Friday, August 2, 2013

Vanity Trove Kini Dengan Sentuhan Personal!

Assalamualaikum semua

Semalam sebelum keluar rumah nak pergi amek baju raya, ada satu van GDEX berhenti depan rumah. Masa tu adik yang amik kan parcel. Wah-wah-wah!!! Berbunga-bunga hati aku bila nampak kat tangan adik satu kotak. Aku dah tau dah!! 

YEAYYYY!!!! It is my Raya Trove from Vanity Trove!!!



Well, bukan aku sorang je yang boleh dapat... korang pun boleh jugak merasai kegembiraan dapat Vanity Trove ni. Bukan tu je, sekarang ni... VT dah upgrade servis mereka dan kini menjadi lebih MESRA PENGGUNA!


BAGAIMANA VANITY TROVE MESRA PENGGUNA? 

Untuk pengetahuan korang semua, VT telah berjaya mendapatkan kerjasama daripada lebih 100 brand barangan dan produk kecantikan terkenal. Malahan kini VT telah mensasarkan untuk melebarkan sayap mereka ke 7 buah negara. Oleh yang demikian, VT telah melancarkan satu sistem baru kepada pelanggan mereka. Sistem yang diyakini lebih mesra pelanggan dan lebih berbaloi!


Begini caranya... 

VT menggunakan sistem "PILIH SENDIRI". Wah apa yang pilih sendiri? VT membenarkan korang pilih sendiri beauty product mana yang korang suka, yang korang nak, yang korang nak cuba. Asalkan ianya mestilah bertepatan dengan beauty profile korang lah. Kiranya VT akan suggest mana yang bersesuaian. Sebagai contoh, aku jenis kulit combination... so VT akan berikan lebih 30 pilihan beauty skincare and product untuk aku pilih. Penggunaan sistem sebegini menyebabkan kita rasa lebih yakin dengan produk yang kita pilih tu kan... "personal touch" gitu!



Sistem ni pada pandangan aku sangat bagus dan berkesan. Ini menunjukkan improvisasi (improvement) yang diberikan pihak Vanity Trove pada pelanggan mereka. Maklumlah, setiap pelanggan kan berbeza-beza kehendak kecantikan mereka. Haaaa dengan cara gini, semua orang boleh dapatkan produk impian mereka. Tak ke bagus gitu? 

sebahagian produk yang dicadangkan bersesuaian dengan beauty profile aku.



KOLABORASI RAYA

Apa yang buat aku dua kali lompat gembira adalah... Raya Trove kali ini adalah kolaborasi eksklusif Vanity Trove & Sasa Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba tak lama je lagi ni! Dengan harga HANYA RM 70 sahaja, korang boleh nikmati produk yang bernilai RM 180 tau. Fuh-fuh-fuh!




JOM SAMA-SAMA KITA BERCANTIK-CANTIK DI PAGI SYAWAL! Dapatkan Raya Exclusive Trove ini dengan harga terbaik RM 70 saja. Barangan dalamnya pun.... antara forever favourite tu. Tak rugi lah kalau korang subscribe kan!

Aku akan review KHAZANAH-nya dalam next entry ok! nantikan.....



Facebook Vanity Trove :

Laman web Vanity Trove : 

Untuk subscribe Raya Exclusive Trove : 

Facebook Sasa Malaysia :


6 comments:

  1. menarik but,,, tengah saving,, hehe

    ReplyDelete
  2. i prefer personalize sample at least we can choose the products that is suitable for our skin plus the items that we really want to try. btw done follow yr blog ~ awesome :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork