Assalamualaikum semua
Dah alang-alang aku dan team MySelera mencuba Mee Bandung Udang Galah kat Restoran Bisik-Bisik tempoh hari tu kan, ada satu lagi tarikan kat kedai ni. Apa dia? Sate!!!
Orang Malaysia ni salah satu makanan kegemaran mereka adalah sate. Aku sendiri pun suka sate. Sate ni kan lah, pada aku kalau nak sedap ada dua benda yang kena diutamakan. Satu, kuah kacang yang pekat dan sedap. Dua, perapan sate tu terbaik. Jadi mana nak dapat dua elemen ni? Yes, di Satay AK24, korang boleh nikmati sate yang memang terbaik dari ladang!
Satay AK 24 sememangnya tidak asing lagi kalau di Shah Alam. Berbekalkan resipi turun temurun keluarga mentua, pengusahanya Kak Zzet dan suami cuba membawa Satay AK24 ke satu tahap yang lebih tinggi dan lebih dikenali. Hinggakan event terbaru dari Kelab Golf Sultan Aziz Shah (KGSAAS) pun amik tempahan 35, 000 cucuk satay dengan mereka!
Pengalaman berniaga sate daripada keluarga suami Kak Zzet menyebabkan beliau dan suami gigih memberikan hasil dan keenakan yang luar biasa daripada sate mereka. Kuah kacangnya dimasak pekat dan lazat. Perapan satenya juga begitu. Penuh dengan perapan. Manis dan lazat. Memang sedap dan sesuai di makan seisi keluarga!
Dengan harga yang berpatutan, saiz jugak memainkan peranan penting untuk sate. Pada aku, satay AK24 sangat berpatutan dengan harganya juga potionnya. Memang kenalah dengan harga KL-Shah Alam ni orang kata kan.
Kalau korang nak cuba rasa keenakan Sate AK24 ni, ada 3 cawangan yang boleh korang terjah:
1. Restoran Bisik - Bisik, Seksyen 7, Shah Alam
2. Restoran Murjana Maju, Seksyen 24, Shah Alam
3. SK Corner, Taman Meranti Jaya, Puchong
Semuanya hasil daripada perapan yang sama. Sebab semua sate AK24. Untuk mereka yang nak buat event dan tempahan, *penghantaran percuma tau!!!
Boleh hubungi :
Abang Fahmi : 016- 677 7653
14 Inspirasi Dari Pembaca
sedapnya...my feveret satay ni..:)
ReplyDeletesaya menelan air liur... sangat sedap. ! murah lagi tu.. bertuahnya kalau dapat makan.. huhu
ReplyDeletesaya jemput akak join GA ni ya http://nooramyma.blogspot.com/2013/09/1st-giveaway-by-sheila-eiman.html
ooo..kenal2...fahmi ni senior akak masa zaman sekolah dulu..rumah parent dia pon satu taman ngan rumah mak akak..hehe
ReplyDeletelah ye ke.... akak kenal! kalau tahu bawak akak sekali.
DeleteAssalamualaikum nanie! sedap gila, terliur sheila tahu tak. hehehe. lama tak makan satay.. selalu pergi kat Ampang, satay dia besar-besar :)
ReplyDeletekat Ampang kat mana Sheila??? bagitau sikit :)
DeleteSate Willy paling terbaik setakat nie... sejak dan menetap kat kg nie rindu nak makan sate Willy.. Hehehehe !
ReplyDeletetu dia..kalau bab makanan ni memang la suka buat orang lain lapar..haha
ReplyDeletesaya nih memang kaki sate..sedap kot..die amek tempahan 35000 cucuk.tak menang tangan ler nk cucuk..
ReplyDeletesentiasa tergoda dengan entry food blog nanie ni ha..^__^
ReplyDeletesedap ke sate lembu tu. rm0.80 secucuk nampak mahal tapi berbaloi sebab banyak isi
ReplyDeleteMy recent post : Ajaib Tiket Soalan Nuffnang
wah,,, sampai 35k??? memang hebat sangat dah ni,, jelez jelez, terus nak makan sate bila baca entry ni,, hehe
ReplyDeleteOkey, terliur.. Huhu..
ReplyDeleteZON PERMAISURI CHOMEL
sate sedapppp sgt!
ReplyDeletetapi jgn makan kerap sgt sbb dia sangat bahaya. :D
Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!