Friday, August 30, 2013

Trend Kanak-Kanak & Gadjet Canggih

Assalamualaikum semua




Entry ni bukan lah untuk menyangkal atau menyelar tindakan sesetengah ibu bapa yang mana rata-rata hari ni menjadikan tablet sebagai satu permainan untuk anak-anak mereka, tapi entry ini adalah lebih kepada berbentuk pendidikan dan perbincangan terbuka. Kiranya semua orang boleh melontarkan idea, pendapat, dan lebih seronok kalau dapat berdiskusi dengan cara yang baik dan bijak.




Sekarang ni, kemana je kita semua pergi tak sah kalau tak nampak kanak-kanak bawak tablet kehulu kehilir. Khusyuk dengan tablet masing-masing, senyap je semua. Elok perangai! Mak bapak pun senang nak buat kerja ke, beli belah ke, mahupun menguruskan sesuatu hal. Tinggal dalam kereta pun tak pe, masing-masing behave.


Tapi, apa relevannya memberi anak semuda dan sekecil setahun dua dengan kemudahan ICT yang capaian luasnya meliputi satu dunia? 


1. MEMBERI PENDEDAHAN AWAL 

Setuju dengan beberapa opinion dari golongan ibu bapa, antara sebab mereka membenarkan anak-anak bermain dengan tablet/pc/gadget adalah sebagai salah satu cara pendidikan awal kepada dunia teknologi hari ni. Dunia hari ini memang tak dinafikan sangat luas. Segala benda ada di hujung jari. Dari segi pelajaran, motivasi, program dan permainan minda semuanya ada. Kiranya tablet atau gadget ni umpama satu hub buku moden. Melalui tablet, segala bentuk ilmu dapat dicapai. Mudah, menjimatkan masa & mereka lebih fokus.


2. MENGELAKKAN ANAK-ANAK DARI JENAYAH LUAR RUMAH

Ini juga salah satu point yang cukup bagus dan cukup kuat bagi para ibu bapa. Malaysia hari ni, kadar jenayahnya cukup tinggi apatah lagi yang melibatkan anak-anak kecil. Kes penculikan, rogol, pemerdagangan manusia dan pembunuhan menyebabkan mak ayah menjadi trauma dan paranoid dengan keadaan persekitaran. Jika kita lihat sendiri, berapa ramai ibu bapa yang melepaskan anak-anak mereka untuk beriadah di waktu petang di kota Kuala Lumpur? Lebih lebih lagi sendirian? Boleh dikatakan, berat hati mereka jika anak sendirian. Jadi, dengan tablet, perhatian anak-anak untuk bermain di luar rumah dapat dialihkan. 


3. BELAJAR SECARA INTERAKTIF

Teknologi semakin canggih. Ibu bapa semakin sibuk, pendidikan anak-anak tetap perlu diutamakan. Berdasarkan perkara inilah, ibu bapa meletakkan kepercayaan kepada anak-anak untuk bertindak sendirian dalam mencari ilmu pendidikan. Malahan, dunia interaktif moden juga semakin hebat dan berjaya mencuri tumpuan mereka untuk minat belajar dengan cara sebegitu

NAMUN....

Sekali lagi diingatkan, aku bukannya seorang ibu... cumalah seorang generasi muda yang selalu memerhati dan membuat konklusi, kelihatannya ibu bapa semakin jauh dan alpa dalam melepaskan tali kepada anak-anak melayari dunia internet hari ni. 

Sebab itu lah, tak mustahil kes kanak-kanak ber-onan* di cyber cafe pada pagi Syawal terjadi. Puncanya? Keterlebihan dan kepercayaan menyeluruh ibu bapa dalam memberi kebebasan anak-anak berinternet. 

Pada hemat aku, segala bentuk kemajuan itu datang dengan pakej. Pakej kebaikan dan juga keburukan. Pemerhatian dan kawalan dari orang tua sangat penting. Anasir luar memang  banyak. Kitalah yang kena pandai mengawal mereka. Malahan, kita jugalah yang sepatutnya mengatur jadual mereka supaya keupayaan mental mereka bukan sekadar dalam bidang IT dan sosial secara virtual tetapi meliputi perkembangan bersosial in reality dan perkembangan fizikal juga.

Ramai anak-anak sedara, sepupu-sepupu aku yang kecik jugak menggilai tab. Malahan mereka lebih pantas dan bijak mengendali gadget-gadget ni. Takde sapa pun ajar. Pandai sendiri. Tak salah, dan tak jugak aku halang. Tapi kenalkan jugak mereka pada permainan ceper, batu seremban, congkak, layang-layang, pondok-pondok dan macam-macam lagi. Bukan sekadar, main candy crush saje! :)

Dan akhir sekali keterbukaan ibu bapa membenarkan anak-anak dengan gadget menyebabkan mereka sangat taksub & seolah-olah ketagih dengan modern drugs ini. Jadi bagaimana anda mengawal mereka dalam keadaan sebegini? Ada cara? Kongsikan.... 


p/s: tanpa kita sedari, kita juga telah ketagih dengan online-stuff ni kan... 



29 comments:

  1. untuk kawal dorang..hurmm..bg dorang main pada masa masa tertentu jer..jgn kasi 24jam..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju! kena ada limited time kan. tak boleh 24-7!

      Delete
  2. Anak akak Maisara,kalau akak tak perhati memang dia berani ambik tab,ambik enpon dan mula la main game layan katon kat youtube..bukan la akak larang tapi ada masa nya.ada benda2 tertentu je dia boleh guna tab dan layan youtube semua tu.

    waktu siang tak sampai setengah jam je akak bagi layan youtube.malam setengah jam..tu pun cuma buka untuk membaca.ada aplikasi bacaan kanak2 tu.yang tu je akak bagi buka.kalau malam lepas ngaji baru boleh buka.

    dulu cakap jugak lembut2 bagitau supaya jangn buka kalau ibu tak izinkan tapi tak jalan pun.lepas tu akak siapkan rotan kat umah.sejak tu tak berani dah.sampai sekarang dia nak buka mesti tanya dulu dan buka depan2 akak ni.kalau cuti sekolah sabtu ahad akak bagi la lama sikit.

    dia kurang mengadap semua tu sekarang sebab akak dah bagi dia main dekat taman permainan.kadang2 akak suruh dia bawak kawan datang umah dan main kat umah..itu yang buat dia kurang la nak buka tab ke apa..kalau dulu memang tak terkawal..mujur dia nak ikut la peraturan akak buat ni.dia tak kisah sebab ada kawan2 kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus jugak cara akak tu, kiraya akak tumpukan perhatian dia pada benda lain dan ajak kawan datang ke rumah untuk main sama-sama! bagus!!! :)

      Delete
  3. Anak buah deno adam khaleef banyak duduk kat rumah deno (abah deno) .. sejak tadika ni dah kurang ke rumah pengasuh. Dia main tab sejam sehari, kena minta kebenaran mama dia. Kalau mama balik keje lewat, tak main la.. Tak boleh lebih, sejam atau kurang. Kadang2 tak main langsung..

    Memang rules rumah deno, pukul 5petang, no more kartun, tv tutup.. petang semua keluar rumah kat laman, amik angin, main.. buat la apa2 yang keluarkan peluh.. banyak la juga deno ajar dia main permainan dulu2.. dia suka, kdg2 lupa terus tab^^

    mcm adam khaleef kalau tak buat apa2, dia suka main lego, kereta dan mewarna.. kadang2 main dgn deno, dia sorang, xde adik.. huhu.. sbb tu rapat ngan dia.. emmm, bg deno sbnrnya atas mak ayah kena kawal anak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah siap ada rules tu rumah deno. bagus pendidikan macam ni. lebih kepada reality dan physical. tak salah nak main tab kan, tapi kena lah dikawal....

      Delete
  4. tu lah kan..sana sini tengok budak2 bawah umur berkepit dengan tab je..hebat! parents kena pandai main peranan..main boleh,tapi kena tetapkan masa dan limit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fizah. semuanya kena ada kawalan daripada mak bapak. jangan diberi kebebasan sangat pada ank kecil! bahaya takut lain jadinya!

      Delete
  5. Anak buah saya baru darjah empat dah beli smartphone sendiri.. beli dengan duit sendiri katanya.. duit tabung... ini mgkin sebb pengaruh rakan sebaya. org lain nak, dia pun nak jugak..

    Bapak sedara dia pun x mampu nak beli smartphone sendiri oiii... Hahahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kita buat entry ni pasal anak sedara ramai gila yang kumpul duit raya kaw-kaw punya sebab nak beli tab! aiyoooooooooooo!

      Delete
  6. Untung kanak-kanak zaman sekarang..

    ReplyDelete
  7. makin advance dah dorang sekarang ni kn.

    ReplyDelete
  8. pengalaman yati:

    baru dedahkan pada Hanif&Hasha tab bermula february 2013.baru lagi..
    sebab beli --> pergi rumah siapa2,ank diorang mesti ade tab.menyebabkan anak kita yang dua orang ni pun meleset jugak kat situ.hati seorang ibu ajdi tak sampai hati bila tgk ank duduk tepi tgk kawan2 main.nak main sama kadang2 kawan2 tak nk kongsi(biasalah budak2)..jadi dari situlah niat membelikan mereka tab..

    KEBAIKAN: hanif mula pandai ABC(masa tu umur 2 tahun) bila yati selalu bukak youtube nyanyian ABC(sebelum ada tab.maknanya bukak kat PC).budak2 dia lebih tertarik kepada bunyian.jadi lagu buat diorang mudah tangkap.now dah ada tab,banyak yati download app pembelajaran.macam ABC,ALIF BA TA,MATH..tab ni jadi guru kedua budak2 skrg.ye lah..macam dulu mak selalu ade masa nak ajar ank2.tapi zmn sekarang parents dua2 kerja.malam je ade masa.mlm pulak mood mengajar nak dtg ank2 nk masuk tidur dah.and tu fungsi tab jika parents pandai gunakan

    KAWALAN: Waktu mula2 beli mmg 24/7 melekat je dgn tab.tak pe la bg can...masih jakun kan.hihihi..now dah lama sikit mula ada had.balik sekolah mmg dia mmg tab(yati izinkan sbb bagi dia release penat blk sekolah main game).lepas tu tutup.waktu makan and buat homework lepastu tido.malam dah siap segala homework boleh start main balik.ckp terus terang game dlm tab ni mmg banyak.terutama game kereta.sbb hanif sgt obsessed dgn kereta.tapi game ada kebaikannya jugak.macam game pou.diorang belajar utk taking care of something.kena bgi makan,mandikan dia.tidurkan dia.game kereta pulak buat diorang belajar nilai wang.sebab bila dia nak beli kereta baru dia tahu duit dia tak cukup lagi.so hanif kena kerja dulu mama.hanif baru ade 2ribu.yup.diorang cepat kenal no dari situ.
    Youtube memang sgt terhad dekat rumah ni.yati mmg tak bg bukak youtube melainkan 2,3 kali dalam sebulan.layankan dia tgk drift car atau lagu abc.youtube makan quata wifi cepat.heheheh..sebab tu mama kedekut.tapi mama dah gantikan dengan app pembelajaran yg lain..

    As parents nowaday mmg tak dapat lari dari gadget ni.cuma jgn bebas sgt penggunaannya.ank2 yati kecik lagi.so masih boleh kawal apa yg dia main n tgk. 1 lagi yg seronok masa pembelajaran dgn ank2.kalau dulu guna buku kan.skrg mlm2 amik tab duduk sama2 dgn diorang bukak ABC app.belajar sama2 dgn diorang.lebih mudah.tak suka kita boleh delete.ade app baru kita boleh download.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu yati. anak-anak yati memang kena ada pendedahan dan memang kesian kalau mereka berebut kan.. cumanya kawalan tu paling penting. mak bapak kena pandai tackle anak balik untuk suka pada sosial world yang real... :)

      Delete
  9. Kesan yang paling ketara, masa raya haritu dah tak semeriah dulu. Kanak2 lebih suka mengadap gadjet dari bersosial di alam nyata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah ramai jugak mengadu macam tu... kanak-kanak la ni raya pun dah tak kecoh macam kta dulu!

      Delete
  10. hari tu, cikgu ada cerita pasal murid bawak gadgets gi sekolah,, mmg menggilakan,

    ReplyDelete
  11. memang tab sekarang makin famous bukan dikalangan dewasa tapi budak2x juga tak terkecuali cumanya ibu bapa kena pandai kawal apa yang budak2x buat di tab tu. kalo boleh arrange schedule bile diorang boleh main tab..sekadar pandangan.

    Jom terjah sini Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke-56

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ramai yang sarankan mak ayah untuk kawal penggunaan tab bagi anak-anak mereka.

      Delete
  12. rimas tgk bebudak ngn tab.. smpai kan xnk berckp sbb asyik dgn tab.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. emm kadang-kadang bila dorang start gaduh tu gram!

      Delete
  13. mmg, pantang nmpak tab or phone, mesti nak tnya game ada ke x.. haha

    ReplyDelete
  14. Memg sejak ade gadget ibu bapa akan belikan untuk anak-anak mereka sebabnyer macm nanie cakap senang nak jaga..tapi kalau elok masukon sedikit pembelajaran dalam tu..xdela game aje

    ReplyDelete
  15. selepas solat kita sapu muka anak kita, inshAllah mudah dgr kata

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork