang dan ruang dalam hidup ni. Ada peluang belajar, ada peluang bekerja, ada peluang naik pangkat. Semua ada. Dan semua peluang itu datangnya dengan satu perkara lain iaitu PERSAINGAN. 

Yes, life is a competition. Aku setuju. Sapa kuat dia menang dan sapa kalah... bukan dia kalah. Cuma dia tak dapat. Tapi, dalam keadaan persaingan yang tinggi sekarang ni, aku memang cukup jaki gila-gila pada mereka yang mencuri peluang. GUNA CABLE atau istilah mudah ORANG DALAM. Aku tak tahu start bila sebenarnya istilah ni digunakan dan dipraktikkan. Tapi apa yang aku tahu, simptom mengguna kabel ni sebenarnya membunuh orang lain.



Secara jujur aku katakan, aku banyak kali terlepas peluang. Tapi aku redha. Sebab selalu aku fikir yang peluang itu terlepas disebabkan Allah tak mengizinkan aku untuk itu. Makanya aku pasrah ia terlepas. Walaupun dalam hati tu memang menangis. Ye lah, sapa yang mahukan kekalahan kan lebih-lebih lagi bila peluang depan mata. Tapi jauh dalam hati aku kata, sekurang-kurangnya aku 'kalah' bermaruah daripada sesetengah orang yang 'menang' padahal merasuah

Senang ceritanya, memang GUNA KABEL ni tak jauh beza dengan rasuah. Nak anak-anak nampah gah, dapat kerja bagus-bagus, masuk universiti kaw-kaw... tapi bukannya atas dasar keputusan mereka yang hebat tapi atas dasar KABEL yang digunakan. Deeply, aku menyampah gila pada parents yang BANGGA dengan anak-anak mereka yang compete menggunakan kabel. Tak competitive langsung. "Dapat peluang tu sebab pakcik dia orang kuat itu". "Masuk universiti tu sebab kakak dia pegawai itu". "Tak payah susah-susah, bapak kau kan kenal dengan menteri tu". Typical. Always typical. And I hate it. Really hate it! 

Aku mintak maaf lah awal-awal kalau-kalau ada pembaca blog aku yang pernah gunakan kabel untuk apa-apa urusan mereka... tapi secara jujur kau tahu tak sebenarnya dengan GUNAKAN KABEL korang tu, korang dah caras orang. Korang yang TAK LAYAK untuk sesuatu tu, tiba-tiba layak hanya dasar korang kenal 'ORANG DALAM'. Tak ke kau rasa berdosa benda tu semua. Orang lain, berhempas pulak bersungguh nak dapat kan peluang tu, kau yang ZERO and NOTHING, tup-tup kau dapat. Takde usaha langsung. Usaha kau hanyalah cari KABEL KUAT! Adil ke macam tu? Barakah ke hasil hidup begitu? Kau menutup rezeki untuk orang yang sebenar-benar dan lebih layak lagi daripada diri kau. Tak ke kau rasa kau kejam kat situ? Cuba tanya diri kau. Kalau esok lusa, anak cucu kau ada di tempat mereka yang dinafikan haknya. Tak ke kau rasa teraniya? Tak ke kau rasa harapan orang tu telah kau musnahkan. Sungguh. Kau kejam! 

Tolonglah. Hentikanlah penggunaan kabel ni. Kroninisme, kawanisme, sedara-maranisme, dan apa jugak unsur-unsur yang menjurus pada KABEL ni, tolonglah jangan guna. Bersainglah secara positif. Jadilah the truly fighter. Manusia yang bersaing secara sihat, dan secara hebat. Jika kurang berjaya, cuba lagi. Jangan ambil jalan mudah, cara kotor dan bersenang lenang hak orang kau nafi. Sekali kau rampas hak orang, lebih banyak lagi hak kau yang terlepas.

Insya Allah aku akan cuba didik anak keturunan aku esok lusa, berusahalah dengan kudrat sendiri. Usahalah macam mana kami ni buat. Jangan mengharap belas ihsan, bantuan dan nama orang lain untuk naik ke atas. Sebab bila kau mudah naik atas dengan cara itu, kau tak akan mengenang betapa jerih perihnya mendaki laluan ke atas tu.

Yakinlah, KABEL ALLAH itu Maha Kuat!


p/s: aku memang tak respect langsung orang yang bermegah dengan guna kabel...




18 comments:

  1. cukup xsuka org yg guna 'kabel' utk dpt kan sesuatu sbb Asyik xde kabel2 ni..berbanggalah sbb dpt capai sesuatu dgn usaha sendiri..:)

    ReplyDelete
  2. bende2 mcm nih selalu terjadi..time first nak masuk U dulu..ada kawan nih kalau diikutkan xlyk untuk masuk universiti tuh dengan course yang dimintak tp disebabkan cable..senang2 je dpt..mmg x adil..kecian kat org yg sepatutnye layak tp tak diterima blajar kt situ disebabkan org yg guna cable nih..

    ReplyDelete
  3. serius kadang2x aku jeles jugak dengan mereka2x yang guna orang dalam nie..sangat beruntung. nak apa semua dapat. Tapi mana adil macam tu, kira hanya keturunan je yang boleh dapat jawatan macam tu for example.

    ReplyDelete
  4. Betul tu kak.. Biarlah dari hasil usaha diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. related dengan kehidupan kita.. ada juga blogger potong cable.. jeng jeng jeng...

    ReplyDelete
  6. betul2..skit2 kabel..
    sikit2 nk guna org dalam.
    kalau kita menindas org lain yg sptotnya dapat xrasa menzalimi ke?
    cuba kena kat kita plak. tau plak mlenting kan?

    usaha je. dapat rezeki tak dapat takde rezki. senang kn? :)

    ReplyDelete
  7. Laaa...mula2 tengok gambaq ingat kabel letrik ke apa..alkisahnya kabel yang tu. Kalau yg tu eshh eshh mmg sis paling nyampah sungguh, dah byk kali dh terkena dok suruh kita buat proposal last2 org dia gak yg dpt sb dia cekop kita punya lepeh tu suh org dia turunkan rega dr kita...mmg sakit le bila kita tak ada kabel ni...

    ReplyDelete
  8. Laaa...mula2 tengok gambaq ingat kabel letrik ke apa..alkisahnya kabel yang tu. Kalau yg tu eshh eshh mmg sis paling nyampah sungguh, dah byk kali dh terkena dok suruh kita buat proposal last2 org dia gak yg dpt sb dia cekop kita punya lepeh tu suh org dia turunkan rega dr kita...mmg sakit le bila kita tak ada kabel ni...

    ReplyDelete
  9. so true adik, but that's the reality! mana2 pegi pun istilah GUNA KABEL ni mmg ada.

    ReplyDelete
  10. ya lah kalau nak memang biarlah dengan cara yang adil. btw kat mana nak cari Kabel Kuat ah? aku pun mau Kabel kuat kuat LOL

    ReplyDelete
  11. sekarang ni, semua nak kabel2. kalau mcm tu tak adil la.

    ReplyDelete
  12. Okey I like this entry...nanie sama mcm akak...akak memg alergik dgn org yg suka guna kabel nih...bg akak dorg yg guna kabel nih sedar diri tuh disqualified tp tetap juhak menggunakan org dlm utk dptkan sesuatu yg bkn hak...akan memang pangkah betulla org yg main taktik koto nih...penah dlu akak interview inspektor polis wanita..dr segi kelayakan n fizikal sume ok yg xok sbb tgn akak bgkok sikit je sbb pnh jth mse kcik dlu.sedih memg sedih tp nak buat mcm ne kan bkn rezeki akak..dan quess what?ada sorg calon pun ade mslh yg sme mcm akak tgn bengkok..tp dia lepas sebabnya menggunakan kabel la...akak n kwn2 yg xlpas dpt tau upe2nya ayah dia polis sbb tuh dia diterima wlupun ikut kelayakan sbnr die xlayak...sekarang nih pergi mana mana memg situasi nih berlaku..akak pun mcm awak..lbih suka bersaing secara sihat...dapat tak dapat balakang kire..jnj I xlayan kabel kabel nih k...sgt nyampes n alergik hokey!!!

    ReplyDelete
  13. mcm xda self value jer bila guna kabel nie kan... dan juga KEPUASAN... lebih bangga berjaya dgn hasil usaha sendiri.. dan rasa sendiri susah payah untuk dptkan sesuatu..

    ReplyDelete
  14. ingtkn pasl kabel letrik..hehehe...yup memnag tak elok gune kabel orang dalam..yang penting usaha kita

    ReplyDelete
  15. saya suka post ni. sebab saya baru je kena. and before this pun saya kena jugak kot. But this one really hurt. My feeling. yang paling kecewa bila saya tak dipanggil langsung pun untuk memana interview dalam upu. Memang sakit lah. Most course saya mintak ada interview, kalau interview pun tak pergi. Apatah lagi nak dapat course tu kan ? Memang sakit lah.

    ReplyDelete
  16. Mmg itu pun terjadi dlm hidup sy..i'm degree holder, tp x dpt pn mencari rezeki di syarikat yg kukuh..sy cuma kerja biasa2 ja..kwn2 sy ad yg fail belajar, pointer pn rendah tp dpt bekerja di syarikat besar @ berhad..why? diorg ad kabel besar..abeh, sy yg bljr teruk2, penat2 ni xdpt la merasa kerja yg bagus..kdg2 i'm feel down to face all these =(

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork