Monday, September 16, 2013

Pengembaraan Bersama ACPURIS : Minggu Kedua Yang Penuh Keterujaan!

Assalamualaikum semua

Masih ingat tak pada pengembaraan aku bersama ACPURIS? Yes. Yes. Produk yang dirumus khas buat mereka yang mengalami masalah Acne, kulit muka berjerawat, pigmentasi, blackhead mahupun white head. Untuk siri pertama, boleh baca [Pengembaraan Bersama ACPURIS Kini Bermula!]

Untuk siri kedua ni, aku nak share sikit mengenai ingredients produk ACPURIS. Keseluruhan rangkaian produk ACPURIS ada 5 jenis. Set lengkapnya terdiri daripada cleanser, toner, milk lotion, emulsion dan intensive spot. Kiranya, penjagaan kulit muka dari ACPURIS ni menyeluruh.


Dari dasar lapisan kulit membawa sampai ke luar. Sebab daripada pembacaan aku, kebiasaan mereka yang mengalami kulit berjerawat adalah akibat daripada sebum minyak dan bakteria yang berada di bawah kulit. Tu yang ada sampai bernanah, kulit berminyak juga iritasi yang menyebabkan kemerahan dan kegatalan.


Berdasarkan daripada penerangan yang diberikan, actually tak semestinya korang kena guna semua sekali lima-lima produk ACPURIS ni untuk masalah acne korang. Macam aku sendiri, untuk daily usage, aku prefer pakai cleanser-toner dan sebum emulsion untuk kawal kulit muka berminyak. Manakala 2-3 hari sekali baru aku pakai milk lotion & intensive spot tu.


Ini pulak tekstur kelima-lima product tu. Teksturnya agak pekat kecuali skin toner tu je lah, cair. So bila pekat, guna sikit dah memadai untuk cover the whole face and neck. Mungkin produk ni boleh bertahan untuk 2-3 bulan sebab contentnya pun banyak. Untuk bau pulak, it is fragrance-free. Masa mula-mula pakai celanser tu, mana yang ada open pores atau irritation boleh rasa dia tajam sikit. Tapi tak sakit atau gatal. Than counter back dengan emulsion, boleh rasa yang kulit muka semakin lembut.

Ok, aku nak highlight something. Menarik perhatian aku. Apa benda lah yang dua bawah tu kan. Non-comedogenic dan non-steroidal. Maka, aku seorang yang enthusiastic ni pergilah mencari di google.

Yes. Dapat jawapan!!!


NON-COMEDOGENIC

Noncomedogenic is a term applied to oils, lotions, and skin creams that do not block pores. Noncomedogenic products are also sometimes referred to as non-occlusive. The theory behind using lotions that are noncomedogenic is that by not blocking pores, they will reduce the incidence of pimples.

NON-STEROIDAL 

Nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) are primarily pain relievers. As the name implies, these medicines are not steroids or corticosteroids, such as prednisone, which is also used to treat inflammatory response. The drugs are also anti-inflammatory, which means they work to reduce inflammation that can result in pain.



Kiranya kedua-dua kelebihan produk ACPURIS ni memang diciptakan khas buat mereka yang punya masalah jerawat di muka. Daripada bahan pembacaan aku lah, bukan senang di Malaysia ni nak jumpa produk dengan dua kriteria di atas. Jadi, ACPURIS sememangnya membantu untuk mengurangkan masalah jerawat juga merawatnya secara klinikal dan natural.

Jadi, kalau nak tahu apa lagi yang aku alami sepanjang pengembaraan aku bersama ACPURIS ni, apa perubahan yang aku alami... semuanya bakal terjawab dalam dua post lagi. Ikut pengembaraan aku ye! Insya-Allah, nanti ada hasil yang mengagumkan...


Maklumat lagi : https://www.facebook.com/virileprodigy

p/s: mesti korang nak tengok before & after kan... boleh...sabar ye!


5 comments:

  1. Awww... i nak tengok your progress la!! Hehe... i cuma pakai full range at night :P dalam dua minggu, my blackheads on my nose dah 90% hilang. Impressive-nya!!!

    ReplyDelete
  2. Tak sabar nak tengok perubahan.. Hee.

    ReplyDelete
  3. interesting! offline shop xda eh?

    ReplyDelete
  4. Kalau betul Berkesan nad mak cubela..muka mad sentiasa berjerwat

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork