Monday, September 2, 2013

Adakah Kosmetik & Produk Kecantikan Anda "Paraben-free"?

Assalamualaikum semua

Yes semua orang pun tahu perempuan suka benda cantik-cantik. Dan jugak suka untuk nampak cantik, jadi aku fikir blog aku bukan sekadar suggest sesuatu produk untuk nampak cantik, tetapi paling penting produk yang boleh bagi cantik dan selamat. Takde kesan buruk pada pengguna. Itu utamanya!

Tak dinafikan, disebabkan nak cantik punya pasal ada ramai orang kat luar sana yang sanggup ambil risiko untuk cuba dan gunakan pelbagai servis kecantikan mahupun produk yang tidak selamat malahan hingga sanggup menggadaikan iman dan akidah. Jadi, aku harap kita semua tak lah macam tu ye! 

Ok. Kita mulakan dengan topik hari ni. Paraben-free dalam produk kecantikan. 



Umum tahu, dunia kecantikan hari ni sibuk mengetengahkan produk yang berasaskan alam semulajadi dan paraben-free. Tapi berapa ramai yang tahu...

Apa sebenarnya paraben-free tu.

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang biasa dan paling luas digunakan dalam produk kecantikan, kosmetik mahupun barangan penjagaan peribadi. Dari segi sains nya, paraben merupakan satu campuran antara asid dan alkohol. Dalam dunia kosmetik dan produk kecantikan, paraben ini berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk dan juga melambatkan pertumbuhan fungi dan bakteria ke atas produk tersebut. 

Tapi, sejauh mana paraben memberi kesan buruk kepada kesihatan kita? Terutamanya bagi wanita kerana ia didakwa menyebabkan kemandulan dan breast cancer! Mengikut kajian salah seorang pakar Oncology di England, beliau menjumpai 18 daripada 20 sel pesakit kanser mengandungi paraben.

Menurut satu kajian di USA pula, penyelidik memang menjumpai paraben dalam sel pesakit barah otak tetapi tiada kajian yang membuktikan bahawa Paraben merupakan sebab utama penyakit ini. Malahan sehingga kini jugak takde lagi kajian yang menunjukkan paraben berbahaya sepenuhnya kepada kesihatan manusia. 

Apa yang membimbangan para penyelidik adalah, ada sesetengah pengeluar barangan kosmetik dan penjagaan  kecantikan ini menolak penggunaan paraben sepenuhnya tetapi mencampurkan pula sesuatu bahan kimia lain yang lebih berbahaya daripada paraben. Menurut mereka, pasaran sekarang bila tengok paraben-free saje terus orang akan beli sedangkan bahan yang dicampur menggantikan paraben itu jauh lebih merbahaya dari paraben sendiri! 


Menurut pakar lagi, mereka membimbangkan para pengguna deodorant kerana kebanyakan pesakit kanser adalah dari kalangan mereka yang menggunakan deodorant kerana dikatakan paraben menyerap di bahagian under arm kita dan menyebabkan sel kanser meletus. Walaubagaimanapun, belum lagi ada kajian yang menyatakan secara jelas bahawa paraben menyumbang pada masalah kesihatan dan penyakit kronik ataupun paraben selamat digunakan. Kiranya, 50-50 lah ni! 

Tapi, jika ditanya pada mereka yang mengikuti bidang kecantikan ni, memang lama dah mereka jauhkan diri dari produk yang tidak paraben-free. Mereka lebih meyakini produk berasaskan alam semulajadi dan tidak memberi kesan sampingan akibat penggunaan bahan kimia. 

Ada tak bahan alternatif selain paraben ni? 

Bagi pengeluar bahan kosmetik dan penjagaan kecantikan, menurut mereka sangatlah susah untuk mencipta satu formula tanpa menggunakan paraben. Lebih-lebih lagi dalam penghasilan lotion. Mereka mengatakan bahawa paraben ini digunakan sebab ia sangat murah dan effective dalam melindungi jangka hayat dan kesihatan produk mereka. 

Tapi apa yang buat aku seronok, para pengeluar semakin sedar bahawa consumer membuat pilihan untuk menolak produk yang mempunyai paraben. Mereka lebih yakin dan memilih produk dengan label paraben-free. Jadi nak tak nak, pengeluar perlu mencari alternatif baru dan semulajadi untuk produk mereka! 


Jadi, sekali lagi... pilihan di tangan anda...




13 comments:

  1. selalu belek pcuci muka..gna yg free paraben..huhu

    ReplyDelete
  2. paraban itu memang bahaya, now when i buy skincare & cosmetics i make sure its paraben free. caiyokk cholateyes!

    ReplyDelete
  3. agree! kita kalau boleh kena elak gunakan bahan yang mengandungi paraben, demi kesejahteraan hidup ^_^ hehe

    ReplyDelete
  4. i py pncuci muka dulu ada paraben. brand pe tah. mahal lak tu.. :(

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yang amat berguna. Ramai yang tak tahu dan main beli je (sis pun gitu gak..hehehe).

    ReplyDelete
  6. wah! bgus post ni! mmg, esok sab nak post tips tuesday on macam mana nak make sure product tu btul2 natural ingredient or chemical made! kadand2 SA main pakai ckp je all natural product padahal terang2 bukan!

    ReplyDelete
  7. so kita boleh check paraben ni kat ingredient kat balakang tu eh . setakat ni bahan cosmetic apa je disahkan mengandungi paraben?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum awakkk. thanks sharing. sheila baru nak alert dengan free paraben. jarang guna komestik. thanks again dear :)

    ReplyDelete
  9. nice sharing kak.. lepas ni kena lebih berhati-hati dalam memilih produk kecantikan.. kena periksa terlebih dahulu

    ReplyDelete
  10. sebelum beli product kecantikan kena baca juga info tentang sesuatu product tu..jangan terlalu taksub dengan kecantikan,brand dan testimonial :)

    ReplyDelete
  11. Baru tau paraben free tu ape..kne berhati-hati bila bli produk

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork