Assalamualaikum semua
Persoalan tu yang menerpa dalam kepala aku bila mana Astro melancarkan AF 2013. Aku tak tahu lah sama ada itu hanya persoalan dalam diri aku sendiri atau sebenarnya ada ramai lagi rakyat Malaysia kat luar sana yang berfikiran sama macam aku.
Aku tak pasti. Tapi yang aku pasti. Aku punya alasan jitu kenapa aku berpersoalan sebegitu.
Bila aku selak surat khabar, refresh news feed facebook dan twitter aku tak lihat benda lain. Aku lihat isu-isu global dunia yang penuh dengan kekejaman, pertumpahan darah yang tak kenal usia. Bayi, kanak-kanak lelaki dan perempuan, ibu mengandung, orang tua mahupun anak muda semua dibedal sama. Mereka bermandi darah. Bukan sekadar sesuap nasi susah dicari nak menghidu udara juga takut. Takut bukan oksigen, tapi udara beracun. Yang kalau disedut... seluruh saraf kau bakal kaku. Seluruh jantung kau berhenti. Tak ubah macam ikan yang kontang air nya. Itu mereka. Suara mereka lantang. Lantang melaung Allahuakbar. Melawan musuh. Tangis mereka sayu. Minta simpati.
Aku beralih pandang pada tv. Melihat anak muda kita pula... yes secara khususnya AF 2013. Gembira semua. Meloncat. Bergembira. Menari sini sana. Bebas buat apa saje. Lantangnya suara. Bukan lantang melawan musuh, apatah lagi menangis meratap simpati. Tapi lantang memancing undi. Menyanyi. Dengan pakaian seksi. Oh, tak kurang juga ada yang berhijab. Tapi... kau orang tekalah sendiri. Aku tunduk sekejap. Scroll down lagi skrin handphone sendiri. Aku bingung. Apa nak jadi anak muda bangsa aku ni? Kenapa tak habis lagi dengan hiburan duniawi? Kenapa mesti pamer bakat hanya sekadar menyanyi? Malangnya, suara bukannya sedap sangat pun macam Siti. Terkinjanya lebih, over nya syok sendiri. Kenapa bukan beradu kehebatan dari segi ilmu pengetahuan? Kenapa bukan beradu kehebatan dalam tilawah Al Quran? Kenapa bukan beradu kekuatan dalam pelajaran? Kenapa anak muda lain berlumba-lumba buat PHD tapi anak muda kita sibuk menari dan menyanyi? Kenapa?
Dan ketika itu, aku fikir masih perlukah AF ini?
Aku diam. Tenung lagi kaca tv. Muncul pula beberapa nama besar industri seni. Kononnya hasil gilapan AF ini. Aku fikir semula. Beribu-ribu orang cuba nasib masuk AF ni, sedar tak mereka berapa kerat sangat sebenarnya yang menjadi. Boleh dihitung dengan jari. Yang lain mana pergi? Hilang... senyap sunyi. Paling-paling muncul lah dekat tv sekali. Tak pun, melonggok dekat radio ERA jadi DJ penghibur hati. Aku fikir semula.
Masih perlukah AF ini?
"ASTRO mempersembahkan KONSERT AKADEMI FANTASIA 2013.... teruskan mengundi peserta kegemaran anda... hantarkan AF UNDI ...... ke 32999"
Macam tu lah serba sedikit aku dengar. Nak kata ingat sangat pun bukan. Tapi yang aku pasti, ini semua rencana mengaut keuntungan. Ada strategi tersembunyi yang diletakkan. Saje nak tarik perhatian orang ramai supaya sama-sama lalai. Pergunakan hiburan sebagai tarikan. Yang satu pihak lagi, kaut duit ribu riban. Rakyat terbeban, ada peduli? Ada hulur bantuan? Eh tidak... disuruh lagi hantarkan undian. 50 sen pulak tu setiap satu. Tak bising pulak rakyat kita bila macam tu? Tak nak pulak buat rusuhan dan bantahan? Padahal dah tau dah, kalau undi gila banyak nak mati pun, pengundi dapat apa? Dan masihkan perlu AF lagi?
Aku tukar channel.
Alhamdulillah Ustaz Don. Tajuk ceramah pun kena serasi dengan persoalan aku ni.
KIAMAT.
Baru aku sedar, itu semua petanda KIAMAT. Bila manusia semakin lalai dengan hiburan. Lupa pada segala macam peringatan. Lantaklah orang nak cakap apa, asalkan boleh jadi glamour itu yang menjadi buruan. Dan ketika itu, aku tahu... kita semua dalam ancaman.
Ancaman sebab melupakan seribu satu peringatan.
Dan secara jujur, aku rasa AF patut dihentikan!
Aku bercakap ini bukanlah sebab aku malaikat. Cuma aku rasa sudah cukuplah memperalat masyarakat dengan benda karut marut ni. Kononnya menjannjikan perubahan kehidupan. Sanggup tinggal belajar dan kerjaya sedia ada semata-mata nak jadi anak hiburan. Cukuplah. Cukuplah ASTRO.
Dah banyak sangat rakyat tabur 'duit undian'!
35 Inspirasi Dari Pembaca
Setuju.. Hari tu beria konon yg terakhir. Agak menjadi persoalan ble ada plak AF ni.
ReplyDeleteTgk keadaan dunia memang takut.
Tgk keadaan malaysia lagi takut..
Nampak aman tapi kena hati2. Kena peka. Kena ada mata kt belakang kepala. Betapa 'amannye'.
realiti tv yg berdasarkan nyanyian ni tak relevan dah skrg. masyarakat dah naik muak dan menyampah nak tonton. mmg sgt patut dihentikan.
ReplyDeletesetujuuuu
ReplyDeletedr undian la diorg kaut keuntungan..tu la dlu kata dstopkn, tp baru brape lama je dh ada balik AF
ReplyDeletepihak astro dh xtau nk buat rancangan ape..tu yg merepek2 tu dia buat..sumenya nk buat duit kn mcm tu la..
ReplyDeleteas salam sis
ReplyDeletelama dah x singgah sini..blog makin cantik n menarik
suka tengok border and kaler widget sidebar tu...teringin nak buat mcm tu jugak tp x reti nak edit2 nih
aah..ada benarnya pendapat sis di atas
yumida..sesekala layan hiburan..rasa syok jugak..terhibur
suka pada peserta yg mempunyai bakat yg perlu digilap
Malaysia ni tak sah kalau tak ada hiburan..dulu kata AF diberhentikan tp ada lagi..nampak tak permainan di situ. keuntungan ada di situ.
ReplyDeletecik nor layan super spotan jer..tapi tak pernah mengundi..:)
ReplyDeleteentahlah.. macam dah tak best je.. sekarang ni...
ReplyDeleteSaya tak tengok pun AF2013 ni.. Macam tak best je.. hee
ReplyDeletedunia sekarang...masyaallah...:(
ReplyDeleteAF ke, Kpop ke dah lama tak relavan. Pakat-pakat jangan tonton, lama-lama ia akan pupus :)
ReplyDeletememang patut dihentikan sebab benda macam ni melekakan.. terlalu banyak hiburan
ReplyDeletesaya ingat saya je berfikiran macam ni. Masa AF takda dulu, aman je hidup. Takda pulak makin susah hidup. Orang kita terlampau banyak sangat hiburan dan masing-masing (mungkin) kejar famous.
ReplyDeletesetuju!! AF dah tak releven dgn keadaan skrg.dah basi
ReplyDeleteSelagi ada org tgk, ada la AF. so mari la ramai2 berenti tgk
ReplyDeleteLEEZA TAK BERKESEMPATAN PUN NK TGK LAGI ...
ReplyDeletemama ada terfikir pasal benda ni, mama rasa cukup-cukuplah dengan lambakan penyanyi yang sedia ada.. kita kurang mengalakkan anak kita belajar tapi lebih kepada kelalaian, kelekaan semata...
ReplyDeleteAda lagi ke orang yang nak undi? Bazir duit, serius.
ReplyDeletetak best la af kali ni.lagi2 peserta lelaki.
ReplyDeletedulu2 minat gak af tapi tak penah la mengundi. syg duit..hehe
mengeleng kepale je tengok AF. Tak ada modal dah diorg ni
ReplyDeleteboooring AF... zzzzzzzzz
ReplyDeleteAkak suka dengan pandangan innanie..good review! Anak muda sekarang suka perkara2 yang melalaikan..nauzubillah.
ReplyDeleteAF yang lepas pun tak best..
ReplyDelete| erm... setuju dengan cik Inannie ini... sy sendiri yg bekerja di A***O melihat sendiri crew production AF ini seolah olah terdesak + tertekan untuk buat program AF nie.. huhu.. Sama-sama kita doa agar mereka semua dibukakan pintu hati yer... =)
ReplyDeleteASTRO OH ASTRO UDAH UDAH LE!! Amat setuju dgn pendapat Innanie!! :)
ReplyDeleteAstro oh Astro!! Udah udah la..Amat setuju dgb pendapat Innanie..:)
ReplyDeletetak sampai 5 minit pun bukak da terase buang masa.
ReplyDeletetak faham juga kenapa perlunya AF ni..better buat satu program untuk berjaya ke kan..dapat gak mencerahkan mase depan generasi akan datang
ReplyDeleteAkak memg xsetuju dgn AF nih..tak tgk pun yg baru...tgk channel masakan lg bgus..de faedah..leh rmbh skill memasak
ReplyDeleteNad tak penah tgk pun lagi academic fantasia ni..ntah takde hati mak tgk.sekrg bukan at je..idols kecil untuk kanak2 pun ADA..ermm..mak ayah suka anak mereka jadi penynyi
ReplyDeletei tak tengok dah AF ni.. zaman dulu2 je. mmg patut stop pun sbb takde motif pun nak ada artist lagi kat malaysia ni. udah udah la tuuuuu!
ReplyDeleteAF dah x relevan lagi, sekian terima kasih.
ReplyDeleteJom Terjah : Bunuh Filem Melayu!
Salam...
ReplyDeleteApa? AF? Bila? Di Mana? Apa? Dah Habis? Hahaha..aku gelak tapi dalam masa yang sama menangis..gelak sebab gelihati bila dengar beberapa pelawak tanah air buat lawak pasal program AF ni..menangis sebab majoriti besar pembazir duit yang mengundi adalah anak melayu..malahan lagi menangis sebab mereka ini telah tertipu selama 9 musim! Hamba rasa semua tahu kan ASTRO yang mengatur semuanya, yang korang undi tu memang membazir je lah...maaf cakap, anda telah diperbodohkan!
Astro sanggup adjust konsert af hari ahad sbb ada masa clash dengan game piala malaysia....astro2....cukup2lah....ingat rakyat malaysia bangang nak bazir duit mengundi....
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!