Assalamualaikum semua
Dalam banyak-banyak entry lah, aku memang kena lebih sabar sikit bila tulis entry food review ni. Alahai... bukan apa. Kau tahulah... kalau tulis entry mesti kena masuk gambar kan. Gambar pulak menggoda iman. Mana taknya berpeluh-peluh aku tahan nafsu perut yang berkocak dalam ni. Sabar je lah! Tapi takpe. Demi pembaca Blog Coklateyes, *ewah cam retis sangat bunyiknya* aku sanggup menahan gelora perut dan terus menulis.... korang kena baca!
Baiklah. Untuk session kali ni... Jumaat lepas, aku berkesempatan untuk datang review sebuah kedai yang agak terpencil jugak... tapi dia punya menu, Perrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrghhhhh!!! memang meletop. Lokasinya tak jauh dari UiTM Shah Alam & UNISEL (Shah Alam) iaitu di Seksyen 7, Shah Alam. Memperkenalkan RESTORAN BISIK-BISIK!
Apa yang menarik kat Restoran Bisik-Bisik ni? Well, apa yang bakal anda saksikan sangat menggiurkan. Specialnya ialah Mee Bandung Udang Galah!!! Ya Allah... bukan senang tau kat area KL & Shah Alam ni nak dapat udang galah dan mee bandung yang original dari Muar. Tapi di Restoran Bisik-Bisik ni. Adaaaaaaaaaaaaa!
Basically, Restoran Bisik-Bisik menawarkan Selera Johor kepada pelanggan mereka. Menurut pengasasnya, Kak Nurhaliza... resipi turun temurun keluarga beliau ni memang sangat terkenal di Muar, Johor. Segala rencah Mee Bandungnya adalah buatan sendiri dan untuk dikomersialkan di KL ni, Udang Galah di tambah supaya lebih rare!
![]() |
Mee Bandung Udang Galah Gred A : RM 24.50 |
Kuahnya pekat dan lazat. Saiz udang galah pulak janganlah kau tanya. Memang besar dan puas hati. Malahan, di sini jugak pengasas resipi Mee Bandung ni menggunakan udang galah segar yang diterbangkan khas dari Sabah! Boleh bah kalau kau?
Kesedapan mee bandung dia, sampai sekarang ni masih aku rasa. Sedap gila! Oh lupa pulak, kat sini korang boleh pilih saiz udang galah. Nak XXL size atau yang medium saiz. Yang XXL size, berat udang galah mencapai 100g!
Kesedapan mee bandung dia, sampai sekarang ni masih aku rasa. Sedap gila! Oh lupa pulak, kat sini korang boleh pilih saiz udang galah. Nak XXL size atau yang medium saiz. Yang XXL size, berat udang galah mencapai 100g!
Harga Mee Bandung + Udang Galah :
(Gred A) : RM 24.50
(Gred B) : RM 14.50
( Biasa) : RM 6.50
(Mee Bandung Muar) : RM 4.50
![]() |
Mee Gulong: RM 6.00 |
Selain dari Mee Bandung Udang Galah, ada lagi beberapa menu special kat sini. Antara yang menarik minat dan terbukti lazat adalah Mee Gulung. Haaa... tak pernah dengar kan? Mee gulung ni sebenarnya adalah idea pemilik restoran ni sendiri iaitu Kak Nurhaliza, yang mana beliau menggabungkan idea mee goreng + telur bungkus + udang galah black pepper. Memang lazat!
Buat mereka yang gemar makan nasi pulak, jangan risau.... kat Restoran Bisik-Bisik ni, semua ada. Lengkap untuk korang nikmati juadah yang lazat dan mengenyangkan. Antara menu menarik dan signature Restoran Bisik-Bisik ni adalah; Nasi Goreng Anak Bujang & Nasi Goreng Anak Dara. Haaa... menarik tak namanya??? hehehehe
Bawah ni Nasi Goreng Anak Bujang. Its like nasi goreng pattaya tapi ada burung puyuh goreng kunyit. Sangat sedap. Sebab puyuhnya digoreng rangup dan nasi tu lah dimasak dengan cukup rasa! Yummy!
![]() |
NG Anak Bujang : RM 8.00 |
![]() |
NG Anak Dara : RM 7.50 |
Untuk minuman pulak, kalau dah nama selera Johor kan, dua minuman paling famous di Johor mestilah Air Katira & Bandung Soda. Sedap dia... memang aku tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata. Memang samalah macam orang Johor buat. Memang kenalah dengan tekak Johor aku ni! Heheheh!
Untuk pengetahuan pembaca jugak, Restoran Bisik-Bisik ni telah mendapat perhatian beberapa majalah terkemuka negara. Malahan, pernah jugak masuk Jalan-Jalan Cari Makan. Jadi tak syak lagi memang ramai yang dah cuba & rasa sendiri kelazatan Mee Bandung Udang Galah Restoran Bisik-Bisik ni. Korang bila lagi?
Restoran Bisik-Bisik ni dibuka sekitar jam 11 tengahari untuk sesi lunch manakala untuk makanan goreng-goreng dan Mee Bandung nya pulak boleh diorder bermula jam 3 petang. Mereka juga menerima tempahan Nasi Biryani Johor untuk sebarang majlis keramaian di sekitar Shah Alam.
![]() |
full house! |
Noor Akmar (Manager) - 017 758 4680
Norhaliza - 017 7317803
Fareez - 019 2997283
FB :
Alamat Restoran Bisik-Bisik :
No. 9/10, Jalan Zirkon B7/B,
Kompleks Anjung 7, Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.
p/s: orang Johor, jom serbu Mee Bandung Udang Galah ni ok!
34 Inspirasi Dari Pembaca
wah... btol2 beso udang galah dia...
ReplyDeletepernah dlu makan megi kari dgn udang galah...
sedap!
sepupu mancing dpt udang galah..
masak dengan megi ..
sedap ye makan dengan maggi. tak pernah pulak try. hahaha :)
Deleteha ah kat sini memang besar2 udang galah diaaaa
wah..memang menggoda betul ni.haruslah kena terjah seksyen 7!
ReplyDeletesilakan makcik! silakan terjah seksyen 7!
Deletewahh..memang kena cuba nih.CM penggemar mee bandung Muar.Setiap kali balik rmh mertua di Muar, mmg tak miss mkn mee bandung dia..terima kasih review yang owesome ni ye..;)
ReplyDeletePasni kalau teringin je, boleh la try terus kat Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7, Shah Alam
DeletePasni kalau teringin je, boleh la try terus kat Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7, Shah Alam
DeletePasni kalau teringin je, boleh la try terus kat Restoran Bisik-Bisik Seksyen 7, Shah Alam
Deletesilakan cik matahari. rasai kesedapannya!
DeleteAssalamualaikum nanie. sedap gila ek? huwaaaaaaaa yang dekat Muar tu pun sheila tak sempat makan lagi. rasanya dah boleh jejak ni, dekat dengan rumah kita. gambar makanan mengugat iman sheila ohhhhh. laparnya =___='
ReplyDeletehahahahahah!!! sabar jeee awak ni sheila, yang dekat rumah pun tak pi ye...
Deletejom jom pi sek. 7.. makan mee bandung udang galah terbaik!
x jauh dr rumah saya ni..bolehlah terjah nanti..geram tgk udang galah tu! :)
ReplyDeletesemua geram tgk udang galah!!! heheheh :)
Deletesilakan kak.. memang sedap!!!
Ya Allah...nampak marveles gilos kak..boleh sawan saya mcm ni..heheheh...thanks share address...
ReplyDeletecuti hujung minggu nk pegi laju2 dekat sini..heheheh
jangan jangan!! jangan sawan!!! hehehehe
Deletemak aii..sdapnya..:)
ReplyDeletetotally agree!!!!
DeleteOh mak aiiii..mmg sggh2 menggoda iman tgk udang tu tertonggek2 dlm pinggan! Huaaaaa...*larik smbil lap ailio*
ReplyDeletehahahahaha lari sambil lap ailio... kelakar gila!
DeleteGiler terliuq, dah ler memang tgh lapar. Kalau turun shah alam boleh terjah niee.
ReplyDeletesilakan terjah YY!!! memang sedap gilos!
Deletetergoda nafsu makan..hehe :)
ReplyDeletemee bandung udang galah terbaik d shah alam... my friend ni mmg ank jati johor dr muor... so x heran la dia power bab msak mee bandung ni.... congrts to my friend haliza bab dh merealisasikan masakan beliau hgga ke tahap ni.... im proud to be ir friend... sesape yg blom sggh ke bisik2 ni g la sggah mmg x menyesal.... ;-)
ReplyDeletelahhh ari tu baru pegi. tapi x taw plak dia femes dgn mee bandung udang galah =_=
ReplyDeleteYa Allah kite tergoda. Terliurnya tengok T_________T
ReplyDeleteni aku makan mau tercabut hidung aku bersin
ReplyDeletewow sedapnya..kena try ni..:)
ReplyDeletemee bandung kat muar mmg terrbaik..maklumlah, tempat asalnya.
ReplyDeleteKejamnya entry ni, banyak gambar makanan yg awesome!
ReplyDeleteSedappppppnya ;D
ReplyDeletehaaaiiissssyyyy... sabar jela baca blog akak ni,,, hahaha
ReplyDeleteWallah! Terus rasa lapar nak makan mee bandung udang galah.. Mana nak cari kat Ipoh ni?? Huhuwaaaa! T_T
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
assalamualaikum ....wah sedapnya...;)
ReplyDeleteDear..mse pg sane, ade x menu kacang pool? dgr2 kt sne mcm ade..tp xpg lg tgk..
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!