Friday, August 23, 2013

Jadikan Blog Sebagai Punca Rezeki. Berbaloi Atau Tidak?

Assalamualaikum semua

Since today is Friday, so nak panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran pada Allah SWT atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan. Alhamdulillah diberikan rezeki melalui Blog Coklateyes yang kalau nak dihitung-hitung, memang banyak dan Dia Maha Mengetahui keperluan setiap hambanya. 

Dalam minggu lepas, bukan niat untuk riak atau menunjuk ke apa, tapi ada 3 kemenangan yang berjaya aku dan Blog Coklateyes lakukan. Juga dalam minggu lepas terlalu banyak peluang dan ruang untuk advertorial, review dan event yang berlangsung. Syukur pada Allah atas segala peluang. 

1. LOST WORLD OF TAMBUN


Dengan entry [Lost World of Tambun Bloggers Getaway | Lets Lost-in-Fun] , Alhamdulillah... The Butterfly Project Malaysia telah mengisytiharkan aku sebagai peserta ketiga yang terpilih untuk Getaway tersebut. Memang seronok ni. Tak sabar nak merasa bercuti dengan 29 Bloggers yang lain. Tak pernah jugak ke Lost World of Tambun tu... dan sekarang boleh lah berehat sama berblog! Yeay! Antara blogger yang berjaya jugak : Sabby Prue, Cik Lily Putih, & Norfanil. 


2. MENANG LUCKY DRAW WEVents 3rd ANNIVERSARY


Yang ini memang tak disangka lah. Masin mulut Cik Lily Putih kita tu haaa... tup-tup habis je dia sebut nama dia naik, lepas nama dia, eh nama kita pulak yang naik. Syukur!!! Dan paling best, aku dapat 10 keping facial mask dari TT Mask Malaysia yang mana memang on the week before aku tengah usha nak beli mask dari mereka. Tup-tup dapat Free! Sapa tak berjoget kan? Terima kasih dan syukur Alhamdulillah. [WEVents 3rd Anniversary : One Night for Superwoman] 


3. MENANG DELIMA HOME WRITE & WIN CONTEST


Ini kemenangan terbesar minggu ni. Ya Allah lagi tambah syukur Alhamdulillah. Macam biasalah, aku memang tak nak susahkan mak ayah kalau aku nak apa-apa. So, bila dapat tahu terpilih untuk Beauty Getaway ke Tambun tu, aku dah mula berkira-kira duit tabung aku. Kena budget sebijaknya. Alhamdulillah... syukur. Menang pulak Delima Home Contest ni yang mana hadiahnya ialah RM 200. Gembira bukan kepalang aku. Sebab Allah mendengar doa dan keperluan aku. Datang tepat pada masanya!!! [DEKORASI RUMAH UNTUK RAYA? SEMUANYA ADA DI DELIMA HOME]


4. TERPILIH UNTUK SAMSUNG BLOGGER TRIP

Beberapa hari lepas, Yuki (Samsung's Officer) call dan tanya sama ada Sabtu ni aku free tak. Aku terpilih untuk ke Melaka dengan Samsung Bloggers Trip. Malangnya, pada hari tersebut aku ada urusan keluarga. Menangis jugaklah dalam hati. Peluang keemasan tu. Dah lah Melaka tu pun salah satu tempat yang aku suka. Heritage place kan. Tapi tu lah... tak de rezeki. Insya Allah kalau ada peluang lain, ada lah rezeki untuk trip yang lain. 


5. TERPILIH UNTUK NINETOLOGY REVIEWER PROGRAMME 


Ini jugak peluang keemasan. Memang dah confirm dapat. Sebab kena compete dengan beratus blogger yang lain kan untuk 1st batch. Malangnya, aku kena arrange loan time tu. Tak berapa sesuai masanya untuk aku pulangkan produk mereka on time. Jadi atas dasar prihatin dan tak nak susahkan orang lain, aku serahkan peluang tu pada blogger lain. Dan Insya Allah Ninetology akan beri aku pada bulan September yang mana masa tu aku dah free.


UPCOMING



Ada yang tanya, betul ke blog boleh jadi punca pendapatan? 

Jujurnya, aku sangat-sangat bersyukur dengan semua rezeki, peluang & ruang yang Allah berikan pada aku. Jugak pada nikmat dan kebolehan skill aku dalam penulisan entry. Walaupun aku tahu blog aku ada kelemahan dan kekurangan yang besar jika dibanding beza dengan blog hebat yang lain, tapi aku sedaya upaya memperbaikinya.

Betul janji Allah. Siapa yang berusaha pasti berjaya. Dan aku tak pernah anggap blog sebagai satu tempat permainan. Pada aku, blog adalah sumber rezeki sampingan aku dan blog jugak banyak meringankan beban aku dan keluarga. Walaupun mungkin bukan dalam bentuk kewangan, tapi sekurang-kurangnya peluang yang diberikan untuk review product, tempat makan & event itu boleh menjana kepada kewangan sebenarnya. Malahan jika tidak dalam bentuk kewangan, dari blog jugak macam-macam barang, produk & networking aku jumpa. Ini semua peluang keemasan. Peluang yang kalau boleh janganlah dilepaskan! Insya Allah memang berbaloi kalau korang boleh berikan kesungguhan dan sabar dalam mengumpul hasilnya. 

Dari blog jugak lah diri aku semakin bermotivasi dan menginspirasi orang lain juga. Sama macam kak Nadia yang terinspirasi dari Blog Coklateyes ini. [REZEKI SAYA BER-BLOGGING by NADIA ARRUMAISHA]

Terima kasih diucapkan! 


Doakan semoga Blog Coklateyes bertambah rezeki ye! :)



p/s: aku jugak doakan blog korang berjaya & memberi sumbangan pada korang juga!



32 comments:

  1. bestnya. nak jugak macam nie. hehe. mungkin belum ada rezeki

    ReplyDelete
  2. huyoo..beh nyer dier..tahniah..t wat review ke tanbum tu yaa....cik azue ni online ikut hp jer..so agak malas nak join contest di situ...or nak bersegmen bagai..jom tgk blog..moga boleh bagi komen membina sikit...

    ReplyDelete
  3. bestnya sis.. murah rezeki. teruskan beblogging. :)

    ReplyDelete
  4. Salam
    Saya dan suami tidak kerja dah 8 bulan,rezeki kami hasil dari promosi pakej pelancongan dan menyediakan Pakej Melawat Selatan Thailand. Alhamdulillah segalanya datang dari NYA
    Blog kami tak popular macam blog org lain.SEO pun tak tau apa.Harap dapat sokongan dari blogger ternama untuk membimbing kami.IsyaAllah

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, murah rezeki betul nanie ye
    apepun,keep it up the good work
    happy berblogging :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya kak dapat peluang macam ni ;) hee

    ReplyDelete
  7. taniah dear...respek u punya semagat dik..:)

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. seronoknya murah rezeki, moga makin berjaya dalam bidang ini. Amin.. :)

    ReplyDelete
  9. Tahniah dik semoga bergumbira disana k :)

    ReplyDelete
  10. Tahniah Nanie..lepas ni makin bertambah rezekinya yea..:)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Good job adik, akak doakan blog coklateyes sukses selalu, Insyaallah. :)

    ReplyDelete
  12. Bestnya!!! Tahniah... :)

    www.allaboutmeputeripanda.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. tahniah kak fatin yang dah buat muja makin jelez hari demi hari,, sobss,, hehe

    ReplyDelete
  14. tumpang gembira. banyak awak dapat. seronoknya!

    ReplyDelete
  15. nanie,kita bangga dengan awak :D

    ReplyDelete
  16. Hi Innanie..thank you for sharing this :-) I'm sure it has inspired many and I hope you will continue to inspire many more. For someone as fortunate and as lucky as you, you remain humble and ever grateful, I admire you most for that.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah, baik rezeki.. zuan ni bukan jenis blogger yang aktif sangat.. suka menulis, mengomen, dan menjual idea..hehe

    ReplyDelete
  18. Betul, blog salah 1 sumber pendapatan. Selamat berblogging cik Innanie... :)Maaf lama tak jengah ke sini

    ReplyDelete
  19. Oh ya, tahniah ya rezqi mencurah2 :)

    ReplyDelete
  20. banyaknyer nanie..gembira atas kejayaan nanie ni..dengan berkat usaha dan penulisan nanie..nanie berjaya sampai ke sini

    ReplyDelete
  21. sejujurnya,blog banyak beri kesan positive dan rezeki kalau niat kita berblogging tu betul dan ke arah yang baik..kan...alhamdulillah..rezeki nanie :)

    ReplyDelete
  22. syukur alhamdulillah. rezeki Allah, janji Allah pasti ada kan syg :)

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum. alhamdullilah. syukur. murah rezeki awak. awak pun salah seorang blogger inspirasi sheilaaa :)

    ReplyDelete
  24. wishing you the best of luck...:)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork