Sunday, August 25, 2013

Simply Sandwiches : Memenuhi Citarasa Gaya Hidup Sihat Anda!

Assalamualaikum semua

WARNING : JIKA ANDA SEDANG LAPAR, HATI-HATI BACA ENTRY INI :)

Kalau masa musim exam dulu lah, aku selalu wish ada makanan yang boleh delivery ke kolej selain daripada fast food. Lagi-lagi musim exam kan. Kononnya mestilah nak yang makan makanan yang berkhasiat. Kasi tenaga dan kasi cergas sikit otak tu. But on that time, takde pun servis macam tu! How sad it is right? 

Tapi.... jangan risau!!! Sekarang ni, ada satu servis food delivery yang terbaik di sekitar Lembah Klang!!! Yang pastinya.... servis ni menyediakan makanan yang bukan sekadar BERKHASIAT, HOME-MADE, HALAL malahan SEDAP & MEMENUHI CITARASA ANDA!!!! Yummmmmmyyyyy! Memperkenalkan......


Dengan tagline "WE BRING PICNIC TO YOU", Simply Sandwiches mempertaruhkan makanan berunsur sandwich kepada para pelanggan mereka. Sandwich yang biasanya kita fikir hanya nak makan untuk picnic, tapi kini tak lagi. Anytime, anywhere... boleh je untuk dimakan! Mudah & pantas sebab Simply Sandwiches menyediakan khidmat food delivery! Bersesuaianlah kan dengan gaya masyarakat kota hari ni yang sentiasa nak cepat & tak perlu buang masa serta tenaga menunggu giliran nak ambil makanan, nak bayar makanan semua tu. But in the same time, kita nak makan something yang bagus dan sihat untuk badan.

Jom kita tengok, apa yang dihidangkan oleh SIMPLY SANDWICHES yang buat aku sampai sekarang terasa-rasa lagi keenakan & kelazatannya!



Set atas ni adalah set yang diberikan oleh Simply Sandwiches kepada aku untuk lunch. Mula-mula, aku sendiri, tipikal lah bila orang kata makan sekeping sandwich untuk makan tengahari, mana kenyang kan. Tapi.... kau jangan tak tahu... bila aku makan satu sandwich + mushroom soup + caesar salad dan ice lemonade tu, mak oi. Kenyang beb! Sebabnya untuk sandwich tu mereka gunakan seeded bread atau wholemeal bread. 


Menurut pengasas Simply Sandwiches, Sharin Shariff & Shaheera Djafar, idea untuk menghasilkan servis berorientasikan food delivery ini tercetus apabila mereka kembali ke Malaysia setelah pulang belajar di Australia yang mana orang di sana menggemari sandwich sebagai makanan harian mereka. Namun, di Malaysia ketika itu masih belum ada lagi servis makanan sebegitu. 



Menggabungkan tenaga, idea, usaha dan minat 5 orang anak muda, kesemua bahan-bahan yang digunakan oleh Simply Sandwiches adalah berasaskan home-made dan yang pasti HALAL & mampu memberikan nutrisi yang terbaik untuk mereka yang mementingkan kesihatan. 



Untuk sandwich mereka sendiri, terdapat 8 flavour  pilihan yang semuanya lazat-lazat! Aku dah try setiap satu dan memang berbaloi. Cukup untuk mengenyangkan perut, cukup rasa, cukup lazat! Malahan, terdapat 4 flavour yang menjadi kegemaran ramai dan sentiasa menjadi BEST SELLER tau iaitu BBQ Chicken, Beef Salami, Garlic Butter Prawn & Smoked Salmon.


Bagi memenuhi nutrisi seharian korang, Simply Sandwiches ada caranya. Mereka turut menyediakan sajian sampingan dalam lunch box korang. Yang jugak semuanya sedap. Malahan home made tau. Impress aku dengan kesungguhan mereka dalam menyediakan hidangan terbaik demi kepuasan pelanggan. Untuk mushroom soup & caesar salad, masing-masing ditambah dengan grouton yang rangup dan mengenyangkan. Memang berbaloi.





HARGA , CAJ PENGHANTARAN & CARA PEMBAYARAN

Dari tadi dok pum pang pasal makanannya je kan. Mesti ada yang nak tahu, macam mana pulak dengan harganya? Jangan risau. Macam aku cakap tadi, semuanya berbaloi kan. Jujurnya harga yang ditawarkan oleh Simply Sandwiches berpatutan dan bersesuaian dengan potion yang diberikan. 


Malahan untuk lunch box pulak, harganya juga berpatutan. Lebih berbaloi kalau nak dibandingkan korang makan dekat fast food restaurant tau. 


Waktu tempahan dibuka adalah bermula dari breakfast sehingga tea break. Iaitu 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Within that time, untuk order dalam potion kurang dari 5 pcs, Insya-Allah dalam masa 1 jam boleh disiapkan. Jadi, kalau korang nak makan waktu lunch, order lah awal-awal pagi supaya delivery boleh sampai on time. Untuk caj penghantaran pulak adalah berdasarkan lokasi korang. Dibuka di sekitar Lembah Klang sahaja. Dibawah adalah details caj penghantaran :

Kota Damansara - KL : RM 10
Kota Damansara - Shah Alam : RM 8
Kota Damansara - Ulu Klang : RM 15 

Manakala korang pun boleh jugak dapat penghantaran PERCUMA tau. Caranya mudah. Dengan minimum order 10 pcs, Simply Sandwiches boleh hantar pesanan korang tanpa caj penghantaran. So, senang lah. Kalau satu ofis tu, beli banyak-banyak, Simply Sandwiches hantar sekali! Kan mudah tu...

Bagi cara pembayaran pula, Simply Sandwiches mengamalkan online banking. Manakala untuk order yang banyak melebihi 10pcs, adalah digalakkan untuk bayar deposit 50% dulu. Jadi takdelah orang order main-main kan. 


EVENT 

Bercakap pasal order banyak-banyak ni, Simply Sandwiches turut menyediakan perkhidmatan makanan untuk sebarang event korang. Meeting, gathering, birthday party, kenduri kendara, apa je... sebut bagitau kat mereka, Insya Allah mereka boleh bantu anda dari segi makanan. Malahan sekarang ni kan musim rumah terbuka... pun boleh. Mereka boleh sediakan juadah yang lain dari yang lain untuk anda. Segala juadah & makanan untuk event ada boleh DIPILIH sendiri oleh anda. Boleh bincang mengikut kesesuaian event. 

Menurut mereka, sekarang ni tak menang tangan mereka menyediakan tempahan dari beberapa syarikat korporat dan ternama untuk event yang dianjurkan. Antaranya KLIA, Air Asia, Media Prima, Surian Tower dan beberapa lagi.


Sangat mudah kan. Semuanya menyenangkan pelanggan. Walaupun nampak simple, tapi berbaloi dan kelazatan makanannya tak dapat dinafikan lagi. Memang sedap & mudah. 


Bagi yang ingin membuat tempahan untuk event, digalakkan untuk membuat tempahan seawal 3 hari sebelum majlis. Tapi kalau tempahan untuk melebihi 100 orang, dinasihatkan untuk tempah seminggu @ dua minggu sebelum majlis. Ini adalah bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku di akhir masa. Oh ye, untuk tempahan banyak... macam aku cakap tadi, deposit sebanyak 50% adalah diperlukan. 


PROMOSI

Part ni mesti korang tunggu-tunggu kan! Hehehe. Aku tahu. Aku tahu! Baiklah, ni meh dengar sikit. Sekarang ni Simply Sandwiches sedang menawarkan satu promosi hebat & berbaloi. Buat mereka yang mungkin tak pernah cuba lagi, boleh lah try promosi ni. Kata orang tu, untuk merasa-rasa kan. Mana tahu kena selera, jatuh hati. Terus boleh order hari-hari. 


"THE INDULGENT PLATTER" 

Ini yang set aku dapat tadi tu. Tak ke menggiurkan?

"TAPAU ROLL-UP"




"MIXED PLATTER"

Yang ini sesuai jugak kalau nak share-share. Boleh pilih flavour apa yang korang nak. 



Betulkan aku cakap awal-awal. Memang sesuai kan aku letak pre-caution supaya korang menyediakan iman yang cukup tinggi. Mujurlah bukan Bulan Ramadhan, kalau tak... naya aku. Memang lazat & menggoda. Sandwich yang gebu, lazat, gemuk dengan isinya...sapa pun boleh gigit jari. Aku rasa memang berbaloi untuk dibeli.

5 anak muda yang memasak dengan minat & bersemangat waja!

Jadi, untuk order & maklumat lanjut mengenai SIMPLY SANDWICHES, hubungi mereka di : 

Facebook :

Twitter :
@Smply Sandwiches 

Phone No : 

+6014 726 2676 [Shaheera]
+6017 207 0407 [Sharin]


LIKE Facebook mereka untuk update: 

P/s: ada dengar apa-apa bunyi dari perut tak? kihkihkih! 

19 comments:

  1. aduiiii... terus jadi lapar..... huhuhuh

    ReplyDelete
  2. Alaaaa... leh delivery ke putrajaya tak? Huhuhu

    ReplyDelete
  3. Boleh tak nak delivery ke kampung saya.. Kuala Terengganu ?? Heheheheee

    ReplyDelete
  4. nampak tempting.. tak pernah try lagi..

    ReplyDelete
  5. Salam kenal kak ^^ .. wah, mmg best lah mamam sandwiches ni, saya yg tgh baca ni pn terus rsa lapar.. haha

    ReplyDelete
  6. Banyak gambar ak masukkan lam blog..hohoho.. jangan lupa email kita.. hehe

    ReplyDelete
  7. Sedapnya! Saya suka sandwich yang ada daging dan sayur. nyum nyum! :)

    ReplyDelete
  8. hebatnya mereka!! :O
    dan mesti sedap sandwiches tu kan..nyummy!!

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. perghh terliur sheila. silalah belanja sheila sekeping sandwich! hahahhahaha. bagusnya anak muda buat bisnes. harus disokong. ohh kota damansara, belakang rumah sheila je ni. hehehehe

    ReplyDelete
  10. hwaaaa.... nanie.. sedapnyaaa!!! betul cakap nanie, memang terliur gila2!! dgn air tu lagi... sob sob.. nak! dah la peberet deno roti2 nih T_T

    ReplyDelete
  11. wah bagusnya..nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  12. yummmy! sedapnyaaa.. dah pernah rasa mknn depa sbb ada kwn2 pakai masa catering. mmg sedap and most importantly healthy! ;)

    ReplyDelete
  13. tengok gambar pun dah membuatkan orang terasa lapar..tengok isi dia pun banyak..bagusla dia buat delivery...orang pun sekarang malas nak keluar pegi cari maknan kan

    ReplyDelete
  14. tak tahan telan air liur dok scroll sampai bawah ni nanie..ternyata nampak sedap!

    ReplyDelete
  15. ceaser salad tu mengecurkan air liur kite lah nanie!!!!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork