Friday, September 20, 2013

Samsung Galaxy Note 3 Media Launching : Enam Ciri Tambahan Terbaik!

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua


Berpeluang menyaksikan sendiri Pelancaran Samsung Galaxy Note 3 buat ulung kalinya memberikan aku 1001 pengalaman tersendiri yang sangat menarik. Kata orang tu bukan senang kita nak dapat peluang macam ni kan, lagi pulak ianya adalah special invitation untuk media. Lagilah aku bersemangat. Dan... semestinya menunggu kemunculan hero Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Gear sangat mendebarkan!


Dengan ini dipersembahkan kepada anda ............




Sebagaimana yang diterangkan oleh Managing Director Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon, Samsung Galaxy Note 3 merangkumkan teknologi dan aplikasi terkini yang mana ia nya ternyata memberi keselesaan kepada para pengguna. 




fungsi kamera yang sangat hebat 13MP HD

Spesifikasi Note 3 :


  • 5.7" Super AMOLED screen with 1080 x 1920 pixels
  • 2.3 GHz quad-core Qualcomm MSM8974 Snapdragon 800 processor (LTE Model)
  • Adreno 330 (LTE model)
  • 3GB RAM
  • 32GB internal memory with microSD slot
  • 13MP back camera with 4k video recording
  • 2MP front camera with 1080p video recording
  • Color : Black, White, Pink
  • 3200 mAh
  • Android 4.3
  • 151.2 x 79.2 x 8.3 mm
  • 168 grams



  • 1. KEMASAN LEATHER PADA BACK COVER

    Pada aku, ada beberapa specialities pada Note 3 ni yang aku suka. Yang pertama dari segi feature nya di bahagian belakang. Sangat cantik sebab dilengkapkan dengan kemasan leather. Buatkan Note 3 nampak eksklusif dan sesuai untuk mereka yang lasak dan mementingkan keselesaan.





    2. PILIHAN WARNA MENGIKUT STYLE ANDA

    Selain tu kan, aku suka idea terbaru dari Samsung untuk mempelbagaikan pilihan warna pada telefon pintar mereka. Selama ni kan asyik hitam, putih, pink dan maroon kan? So, bertepatan dengan tema Note 3 itu sendiri "Design Your Life", pengguna boleh pilih warna kegemaran mereka. 




    3. MULTI VISION TECHNOLOGY FOR GROUP PLAY

    Next, ini juga antara feature yang menarik minat aku. Dengan teknologi Multi Vision, Note 3 boleh digabungkan bersama-sama dan menjadi satu skrin yang besar. Wah!!!! Menarik kan? So, ramai-ramai yang ada Note 3 nanti boleh tengok movie kat skrin besar.




    4. PENINGKATAN FUNGSI S PEN & AIR COMMAND

    Bagi aku, ini adalah satu teknologi dan penambahan yang bagus. Dengan adanya Screen Write, ia akan lebih memudahkan pengguna membuat kerja-kerja pengambilan nota seperti full screen images, menulis komen pada captured image & mengenal pasti handwritten memo dan semua maklumat akan disimpan dengan baik serta sistematik. 




    5. MULTI-WINDOW FOR MULTI TASKING PERSON

    Biasalah kalau dan handphone canggih, mestilah orang yang gunanya juga kena canggih dan pantas. Jadi, dengan Note 3, pengguna boleh membuka banyak window sekaligus tanpa mengganggu mana-mana window yang lain. Malahan aplikasi drag & drop, copy and pasting information juga boleh dilakukan dengan sangat mudah di antara satu window dan satu window!



    6. HERO & HEROIN

    Yang terakhir, Samsung Galaxy Note 3 tampak yakin bergaya dengan kehadiran heroin-nya Samsung Galaxy Gear. Satu peranti hebat dan smart masa kini yang mana akan memberi lebih banyak manfaat dan kemudahan kepada pengguna. 

    Untuk review Galaxy Gear, tunggu next entry ok! 



    Last but not least :

    HARGA : RM 2399


    p/s: nantikan review partner Note 3 ye!!!



    19 comments:

    1. homaihhh !! naniee....nampak mcm best gila bila tgk youtube note3 ni. mahu satuuu ! hehe

      ReplyDelete
    2. wah ini yang ku nantikan ..harap2 dapat beli tahun ni..kalau bole turunkan harga sikit.

      ReplyDelete
    3. Model Lelaki Hensem utk Galaxy Note 3 mana???

      ReplyDelete
    4. ish..geram terok nih..rasa mcm nak dua. eh satu!!

      ReplyDelete
    5. wootz! laju nya upload. i can't go today huhuhu... nampak nya hero & heroin GALAXY Gear yang jadi topic of the day :)

      ReplyDelete
    6. bestnya nanie dapat pergi sana :) dneo pun berangan nak pakai smart phone ni, bestnyaaaaa

      ReplyDelete
    7. MEmang superb spec dya, mesti maen game, buat kerja secara multitasking tanpa sangkut-sangkutlah kan!, bru syok nak online secara mudah alih..kan kan kan?.. :D

      ReplyDelete
    8. Wah.. Bestnye dpt onvitation n salsikan sndri..
      Dpt satu ni syok online..

      ReplyDelete
    9. ini yg sakit hati ni..bru beli note 2 dh kuar note 3 yg lg best..arghhhh..hbs duit klu nk beli yg baru lg..haha..thanks nanie for the review..:)

      ReplyDelete
    10. Memang fateen minat gila produk Samsung eh? Tengok banyak post pasal brand ni. Macam am dari segi design suka Sony dengan Apple dan jugak Braun, tapi Braun tu bukan syarikat yang buat barang elektronik.

      ReplyDelete
    11. Hebatnya awak dapat pergi event dia..

      ReplyDelete
    12. teringin nak miliki tapi note 1 baru pakai setahun..haha

      ReplyDelete
    13. nih yg nak beralih arah nih..hahahaha

      ReplyDelete
    14. ambooiii,, siap ada heroin lagi sekarang,, kemain :D

      ReplyDelete
    15. Assalamualaikum nanie, melting tengok! huwaaaaaaaaaa best gila :)

      ReplyDelete
    16. Abg eq guna Note 2 dulu. Bila Note 3 harga dah jatuh sikit baru beli. hehe

      ReplyDelete

    Teruskan Memberi Inspirasi.
    Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

     

    Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork