Monday, September 9, 2013

Review Ephyra : Testimoni & "Cabaran 30 Hari bersama Ephyra di Blog Coklateyes"

Assalamualaikum semua

Macam biasa lah, ayat aku kan... kalau dah nama perempuan, siapa yang tak nak cantik. Walaupun definisi cantik itu berbeza-beza antara satu orang dengan yang lain tapi basicnya cantik itu adalah menenangkan. Sedap untuk mata kita memandang. Betul tak? Tapi, tak guna kalau cantik kau tu sekadar hanya pada make up semata. Aku rasa, kecantikan hakiki mesti juga ada tunjang dari dalamnya. Baru betul-betul mantap kecantikan tu. Luar dalam nampak sempurna. Eh, samalah macam tagline "Ephyra : Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda!"

Gitu tau intro dia. Yelah, intro mestilah kena hebat sebab produk yang aku dapat kira-kira minggu lepas ni pun produk yang hebat dan bukan calang-calang. Terus terang aku cakap, keinginan aku untuk cuba collagen drink ni dah lama sangat wujud dalam hati. Tapi tu lah tak tahu nak pilih yang mana satu bagus. Alhamdulillah, bila Oceanlife tawarkan untuk 'cuba' collagen drink dari mereka aku tanpa segan silu terus setuju. Gembira. Bukan apa, sebab dah ramai sangat cakap Epyhra ni, fuh... keberkesanan dia...TAK BOLEH LAWAN!!! Memang terbaik lah senang cerita.

Tapi tu lah, ilmu undang-undang mendidik aku supaya jangan cepat percaya dengan kata-kata orang biasa. Kena test power dia dulu. Rasa. Baru tau apa cerita. So,  bermulalah "Cabaran 30 Hari Bersama Ephyra di Blog Coklateyes". 



Mungkin ada yang tak tahu, APA ITU EPHYRA? 

Ephra adalah satu jenis minuman enak yang dihasilkan dengan menggunakan gabungan mantap rumusan hebat alam semulajadi yang datangnya dari seluruh pelusuk dunia. Diperkaya dengan kolagen serta 8 sumber anti-oksida terbaik seperti Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Astanxanthin, Acerolla Cherr, Marigold Flower, Tomato Powder & Superberry,  Ephyra diyakini dan telah terbukti sebagai salah satu sumber untuk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti tinggi. 


Ephyra bukan sekadar menggabungkan kehebatan sumber alam semulajadi, malahan dengan Ephyra ini juga, ramai yang telah merasai dan melihat hasilnya. Ephyra menjanjikan bukan satu-dua khasiat malahan 6 Khasiat dijanjikan :

1. Menganjal & Melembapkan kulit
2. Mencegah jeragat di wajah
3. Menghilangkan jerawat & parut jerawat
4. Mencerahkan kulit & menjadikan tona kulit lebih sekata
5. Melindungi kulit dari sinar UV yang berbahaya
6. Memulihkan kulit rosak, berparut & yang bermasalah



See. See. Bukan ke itu semua memang masalah biasa bagi kita wanita-wanita di Malaysia ni? Aku sendiri mengalami kesukaran untuk dapatkan kesemua atas tu. Tapi, dengan Ephyra...ramai yang rasakan ada perubahan & mula memberikan kesan. Wah!!! Hebat. Malahan menurut pengasasnya sendiri, keberkesanan Ephyra boleh dilihat sekitar 7-10 hari je tau!!!




Well, aku nak share serba sedikit kenapa agaknya Ephyra ni menjadi pilihan ramai orang. Tak kira, lelaki - perempuan semua suka Ephyra. Malahan blogger terkenal, Ben Ashaari pun minum Ephyra ni sebagai supplemen untuk bina badan dia. Wah-wah-wah!!!


Nampak tak, macam mana Ephyra memberi keberkesanan yang berlipat ganda berbanding kolagen biasa yang ada di pasaran hari ni. Pada aku lah kan, kalau dah ada yang terbaik, buat apa pilih yang biasa-biasa. Dapatkan hasil terbaik hanya melalui produk yang juga terbaik. Betul tak?



Bukan itu je, ni ada lagi satu berita gembira. Baru-baru ni Memey Suhaiza, pelakon terkenal dari Johor tu sendiri telah mengakui kehebatan Ephyra ni. Rupa-rupanya Memey ni antara pengguna setia Ephyra dari dulu sampai sekarang ni ha. Laaahaaai, patutlah kulit gebu cantik molek. Ephyra rahsianya!!! 


Walaupun beliau menyusukan anak kecil, Ephyra masih tetap boleh diminum. Yelah, kan semua bahan Ephyra daripada alam semulajadi, so secara tak langsung memang takde effect pada si bayi bila ibunya ambil Ephyra. Malahan, Insya-Allah kelebihan dan khasiat Ephyra turut sama disalur pada bayi. Sebab menurut Memey Suhaiza lagi, Ephyra memperbanyakkan susunya. Jadi Ephyra juga solusi buat ibu yang kekurangan susu badan



Baiklah. Ini juga berita gembira. Bagi peminat Ephyra, ada satu lagi peluang menarik menanti anda. Bermula Septembar 2013 sehingga 30 September ini, satu photo contest telah dilancarkan. Tak payah susah-susah. Korang hanya perlu beberapa langkah untuk TERPILIH dinner bersama-sama dengan Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim. Tak payah slogan mahupun bukti pembelian. Snap aje gambar korang dengan Ephyra. Mana tahu rezeki korang....dapat candle light dinner dengan dua selebriti ni kan! Kat bawah ni ada caranya....


Well. Well.Well. Ini baru intro. Kan aku cakap, ini semua permulaan aku untuk Ephyra. Aku kan tengah run "Cabaran 30 Hari bersama Ephyra". Haaaa kira-kira di akhir bulan nanti, aku akan tunjuk kan pada korang apa agaknya perubahan yang aku sendiri alami. Insya-Allah in details aku bagi. Dari A sampai Z. Kau tahulah, bukan senang kan untuk aku percaya bulat-bulat semua ni... kita kena cubalah baru tahu!!! 


Korang nak join sama dengan aku untuk "Cabaran 30 Hari bersama Ephyra" ni jugak? Boleh! Boleh! Dialu-alukan sangat. Lagi ramai, lagi seronok. Lagi aku suka. Apa lagi cepat dapatkan stok Ephyra korang sendiri dengan MEMBELI SEKOTAK EPYHRA!!!  Hubungi segera :






Nanti kita share sama-sama apa perubahan yang kita alami bersama Ephyra ni ye. Let's start our challenge now!!! :)


p/s: Harga sekotak Ephyra - RM 197 / 30 sachet. Trial pack pun ada dijual tau!





12 comments:

  1. sheda nak try lweh dapat ke huhuhu

    ReplyDelete
  2. Teringin nya nak coba.. Trial pack ada ye.. hmmmm

    ReplyDelete
  3. wah..makin cantikla nanie past nie..:)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. walawehh. nak try gak lah :)

    ReplyDelete
  5. teringin nak cuba jugak, tgu dah kerja nantilah.. hee

    ReplyDelete
  6. wah teringin nak cuba jugak - nak awet muda beb :P

    ReplyDelete
  7. Wowww... Xsbr ni nk tggu hasilnye.. Nk kulit cntik. Bebas cela!! :)

    ReplyDelete
  8. tak sabar nak tunggu testimoni nanie after 30 days nanti..skang banyak sangat product kecantikan ni kan..kena try mana yg sesuai :)

    ReplyDelete
  9. Saya dah nak masuk kotak ketiga..memang puas hati dan akan teruskan penggunaan...

    ReplyDelete
  10. macam best je...macam hot jer hehe...nak try juga lah hu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork