Assalamualaikum dan salam sejahtera semua
Bagi mereka yang mengikuti facebook aku mungkin ada yang perasan ada beberapa siri journey yang perlu aku lalui & catatkan bersama-sama dengan pembaca Blog Coklateyes.
Salah satu yang menjadi highlight aku sepanjang September ini adalah ditujukan khas bagi mereka yang mengalami masalah kulit muka berjerawat, berminyak, pigmentasi juga white & blackhead, ini ada satu solusi. ACPURIS, skincare terbaik & terkini dari kota Korea!
Tapi sebelum aku mulakan journey aku bersama Acpuris, jom kita kenal dulu apa itu Acne-skin problem. Acne-skin adalah masalah yang biasa di hadapi oleh golongan muda hari ni. Lingkungan umur sekitar 16-30 tahun kerap menjadi mangsa. Malahan seawal usia muda, jika masalah acne-skin tidak dirawat, ia akan menimbulkan lebih banyak masalah acne yang serius dan boleh menyebabkan parut kekal pada kulit wajah.
Beberapa sebab musabab Acne berlaku adalah akibat :
1. Rembesan sebum yang berlebihan
2. Liang roma yang tersumbat dengan sebum
3. Keradangan melampau daripada bacteria P.Acne
4. Kerosakan tisu sekeliling
Aku rasa simptom dan kulit wajah macam atas ni memang selalu kita lihat kan. Walaupun Alhamdulillah kulit muka aku tak lah seteruk macam atas ni, tapi biasalah kalau perempuan tu kan, sebulan sekali jerawat tumbuh secara berjemaah dan meriahnya tu adatlah.

Dan bagi aku pulak, masalahnya ialah kulit muka aku jenis berminyak serta pores yang banyak dan white serta blackhead. Simptom macam aku ni kalau tak dikawal dan dijaga betul boleh jugak menjurus seperti diatas.
Jadi, sekiranya korang juga ada simptom seperti aku... apa kata ikut journey aku bersama Acpuris ni. Setiap minggu, aku akan publish satu entry untuk tunjuk pada korang semua macam mana Acpuris membantu aku dapatkan kulit muka yang sihat, dan bebas minyak serta white dan blackhead! Insya-Allah. Baiklah, kat bawah ni lah para hero dan heroin yang akan temakan aku sepanjang satu bulan! Jom kenal dengan mereka....
Secara keseluruhan, Acpuris Acne Purifying System membantu untuk mengekalkan kulit yang clear tanpa ada masalah jerawat, jeragat dan masalah kulit muka yang lain dengan penjagaan keseluruhan. Bermula daripada melawan segala faktor penyebab jerawat juga menghalang daripada masalah seperti kembali semula.
Beberapa TARGET ACPURIS adalah :
1. Membersihkan pori-pori muka
2. Menseimbangkan penghasilan minyak pada muka dengan menghalang penghasilannya melalui sebum secara berlebihan
3. Menhalang keradangan kulit yang berpunca daripada bakteria P.acne
4. Membersihkan kulit muka dan bebas daripada parut serta pigmentasi
5. Menggiatkan penghasilan sel kulit yang baru dan membaiki kerosakan sel kulit lama
6. Mengurangkan kemerahan & melembutkan kulit muka
7. Mengekalkan keremajaan dan tekstur kulit wajah
Untuk next entry, aku akan bagitau kat korang semua bagaiman setiap hero & heroin aku tu membantu aku membasmi bakteria P.Acne pada kulit muka aku. Kita akan tengok sama-sama macam mana mereka bertindak dan adakah pengembaraan aku bersama Acpuris akan berjaya di akhirnya? Sama-sama kita nantikan okeh!!!!
Pengembaraan bersambung....
p/s: Jangan risau pada harga... di akhir pengembaraan, ada 5 orang pembaca bertuah sedang dicari. Kalau nak tahu, kena ikuti pengembaraan aku ni ye.... shhhhh.....
5 Inspirasi Dari Pembaca
untuk lelaki pn boleh kan..hehee
ReplyDeletewah.. bagus ni kak.. tapi agak mahal sikit bagi saya.. tgu dah kerja nanti, boleh cuba kalau betul berkesan ;D hee.
ReplyDeleteTak sabar tunggu next entry pulak ^_^
kena start berdoa dah supaya tergolong dalam 5 peserta tu,, kih3
ReplyDeleteMenarik.. Packaging die sgt menarik.. :)
ReplyDeleteSusah nk bercerai ngn jerawat.. Parut?? Arghhhhh
Mase blogwalking terjumpe blog akak, terus terske plak dgn all the blog post...sngt informative , pnjang lebar dn bebunge2:) keep it up! Anyway, kalau rajin singghla blog sy withlovekisses.blogspot.com ...bgla skit guide camne nk bwat post best cam akk..thanks for being such an inspiration:)
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!