Saturday, August 17, 2013

Lost World of Tambun Blogger's Getaway | Jom Mari LOST-IN-FUN Bersama!!!

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua



Dua-tiga bulan kebelakangan ni memang aku rasa penat sangat. Macam-macam benda yang nak diuruskan. Kadang-kadang tu give up sendiri sebab macam dah tak larat sangat kan. And that's why dalam to-do-list aku kat atas tu, saje aku bubuh 'bercuti'. Ye lah bila badan dah penat, otak dah ligat berpusing sana-sini, mestilah teringin jugak kita ni nak berehat sikit. Nak tenangkan minda nak rehatkan badan!

And you know what!!!! The Butterfly Project Malaysia ada menganjurkan satu Blogger Trip ke Sunway Lost World of Tambun pada 22-23 September 2013 ni!!! Fuhyoh!!!! Seronoknya aku dengar!!!!



But wait... jom kita tengok-tengok dulu The Lost World of Tambun tu...cemana rupa dia. Aku pun tak pernah lagi ni sampai sana. Mesti seronok kan...






Alahai baru tengok sikit je ni, hati dah melonjak-lonjak nak join. Mana taknya, kau tengok lah gambar kat atas tu... seronoknyaaaaaaa..... macam-macam aktiviti boleh aku join. Sehebat namanya, THE LOST WORLD OF TAMBUN.... confirm aku mesti LOST-IN-FUN kat situ!!!!

Tapi sebelum tu, aku kena selesaikan satu cabaran dulu.

WHY YOU WANT TO GO TO
 THE LOST WORLD OF TAMBUN 
WITH 
THE BUTTERFLY PROJECT MALAYSIA? 

Susah jugak ni aku nak jawab. Tapi aku cubalah ye!

1. IPOH (itself!)


Ipoh merupakan salah satu bandar kegemaran aku. Masa kecik around darjah 3-4 je aku pernah pergi Ipoh. Lepas tu dah tak pernah pergi. Setahu aku lah Ipoh ni, bandar Heritage. Terlalu banyak sejarah dan bangunan tinggalan British kat situ. Sebagai seorang yang cintakan sejarah, aku rasa Blogger Trip ni dapat bantu impian aku untuk jejak kaki semula ke Ipoh! Terigin benar aku nak tengok dan hayati semula bangunan-bangunan kolonial tu dan of courselah menjelajah kehebatan Ipoh! Ipoh mali...Ipoh-Ipoh mali...


2. TRAVEL BY TRAIN.... TUT---TURRRRRUTTTTT----


Ni part paling aku suka... seumur hidup aku jugak, aku tak pernah naik train pegi jauh-jauh. Apalah erti rakyat Malaysia kalau tak pernah naik train Keretapi Tanah Melayu (KTM) which is one of the oldest locomotive system in the world!!! Wohoooo... jadi aku rasa, percutian ke Ipoh dengan menggunakan train dari KTM (KL Sentral-Ipoh) ni memang sangat-sangat bermakna pada aku yang dah lama benar teringin nak naik train. 


3. BLOGGER TRIP!


Boleh tak kau bayangkan macam mana keadaannya jika 30 orang yang mempunyai minat yang sama, mempunyai idea yang sama, mempunyai citarasa yang sama dalam satu group travel bersama-sama. Mesti kecoh dan have fun kan!!! Yes, itu lah yang aku bayangkan. For sure, trip kali ni memang awesome sangat. Setahu aku lah kan, kalau dah nama blogger ni... kau letak lah dia kat mana pun, mesti dia dapat jumpa kawan yang sekepala punya. Kadang tu baru sekali jumpa, tapi berborak, bergossip dan berchatting nya... macam dah lama kenal. The bonding between blogger memang kuat. And its really cool tau kalau pergi trip sama-sama!!! Woooho!



4. HOTEL, POOL & SPA







Ohhoiiiii!!! Yang ini lah yang aku tunggu-tunggu!!! Buat mereka yang tak tahu di The Lost World of Tambun ada beberapa jenis kolam yang best. Antaranya kolam air panas. Namanya Lost World Hot Spring. Sebagai seorang wanita yang busy menguruskan diri sendiri serta keluarga, aku rasa inilah masa yang tepat untuk aku manjakan diri aku sebelum kembali aktif untuk bidang pekerjaan tak lama lagi. Mari aku bawak korang meneroka serba sedikit, apa yang ada kat dalam The Lost World Hotel of Tambun tu.

Infinity Pool 



Salah satu keunikan The Lost World Hotel adalah Infinity Pool-nya yang direka khas untuk berfungsi umpama spa yang sebenar. Dikelilingi dengan scene gunung berapi, bunyi air terjun dan suasana dalam hutan yang menyegarkan boleh sebabkan kita lena diulit keasyikan dan kehangatan air panasnya yang mana ia dialirkan secara semulajadi dari Sungai Kopisan. 


Lost World Steam Cave



Wah!!! Ini menarik jugak. Dengan gaya sauna, terdapat satu Steam Cave di penghujung Hot Spring Pool ini. Dengan suhu sekitar 40'C, diyakini Steam Cave ini dapat bantu aku untuk feel relax dan mengembalikan kesegaran badan! Dengar cerita kalau berendam lama-lama boleh kurus jugak ni. Muahahah!


Body Spa




Untuk mereka yang mahu lebih lagi dalam merehatkan badan, di Lost World of Tambun turut menyediakan servis urutan badan yang sangat lah best! Di Crystal Spa, aroma therapy dan urutan tradisional dapat dinikmati dan mengurangkan tekanan seharian kita!


Foot Spa



Fuhyoh!!! Melopong aku tengok tempat foot spa. Alahai syoknya dapat rendam kaki dalam Foot Spa Pool yang ada kat The Lost World Hotel ni. Seronoknya... Eiii... geramlah tengok lama-lama. Kaki aku pun dah gatal sama nak pergi. Please Beauty Project Malaysia, choose me!!!



5. ANIMAL & NATURES LOVER






Aku kan suka binatang. Di Lost World of Tambun ni, bukan sekadar bergembira aje, kau jugak boleh melihat dengan lebih dekat haiwan-haiwan liar yang ada di situ. Ada jugak pertunjukan haiwan yang boleh menghiburkan kita semua! Cukup lengkap untuk bawa anak-anak dan menimba ilmu!





Pada aku, theme park yang bagus adalah theme park yang memelihara alam semulajadi. Di Lost World of Tambun, alam semulajadi tetap terpelihara. Kecantikan dan keunikan muka bumi Tambun menarik hati aku untuk meneroka lebih banyak lagi keindahan bumi ciptaan tuhan ni. Aduhai, memang luluh hati aku tengok betapa saujananya ciptaan tuhan di bumi bertuah Malaysia ni. Memang boleh release tension kan! Sangat sesuai dengan aku yang memang pencinta alam semulajadi. Kan aku geng UM Cares!


6. WATER PARK & ADVENTUROUS ACTIVITY 








Sepanjang yang aku buat research lah, rata-rata pengunjung ke The Lost World of Tambun sangat-sangat tertarik dan berpuas hati dengan water park nya. Ada pelbagai permainan yang boleh dicuba di sana mengikut kesesuaian umur dan keselamatannya juga terjaga. Malahan ramai juga antara mereka yang memang menjadikan The Lost World of Tambun sebagai tempat percutian utama mereka bersama anak-anak. Melarikan diri dari kesibukan kota dan bebanan kerja. Kiranya, ini memang sesuai sangatlah untuk family & friends vacation! Dan yang terkini, Lost World of Tambun telah tercalon sebagai 10 Destinasi Pelancongan Terbaik untuk The Best of Malaysia 2013!!!



So macam mana? Rasanya... cukup lah aku kemukakan 6 SEBAB MUSABAB kenapa aku nak sangat join Blogger Trip ke The Lost World of Tambun ni. Memang meriah ni aku yakin! Sangat-sangat meriah dan kita semua akan bergembira disana. Jadi... cepat siapkan diri anda dan turut serta bersama kami ke THE LOST WORLD OF TAMBUN!!!! Please, The Butterfly Project Malaysia, PILIH SAYAAAAAAAAAAAA!!!! ;) 




Apa? Korang pun nak juga??? Jangan risau... korang pun boleh join sama!!! Yeay!!! Makin ramai. Makin seronok lah kan. Apa tunggu lagi, cepat 30 blogger yang kreatif dan punya minat yang tinggi akan terpilih untuk join sama! Mark your calendar on 22-23 September 2013 ok!




Untuk maklumat lanjut : 

Blog Plus Size Kitten : 

FB The Butterfly Project Malaysia : 

FB Lost World of Tambun :



p/s: Sumber gambar daripada Google. 


21 comments:

  1. menarik! tp FD tak kreatif nak buat ayat. good luck :D

    ReplyDelete
  2. goodluck..
    lwot blkg rumah ceq jaa...nanti mai habaq la nohhh hehe

    ReplyDelete
  3. kali terakhir pergi masa 2008. memang best kat sana. rasa tahun ni nak main air lagi kat sana. hehe. good luck!!

    ReplyDelete
  4. wahhh..nak join jugak.blh bawak family tak kak?hhehhehe

    ReplyDelete
  5. menarik bangat..melonjak2 nak pegi..hihi..gud lux kak

    ReplyDelete
  6. aien pernah pergi mase trip sekolah dulu.... best wooo..

    ReplyDelete
  7. Good luck Nanie..InshaAllah mesti dpt ni sbb best..:)

    ReplyDelete
  8. makin banyak benda best.. last time zuan pergi, 2009, tah pape je theme park tu time tu.. bosan kot..

    ReplyDelete
  9. Congrats Inannie :) jumpa di Tambun!

    ReplyDelete
  10. makin best la..macam2 dah ade..

    ReplyDelete
  11. Bestt la kak Nanie menang , boleh release tensioan kt sana ,kalau Asma' ni nama je org Perak ,Lost World pun tk pernah ku jejak ... bestt la entry kak nanie ni ... :D go kak nanie go !

    ReplyDelete
  12. waaa.... Nanie best nyer, hope you get to go & emjoy. All the best hugs :D

    ReplyDelete
  13. muja penah pergi sini time lawatan sekolah,, memang best yang teramat sangat,, plus gi ngn crush,, haha,,, tapi,, 22 sept tu hari ahad,, kt sini tak cuti,, tak leh join,, sobss,, moga akak menang,, amiin :)

    ReplyDelete
  14. good luck sis !! mesti best kalau dapat pergi :)

    ReplyDelete
  15. all the best buat kamu..kalo tgk entri kamu nie, kira menang dah nie..amin~

    ReplyDelete
  16. pergh memang enarik tambun ni..nad baru o bukit gambang..tak semeriah lost of tambun..wahh syok kalau nanaie dapat pegi

    ReplyDelete
  17. I nak pergi untuk spa tu juga!!! :D

    ReplyDelete
  18. taniah awak :) PG da pegi lost of tambun :) memang best. dan memang having fun there. so, PG harap awak akan blast enjoy kat sana tau. tak sabar nak baca entry awak tentang ni :)
    enjoy!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork