Assalamualaikum semua
Eiiii memang tak sempat langsung nak update blog. Orang datang ziarah ayah menderu-deru. Memang ramai. Belum lagi balik satu family, satu family lain dah sampai. Alhamdulillah, gembiralah ayah bila ramai datang menziarah dia. Terubat sunyi dan rindu dia pada kawan-kawan dan saudara mara. Aku-kakak-adik lah yang tak menang tangan. Bersilat kiteorang kat dapur siapkan air dan juadah makanan. Heheeh :)
Bukak blog ni pun just sebagai selingan je. Tengok mana yang patut. Email, fb etc. Blogwalk pun belum lagi. Niat kat hati memang nak usha semua entry kawan-kawan sempena hari raya. Tapi belum berkesempatan. Ni update sebab dah gian sangat nak menaip.
Dimulakan dengan Outfit-of-the-day (OOTD) di hari raya boleh? Ni kes perasan lah sorang-sorang. Tengok orang lain update OOTD-OOTD bagai. Cewah, teringin lah jugak nak ber-OOTD sama. Padahal muka tak layak pun nak posing-posing bagai. Hahaah pedulik!
Untuk tahun ni, entah macam mana aku boleh berkenan gila kat pink. Memang sebelum-sebelum ni takde satu pun baju aku warna pink. And here it is. Tahun ni warna pink. Shocking pink lagi. Macam biasalah, orang macam aku ni memang sangat selesa bila berjubah macam ni. Bebas sikit nak gerak. Lagipun, aku perati... tahun ni memang tengah trending kan jubah & abaya. To be honest, jubah ni memang sangat-sangat-sangat selesa. Alhamdulillah, last-last minute jugak aku cari. Tak beli jauh pun, kat hometown sendiri jugak. Harga pun sangat berpatutan. Daripada RM 110 dapat offer tinggal RM 90 je. Material, high-quality lycra.
For second baju raya, yang ini pun most-favourite aku. Aku suka sebab design dan colour dia. Coklat ye uolss. Sapa tak meroyan kan. Warna favourite aku. Coklat!!! Nyum-nyum-nyum. Alhamdulillah, yang ini adalah baju tajaan Butik KZ Nabihah, Bangi. Kalau dah KZ Nabihah yang taja, mana mungkin kualitinya rendah kan. Kain yang flowy, high-quality dan sejuk bila dipakai buat aku fefeling saloma di Hari Raya. Design fish tail dan skirt mermaid jadikan sedikit tricky tips untuk nampak kurus. Sorok sikit segala lemak tepu tong drum badan aku lah senang ceritanya. Heheheh. Gabungan warna pastel, light orange dan brown pada aku jadikan aku nampak a-lil-bit soft sikit. Tak mo nampak garang macam masa pakai baju pink tu.
So far, ada dua pasang lagi baju raya belum pakai. Insya-Allah nanti aku update lagi lah cerita raya aku. Seronok. Memang seronok. Mana ada orang hari raya tak seronok kan? Dah dulu ye, tu ada orang datang!
Salam Aidilfitri....
p/s: esok balik KL kejap sampai Isnin... sampai nak beraya bersama? Jom!
25 Inspirasi Dari Pembaca
cantik baju...
ReplyDeleteselamat hari raya... (^_^)
http://alyzafisol.com/
terima kasih alyzafisol.
Deleteselamat hari raya jugak!
wah!!! sakan kak nanie beraya ye,, hehehe,, sukanya ngan design baju raya kedua tu,,, lawa sangat,, especially yang kain tu,, adusss,, saya tergoda,, lalala
ReplyDeleteklu sye warna pink pilihan hati..hehe\
ReplyDeletehttp://www.wadahberbicara.my/
cantik dia. beraya sakan nampak. hehe selamat hari raya. <3
ReplyDeletewah..cantiknya inanie...selamat hari raya..:)
ReplyDeleteCantikkkk baju raya kak Innanie! ;)
ReplyDeletecantik. paling cantik peplum...hehehehe
ReplyDeletecomel :) wahhh..banyaknye baju raya innanie ye.. hehe..
ReplyDeletewahhhh PINKY ! canteknye kak !!
ReplyDeleteyang kaler cokelat tuh pon canteknye!
eeeeee geram nengok bajunye aummm ~ hehe
slm kenal & slm aidilfitri kak innanie :)
selamat hari raya.. cantik baju pink tu. hehehe
ReplyDeleteserius!! cantik bajunye innanie bkenan akak tgk :) tp dah lepas raya sempat cekau baju kurung je haihhh ^_^
ReplyDeleteselamat beraya lagi ye...
ReplyDeletesuka baca entry innanie.. btw background header kita sama, cute sgt
ReplyDeletewah ceria nanie bila pakai pink..Asyik kurang suka kain lycra sbb kdg2 ikut bentuk bdn..lg suka chiffon..boleh cover bahagian yg byk xbest..hehe
ReplyDeleteakak pon tak penah2 ade pink, taon ni teringin. :)
ReplyDeleteSelamat hari raya.. Maaf zahir batin kak :")
ReplyDeleteAssalamualaikum nanie! selamat hari raya. maaf zahir dan batin. cantik dan manis sekali awak. suka tengok jubah tu. kain sejuk memang sesuai dibuat kebaya. heheheeeeeeeeeeeeeeeee. update lagi next pleaseeeeee >_________<
ReplyDeletePink tetap di hati. Hihi.
ReplyDeleteSelamat hari raya kak . :)
ya allah... cantiknya.... suke tengok nanie :) deno baju raya tersimpan dalam almari, tak dapat pakai sbb beraya kat hospital hari tu^^
ReplyDeleteTerbang melayang dari blog & mendarat di sini ('',) Salam Ziarah, & jemput ke blog ya : Blogger Sekalian, Tolong Zam Sound Budak Blogger Baru Ni Boleh Tak?
ReplyDeletelepas ni boleh raya jalan open house dengan baju yang pelbagai khonn....
ReplyDeletehai innanie,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya!
lawa-lawa baju raya..suka2 ;D
heheee..
wah tahun ni nad pun warna cokalt..hehee..cantik sangat dear
ReplyDeleteCantiknya baju innanie.. sesuai sgt :D
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!