Tuesday, August 27, 2013

Mukus Siput Dalam Produk Kecantikan. Berkesan Atau Tidak?

Assalamualaikum semua

Kalau korang adalah peminat beauty product, mesti selalu korang jumpa yang trend sekarang ni ada produk yang menggunakan lendir siput sebagai bahan asas untuk produk kecantikan mereka. Tak kira lah, untuk skincare, mask, eye serum dan macam-macam lagi. 

Aku tak tahu lah sama ada korang pernah terfikir atau tidak, tapi aku ni memang selalu fikir apa relevan dan khasiat lendir siput tu ye? Aku geli sikit benda-benda macam tu. Terutama kalau digunakan dalam bahan-bahan kecantikan. Ironik sungguh kan, something yang berlendir, maybe berbau sedikit boleh digunakan dalam bidang KECANTIKAN. 



Baiklah, jadi sejauh mana sebenarnya mukus atau lendir siput ni dapat mencantikkan kulit? 

Sejarahnya bermula sekitar tahun 2006 yang mana ketika itu para petani di negara Chile mendapati tangan mereka lebih lembut, mulus dan muda selepas memegang siput-siput yang digunakan untuk masakan di Perancis. 

Secara logiknya juga, dapat dikenal pasti bahawa mukus dari siput merupakan satu sumber semulajadi yang melindungi haiwan kecil tu daripada benda dan permukaan tajam. Ye lah, siput kan lalu atas batu lah, benda keras lah... sedangkan badan siput sangat lembut. Jadi, ada sesuatu yang melindungi badan mereka iaitu mukus tersebut. 

Sesetengah dermatologist mengkaji bahawa mukus siput mengandungi protein, glycolic acid dan elastin yang tinggi yang mana diyakini mampu menyembuhkan permukaan tisu-tisu rosak yang terdapat pada badan siput. Malahan mukus ini juga lah yang digunakan oleh siput untuk mendapatkan kelembapan dan mengelakkan mereka daripada kekeringan akibat cahaya matahari terik. So, nampak macam ada moisturization sense disitu. Untuk kelembapan. 

Tapi....



Masih lagi ada perdebatan antara dermatologist kerana katanya mukus itu hanya berkesan kepada sel kulit siput sahaja dan bukannya sel kulit manusia. Tidak ada lagi kajian yang membuktikan ia dapat memperbaiki sel kulit manusia.

Ada jugak aku baca beberapa review di blog yang telah menggunakan produk berasaskan mukus siput ni dan mereka juga mengakui bahawa tiada kesan yang dilihat daripada pemakaian tersebut. Tapi tak pulak dinyatakan sekiranya ada negative side effect. Maybe it just neutral. 

Jadi macam mana? Korang masih lagi percaya mukus siput untuk kecantikan?

Pada aku sendiri lah, memang betul untuk hasil terbaik dalam produk kecantikan dan kesihatan adalah berasaskan alam semulajadi sebagai contoh sheep placenta, snail mucus, akar kayu, herba, rempah ratus, daun dan bunga-bunga. Tapi jangan terlalu taksub sampai sanggup melakukan apa sahaja asalkan nampak cantik. 

Contohnya macam di China, mereka sanggup gunakan uri baby untuk kosmetik dan kecantikan. Malahan, lebih teruk lagi darah babi dan banyak lagi benda kotor sanggup je dorang telan. Janganlah macam tu ye. Gunakan produk yang diyakini dan telah diuji secara klinikal dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan.  

Bukan apa, jika dah diuji dan mendapat pengesahan KKM, barulah kita boleh ambil tindakan sekiranya ada apa-apa side effect yang memudaratkan. Ini kalau dah barang tak betul, nak bawak ke tengah pun susah! 


p/s: Beauty is about pain.... 


21 comments:

  1. serius..geli sangat..tak buat pun takpe..huhu

    ReplyDelete
  2. teringat siput sedut masak lemak pulak...kikiki

    ReplyDelete
  3. alamak, gelilah siput dan mukusnya tu...

    ReplyDelete
  4. tak caye la bila dah orang cakap cenggituuu

    ReplyDelete
  5. ada nampak mask kat drugstore yg guna snail mucus ni. dah belek nak beli. tp bila fikir balik, tak jadilah. haha mcm pelik je :/

    ReplyDelete
  6. heee gelinye tengok tiga ekor kat muka dia tu. bile jalan je eww dapat rase tak dapat nak gambar ah. kesan pun biasa je so rasa tak perlu benda nie lgpun belum menyeluruh penggunaanya

    ReplyDelete
  7. baru tahu! ade jugak product kecantikan berasaskan mukus siput..fuh! apa saja untuk cantek kan..sanggup buat ape jer..bile innanie cakap pasal uri baby pon digunakan untuk cantek..memang melampau tuh! terlalu taksub..nak cantek pon kenalah berpada2 jgk..kan xpasal2 jadik lagi teruk..

    ReplyDelete
  8. Tahniah dik...awk menang cabutan bertuah entri kad raya shida

    ReplyDelete
  9. klu siput sedut best jgk mkn..:)

    ReplyDelete
  10. kalau untuk cantik pun nad takkan guna..geli

    ReplyDelete
  11. sy pun follow beauty update..skrng mmg byk produk guna snail mucus..mcm teruja nk cuba sbb mmber nk ke korea ujng thun ni..nk pesan kt dia..hehe..

    ReplyDelete
  12. macam macam cara nak cantik kan..tapi kalau gaya gini,tak naklah..geli jugak..

    ReplyDelete
  13. Kalau depa kat china tahu yang air wudhuk ialah secantik-cantik cahaya (cewah), mesti tak susah2 nak carik benda2 geli camtu.

    Dulu ade orang cerita diorang guna snail mucus ni dalam sardin buat kuah dia. GELI KE TAKK?

    ReplyDelete
  14. erghhhh.. tengok pun geli.. macam mana nak buat ni.. haha

    ReplyDelete
  15. eeee geli pun ada tengok siput tu erk

    ReplyDelete
  16. Ramainya otak kampung..geli lah apalah....dr hulu banat manalah agaknya...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork