Friday, August 2, 2013

Kad Raya Istimewa Dari Para Blogger

Assalamualaikum semua


Tahun ni raya aku meriah dengan kehadiran kad-kad raya daripada rakan-rakan blogger. Aku tak pernah pun rasa penghantaran kad raya sebagai kuno. Pada aku ini lejen abis tau. Dulu zaman aku sekolah-sekolah, aku siap kumpul duit nak hantar kad raya pada kawan-kawan. Siap berlumba sapa dapat paling banyak. Tapi aku tengok budak sekarang macam dah tak berapa kenal dengan kad raya. Yang dia kenal ipad aje lah! Alhamdulillah, tak banyak sikit... ada jugak kenalan blogger yang sudi mengutus Salam Aidilfitri pada aku. 


Kad pertama aku dapat dari Blogger Shida Radzuan. Siap ada pantun bagai ni... Haihhh tak pandai aku nak membalasnya. 



Lepas tu lat dua tiga hari aku dapat dari dua keping lagi. Dari Abang Kid... alaa yang menang peti ais Samsung tu. Dan jugak sekeping lagi dari Apit. Apit ni, aku pernah berurusan dengan dia masa buat namecard dulu. Tak sangka, Apit hargai client dia... siap bagi duit raya RM 50 lagi. Tapi duit tipu lah... kalau duit betul, Apit bankrap. Hahahaha! 




Dan yang terakhir... yang ini sangat sweet. Alahai... syukur sorang lagi blogger terkenal bakal menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Blogger Sihatimerahjambu atau Azhafizah. Mengutuskan kad walimatulurusnya beserta kad raya yang mana lebih aku bangga, HASIL DESIGNNYA SENDIRI yer kedua-dua kad di bawah ni. Comel gila!!! Jeles aku. 


Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan pada semua blogger yang sudi mengirim kad pengganti diri kepada aku. Aku mohon maaf banyak-banyak... tak dapat membalasnya. Insya-Allah ada rezeki tahun depan, panjang umur aku bagi kad raya pada kenalan blogger ye.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.



13 comments:

  1. wahh mmg seronok kalau dpt kad raya ni hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh byk dh kad raya dpt yea..
    bestkan kalau dpt kad raya..dulu Asyik selalu beli utk hantar kt kwn2..:)

    ReplyDelete
  3. shida ni memang rajin menghantar kad raya

    ReplyDelete
  4. comel-comel kad raya tu. ramai juga blogger yang ambik kesempatan menempah design. serampang dua mata. selain dari kad ucapan, dapat juga membina jenama blog.

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat kad raya..........hehe

    ReplyDelete
  6. cantik kad raya yang last tu, memang cuteee.

    ReplyDelete
  7. wah bestnyer dapat kad raya
    jemput singgah blog baharu saya
    http://www.zetchilicious.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Sama2 innanie :) tq jga utk entri ini dear :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork