Wednesday, September 4, 2013

Review : Aviance Whitening Moisture Body Set ; Produk Eksklusif Dari UNILEVER

Assalamualaikum semua

Kalau sebelum-sebelum ni, di Blog Coklateyes banyak cerita pasal skincare dan beauty product. Tapi untuk kali ni, aku nak ketengahkan satu rangkaian produk penjagaan badan eksklusif terbaru daripada Unilever. Memperkenalkan ; AVIANCE!!!



Sebelum aku cerita lebih banyak, mari aku perkenalkan dulu mengenai Aviance ni. Mungkin belum berapa familiar di kalangan rakyat Malaysia. Tapi macam yang aku cakap kat atas, bila sebut Unilever mestilah korang semua kenal kan. Ye lah, company yang keluarkan Dove, Lux, Sunsilk dan pelbagai lagi produk penjagaan diri. 

Tetapi untuk julung kalinya, Unilever telah menghasilkan satu divisyen eksklusif produk penjagaan diri yang dirumus khas daripada pakar mereka. Aviance mula diperkenalkan sekitar July 2012 dan telah dicipta bagi memenuhi permintaan dan keperluan orang Asia. Disebabkan itu, pihak Unilever telah memilih negara-negara Asia sebagai based produk dari Aviance. Produk ini sangat popular di Thailand dan telah mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. 


Diberi peluang untuk me-review rangkaian penjagaan badan daripada Aviance buatkan aku sangat-sangat teruja! Mana tidaknya, produk dari Unilever ni kan memang dah lama mendapat tempat di hati kita. Ini lagi pulak produk eksklusif mereka yang tak ada di pasaran biasa. Hanya boleh didapati melalui cyberoffice mereka. Memang lah aku gembira!

So, jom tengok... apa yang aku dapat! :)


Pada asalnya pihak Aviance memberikan aku beberapa pilihan produk untuk aku review. Ada banyak rupanya pilihan yang ada. Aku ingat bila company baru mestilah sikit je pilihan. Oh, aku silap. Dari A-Z semua mereka ada. Aku lupa pulak, ini kan anak syarikat Unilever. So secara tak langsung, pengalaman dari segi kepakaran dan kehendak pelanggan tu mereka dah ada. Sebab tu mereka awal-awal dah ready untuk memenuhi apa yang customer nak.

Antara produk yang ada ialah :

1. Extra Moisture Body Wash/Lotion/Body Scrub Set
2. Whitening Moisture Body Wash/Lotion/Body Scrub Set
3. UV Expert Daily Urban Environment Protection SPF 50/PA+++/RSF Tested
4. Concentrated Anti-Cellulite Cream

Jadi setelah menimbang tara, aku amik yang nombor 2 [Whitening Moisture Body Set]. Bukan apa, sebab aku nampak macam kegunaannya ada 2in1 gitu. Ada whitening dan ada jugak moisture. So boleh lah feeling dapat badan gebu gebas putih melepak ala-ala Zizie Ezzete ke. Heheheh. Perasan! LOL.


Mari kita berkenalan dengan set mereka.



1. Body Exfoliator Triple Fruition Complex & Jojoba Exfoliator Beads ; 180ml
 [RM 38.00/ After 25% off : RM 28.50]

2. Body Lotion with Triple Fruition Complex ; 180ml
 [RM 50.00/ After 25% off : RM 37.50]

3. Body Wash with Triple Fruition Complex & 100% Soap Free ; 380ml 
[RM 42.00/ After 25% off : RM 31.50]

Total : RM 130.00 / RM97.50 

Mungkin ada yang kata agak pricey lah jugak kan. Well, macam yang aku cakap kat atas lah. Ini produk eksklusif. Tiada di pasaran biasa. Walaupun nampak macam mahal, sekali keluar duit sampai RM 100++, tapi kesemua rangkaian penjagaan badan ni boleh bertahan sehinggu 2-3 bulan. Berbaloi jugak tu sebenarnya! Dan sekarang ni pulak, kalau korang beli melalui Blog Coklateyes, semua item ada 25% off. Jadi total up less than RM 100 untuk semua tu. Nanti kat bawah aku bagitau macam mana nak entitled 25% off tu.... ;)


APA KEBAIKAN & KELEBIHAN PRODUK AVIANCE

Ha, part ni lah yang aku nak cerita. Well, untuk pengetahuan korang lah kan... aku sangat-sangat-sangat susah nak gunakan body lotion. Antara sebabnya adalah, aku tak suka bila berpeluh atau basuh tangan ke apa, rasa melekit. Tapi berbeza untuk Aviance produk. Salah satu yang aku perasan, lotionnya sangat mudah menyerap. Jadi, bila basuh tangan tu tak berapa rasa lah melekitnya. Kan bagus gitu. 

Jadi, apa sebenarnya bahan di dalam set Whitening Moisture Aviance ni?


Kita go through satu-satu ok!


1. Body Exfoliator





KATA MEREKA :

Mengandungi triple fruition complex (Acerola extract, Grapefruit extract & Winter Cherry extract) exfoliator ini membolehkan sel-sel kulit mati untuk tertanggal dan seterusnya membina sel baru yang neutral. Kandungan extract yang kaya dengan vitamin C dan antioxidant boleh buatkan kulit kita nampak lebih muda dan menghindarkan kulit kusam dan rosak.

Manakala untul linseed dan jojoba beads membantu untuk membuang segala kotoran dan sel kulit mati yang diyakini effective untuk menghalang kulit menjadi kering dan seterusnya menyebabkan masalah kulit yang lain.

KATA AKU :

Aku gunakan exfoliator ni lebih kurang dua kali seminggu. Sesuai dengan jenis exfoliator, beads dalam tu memang agak terasa bila kita apply kat badan. Tapi tak menyakitkan. Sebab ada sesetengah body exfoliator bila apply rasa macam pasir pulak digosok ke badan. Keduanya, ia mudah di buang. Just bilas dengan air dah settel. Takde lagi beads yang tertinggal melekat. Untuk pembuangan sel kulit mati, so far takde aku nampak sel kulit mati tu tanggal secara jelas tapi yang aku yakin lepas mandi rasa kulit lebih lembut. Tak kasar. So, kulit mati dah tanggal lah maknanya! 


2. BODY LOTION




KATA MEREKA :

Turut menggabungkan triple fruition extract sebagaimana yang ada dalam body exfoliator, body lotion Aviance sangat menakjubkan. Karotin dalam extact Winter Cherry membolehkan kulit kita dilindungi daripada sinaran UV matahari yang mana ia akan menyebabkan kerosakan sel kulit. Bukan sekadar memberi perlindungan malahan turut memperbaiki struktur dan menguatkan sel kulit baru. 

KATA AKU :

Aku suka body lotionnya. Bau yang sedap, lembut dan tahan lama sebenarnya membolehkan kita berjimat. Sekali pump boleh tahan dari pagi sampai ke petang. Sekalipun kau cuci tangan, tetap boleh bau lotionnya. Teksturnya lembut dan tidak melekit. Jugak, ia mudah menyerap. Macam aku cakap atas tadi lah kan, sekejap je kau apply dalam 2-3 minit dan kering. Kulit pulak rasa halus dan segar. 


3. BODY WASH





KATA MEREKA : 

Body Wash ini 100% Soap-free yang kaya dengan triple fruition extract. Malahan untuk body wash ni, telah ditambah dengan vitamin B3 yang telah diyakini secara berkesan membantu mengawal penghasilkan melanin yang boleh menyebabkan pigmentation. Malahan Vitamin B3 ini jugak telah terbukti boleh menjadikan kulit lebih cerah dan mulus. 

KATA AKU : 

Teksturnya pekat. Guna sikit dan kau campurkan dengan air dan boleh basuh satu badan.  Bila mandi tu, kau pakai body wash ni rasa macam princess tau. Semua sebab bau dia yang lembut. Macam biasa, lepas mandi boleh rasa kulit jadi lembut dan bersih. 


OVERALL & RATING :

Secara keseluruhan lah, aku suka sangat dengan Aviance Whitening Moisture Body Set ni. Bila aku dapat ni, yang lain semua aku tak sentuh. Memang seronok dan best bila dipakai. Memang aku suggest pada mereka yang nak kan kulit lebih cerah, mulus dan sihat. Aku recommend 100%!

Seperkara lagi, kalauu korang perasan aku highlight kan Safety Seal mereka. Yes. Aku suka dengan packaging dan pre-caution step yang pihak Unilever berikan. Barang di masukkan ke dalam satu kotak besar dan setiapnya dibalut plastik serta ada safety seal. Siap bubuh bubble wrap lagi bagi mengelakkan produk rosak. Really awesome! Penghantaran pun hanya 1 hari je. Serius best!

Rating Favourtie : 4/5 ;)


NAK BELI & DISKAUN?

Oh. Lupa pulak aku. Sekarang ni, Aviance ada memberikan 25% off pada setiap produk mereka dan ini adalah KHAS BUAT PEMBACA BLOG COKLATEYES (dengan syarat korang mesti contact person-in-charge untuk beli)

Tak semestinya kena beli one set. Nak beli satu-satu pun boleh dan tetap dapat 25% off. Sebagai contoh, Body Exfoliator tu harga dia RM 42 kan, selepas diskaun tinggal RM 31.50 saje. Berbaloi tu!!! Tambah lagi, dengan setiap pembelian, caj penghantaran menggunakan GDEX hanyalah RM 5 saje ke seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak.

Jadi untuk korang yang berminat nak dapatkan produk Aviance ni kan, jangan malu dan jangan segan, korang boleh hubungi :


person-in-charge
May Yun 

Email : 
novonecloud@gmail.com

Tel : 
019 7765562

Laman web :



p/s: Suitable for all-skin-type ;) 

13 comments:

  1. Assalamualaikum. perghhh macam best gila je produk ni. hehehe tengok awak review produk itu ini, semua rasa nak beli. tapi untuk kulit sensitif, boleh ke? hehehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ingatkan... lupa nak mention.
      this produk suitable for all-skin-types! :)

      sebab dia 100%soap free & natural extract kan...

      Delete
    2. awak, jemput join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html

      Delete
  2. pasni nanie meletup-letup cun gitu.. hehe!

    ReplyDelete
  3. wahh bestnye.Fiza suka gak guna product ada jojoba beads ni..good review anyway :) thumbs up!

    ReplyDelete
  4. Thanks for the wonderful review on Aviance Whitening Moisture Body Care set dearie! Glad that you really like it~! :D

    ReplyDelete
  5. UNILEVER?ayah onie penah keje situ,hehe... produk dia macam best je ni,hehe

    ReplyDelete
  6. suke kalau innanie buat review sebab maklumat lengkap and entry pon seronok dibace..:)

    ReplyDelete
  7. tak ada lah mahal sangat kak ngah oi. Berbaloi dah tu..nak share ngan kawan opis :)

    ReplyDelete
  8. Untung nanie dpat pakai semua produk ni..nak beli tgk duit dulu..hehe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork