Monday, September 16, 2013

Resipi Banana Custard Pudding with Raisin Yang Sedap!

Assalamualaikum semua

Cuti ni rajin pulak nak masuk dapur. Kehkehkeh. Favourite aku memang dessert. Sebab manis-manis kan, semanis aku lah tu! :) Hari ni, untuk pertama kali di Blog Coklateyes aku nak share resipi Banana Custard Pudding with Raisin yang sedap dia... fuhyooooooooooh!!! Melting gila lah aku cakap... sedap wei. Resipi ni aku dapat dari Akim. Masa family aku datang ke KL, malam tu dia buatkan Banana Custard ni. Satu family makan cakap sedap gila. So, apa lagi... aku korek lah rahsia turun temurun family Akim ni. Jadi, dengan izin dia aku share kat sini ok!


Bahan-bahan :
  1. 2 tin susu cair
  2. 1 paket tepung custard Bird 
  3. 1 botol besar (1.5l) air 
  4. 3-5 cawan gula (ikut kesesuaian potion pisang & custard) 
  5. Sesikat pisang (pisang rastali / montel) - ikut potion yang dikehendaki dan kalau boleh pisang dah masak tapi belum lagi lebam. 
  6. Kismis 




Caranya : 
  1. Pisang dibelah dua. 
  2. Gorengkan pisang (tanpa tepung) selama lebih kurang 8-10 minit. Seeloknya digoreng jangan sampai terlalu lembik sangat. 
  3. Susunkan pisang dalam bekas
  4. Gula tadi dicampur air dan di masak sehingga cair. Tutup api sebelum ia menggelegak. Cukup sekadar semua gula mencair. 
  5. Tepung custard (ikut potion hidangan) dicampurkan dengan air dan kemudian dimasak dengan api yang perlahan. (aku gunakan 1 paket untuk hidangan 3 bekas) - Air pun agak-agak je. Aku gunakan kira-kira 1.5l air (sebotol besar) 
  6. Masukkan 2 tin susu cair ke dalam adunan tepung custard yang sedang dimasak tadi secara perlahan-lahan.
  7. Kacau perlahan sehingga tepung custard pekat. Sesuaikan kemanisan gula dengan potion pudding serta hidangan pisang tadi. 
  8. Setelah agak likat, tutup api dan tuangkan atas susunan pisang yang digoreng tadi. 
  9. Taburkan kismis di bahagian atasnya.
  10. Sejukkan (nak masuk freezer boleh, tak masuk pun boleh!) 



Mudah kan? Tak sampai setengah jam pun semua dah siap. Bahan-bahan pun mudah didapati. Aku tak masukkan pun dalam freezer. Cukup sekadar dia sejuk sendiri. Masih pekat likat cair-cair tu dah boleh di makan. Sedap!!! 

Selamat Mencuba ok :) 


p/s: Kredit resipi to Akim! 


14 comments:

  1. cmne ni nanie.. mak buyong teringin.. waaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haiyoohhh tak tahu... nanti baby meleleh air liur!!! heheheh
      mak buyong cepat buat nanti baby nangis!

      Delete
  2. Huahh ! nampak macam sodap ni .Nanti nak cuba la :D Thanks share

    ReplyDelete
  3. kalo kastard ni saye suke..
    mmg sdap! hehe

    ReplyDelete
  4. Thanks dik share resipi..nti akak nk try..akak kredit innanie ye

    ReplyDelete
  5. Dik nk tny air gula td lpas dh msk msuk dlm adunan kastrad ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah air gula masuk slow-slow masa masak custard tu! :)

      Delete
  6. Nak tgk selepas d potong pisang tu jd cmne...take the picture please akakkkk comel..hihi

    www.wadahberbicara.my

    ReplyDelete
  7. thanx weh!!!nnt nk try buat.hmmmph takleh nk btrime kasih dlm instag.penat taip bkali2 x view jgk.sabo jelaaa

    ReplyDelete
  8. memang nampak sedap. nak kena orang rumah buatlah mcm ni

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa. resepi pun mcm mudah. nak try la nti ;)

    ReplyDelete
  10. Mudah Dan ringkas.kne tunggu masa free baru leh buat

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork