Tuesday, September 3, 2013

Tips Elak Cemburu Buta Bila Bercinta Dengan Teman Sepejabat

Assalamualaikum semua

Salam Kak Nani. 
Kawan saya bercinta dengan teman satu pejabat. Baru lebih kurang 3-4 bulan mereka bercinta dan nampak serius lah. Masalah yang saya hadapi sekarang ni, teman saya tu cemburu dia kuat sangat! Dengan semua kawan-kawan perempuan (termasuk saya) yang rapat dengan boyfriend dia tu. Padahal dia dah tau, memang dari dulu lagi sebelum mereka bercinta, kami dan boyfriend dia dah berkawan. Apa perlu kami buat? Nak dibiarkan makin menjadi cemburunya. Nak ditegur, takut nanti terus masam muka. Boleh bantu?
Julia ----Kota Bharu, Kelantan 


Masalah macam ni lah kan Julia, pada saya lah memang banyak berlaku. Tak kiralah dalam apa juga organisasi, baik kecik mahupun besar. Jadi, jangan risau. Saya cuba lah tolong mana yang saya boleh. Ini jugak pesanan buat diri saya sendiri. Yelah, pum pang nasihat kat orang, mana tahu esok lusa saya yang jadi orang cemburu buta tu kan....harapnya tidak lah!



Sebagaimana yang Julia cakap, hubungan kawan Julia dan boyfriendnya masih baru. Mencecah 3-4 bulan. Adat orang bercinta, setahu saya lah... di usia awal perhubungan memang begitu. Sikap dan sifat ingin memiliki masih tebal dan memang senang cerita waktu macam tu, janganlah ada orang ketiga mahupun pengacau. Memang matilah kau kena smash. Bukanlah aku maksudkan yang dah lebih 3-4 bulan tu dah tak de perasaan 'cuba mengawal/control' tu, cuma bagi mereka yang dah lepas 6 bulan rasa lebih secure dalam perhubungan. 

Bila seseorang itu berada dalam satu situasi percintaan. Kebanyakkannya perangai seorang manusia itu akan berubah. Totally change. Mungkin cuba mempamer side-side positif di hadapan pasangan. Tak terkecuali jugak sampai ada yang jadi fake.

Oleh itu, dalam kes seperti Julia ni... ada dua bahagian yang perlu di fokus. Satu. Bahagian si polan yang kuat cemburu tu. Dua. Kawan-kawan yang dicemburui itu. Aku go through satu-satu ek. 

BAHAGIAN SI KUAT CEMBURU

Mengikut Julia, si cemburu buta yang dimaksudkan dalam kes ni adalah si girlfriend yang mana mula menunjukkan sikap dingin tatkala boyfriednnya didekati wanita sepejabat yang lain. Ada beberapa nasihat aku untuk mereka yang mungkin berada di part ni.


1. JADI PROFESIONAL

Bila usia kita semakin menginjak dewasa, kita bukan sekadar kena jadi matang dalam berfikir juga sebenarnya kita kena jadi profesional dalam setiap tindakan kita. Kebijaksanaan kita bukan sekadar terletak pada segala mak nenek sijil dan ijazah yang kita pegang tapi jugak terletak pada bagaimana kita mengimplikasi kan diri kita kepada satu-satu keadaan dan situasi. 

Aku yakin dan aku tahu, perasaan cemburu itu memang sentiasa wujud dalam diri mereka yang bercinta tapi, macam yang aku kata tadi, cuba jadi profesional. Jadi seorang yang rasional. Tak kan lah kerana benda macam tu, kita nak merajuk dengan pasangan. Nak bergaduh dengan kawan-kawan. Nak buat muka semua. Matang ke gitu? Buat malu adalah! 


2. HORMAT KOMITMEN PASANGAN 

Walaupun kita ni sepejabat dengan pasangan kita, tapi ketahuilah bahawa tak semestinya skop tugas kita sama. Dan ketahuilah jugak bahawa dalam arena pekerjaan, ada banyak orang luar yang perlu kita jumpa, kenal dan bergaul sama. Bila di pejabat, cuba terapkan dalam diri bahawa pasangan bukan milik kita buat sementara. Anggaplah dia adalah milik bos/client/partner-nya ketika itu. Jangan cuba mengongkong apatah lagi membontot pasangan kita. Buat keadaan nampak natural. Boleh untuk mengawal, tapi jangan lah sampai orang rasa annoying dengan kawalan kita. Semua benda kena report, semua benda kena tahu. 


3. RAKAN @ PASANGAN 

Ini part thriller. Jawapan setiap orang berbeza-beza. Aku tak kisah, sapa jugak yang kau pilih. Sama ada kau nak jaga hati kawan atau nak jaga hati pasangan... pucuk pangkalnya kau jagalah hati semua orang. Perasaan cemburu tu perlu dikawal. Setahu aku lah, lelaki pun rimas kalau terlalu dikongkong. Apatah lagi dalam usia ketika dia membina kerjaya. Sepatutnya kita kena sedar bahawa kita beruntung sebab boleh dikatakan 24 jam pasangan ada depan mata kita. Ye lah, kat pejabat ada. Kat luar ada. Kan senang. Tapi kepercayaan pun kena lah diletakkan jugak. Kena yakin dan biarkan dia 'bebas' dalam pejabatnya sendiri.


4. JANGAN BERKEPIT 24 JAM

Ini jugak banyak yang aku terjadi aku dengar. Bila bercinta satu opis tu, tak payah lah nak dok berkepit 24 jam. Pantang ada masa terluang, muka dia aje lah berdua tersengih-sengih, berkepit bercinta. Jangan macam tu. Mungkin lama-lama orang boleh annoying. Dari situ lah mula nanti kawan-kawan lain naik menyampah. Macam dia sorang je bercinta katanya kan. Fokus jugaklah pada kerja. Itu yang utama!



BAHAGIAN KAWAN SEPEJABAT YANG DICEMBURUI 


1. JANGAN CARI PASAL

Yes, kalau kita ni dah tau mereka tu ada pasangan sepejabat janganlah pulak sengaja cari pasal nak meleset-leset dekat pasangan dia. Sekali lagi, amalkan gaya profesional. Walaupun mungkin pada mata kita seolah-olah si cemburu tadi tu macam tak nampak, tapi who knows! Mata dia ada dimana-mana. So, bila ada urusan, berurusan lah dengan baik dan tanpa syak wasangka. Jangan ada udang di sebalik batu.


2. CUBA BATASKAN PERGAULAN BILA DILUAR

Disebabkan kita juga mengenali pasangan teman sepejabat kita tu, ada elok nya jika di luar waktu bekerja juga kita menjaga adab dan tingkah laku kita. Jangan di opis sopan, di luar meleset dekat pasangan orang tu. Memang confirm lah sapa pun terbakar kan. Maklum lah orang tengah bercinta ni, lain macam sikit. Pantang dicuit. Habis kawan ke bestfriend ke, semua dia dok cemburu sama.


3. JANGAN CEMBURU

Ada jugak sesetengah kawan tu tak dinafikan memang ada sifat cemburu bila nampak kawan sesama ofis mula ada hubungan serius. Tak elok lah gitu. Kita doakan lah mereka semoga kekal sampai ke jinjang pelamin. Jangan diacah-acah hubungan mereka. Jangan diletakkan api cemburu sesama kawan. Kan bagus kalau terbina satu lagi masjid.


4. BERI MEREKA RUANG

Ruang kat sini bukanlah kata ruang untuk sentiasa bersama. Kita ni kan kawan. Kita pun kena lah sedar bahawa kawan kita tu perlu jugak diberi ruang untuk 'bersama-sama'. Bila nampak mereka ada bersama seketika, biarkan. Kita cuba cari masa yang sesuai untuk berbincang pasal kerja. Kata orang tu, pandai-pandai lah bawak diri kan.


5. TEGUR DENGAN BAIK

Namun, jalan terbaik...sekiranya dilihat si kuat cemburu tu terlalu banyak buat hal. Sampai membuatkan ramai yang berkecik hati atau mungkin naik menyampah dengan dia akibat sikap kuat cemburu dia tu kan, ada baiknya jugak kalau ada yang menegur. Tegur dengan baik dan berhemah. Ye lah, kiri kawan yang kanan pun kawan kan. So, kita boleh ajak dia berbincang supaya jangan menimbulkan masalah dalam organisasi. Mungkin dia tak sedar kan. Jadi, itulah fungsi seorang kawan. Menegur bila nampak salah. Memperbaiki diri ketika ada masalah.



Pada aku, tak salah sebenarnya nak bercinta dengan rakan sepejabat ni. Tapi kenalah tahu batasan, komitmen dan bertindaklah matan serta profesional. Jangan diikut sangat perasaan cemburu tu. Lagi-lagi kalau jenis cemburu buta tu. Alahai!!! Jangan lah diikut. Menyampah kawan-kawan lama-lama tau. Bila kawan menyampah atau orang sekeliling mula rasa tak senang hati, kan mengundang bahaya. Mulalah ada doa-doa yang tak baik diminta. Kan tak bagus tu.

Seeloknya, bila bercinta dengan kawan sepejabat, teman-teman pun kita kena consider sama. Jaga jugak hatinya. Beri juga tumpuan pada mereka. Jangan sampai orang cakap, "Dulu sebelum ada boyfren, aku ni lah dibawak kesana sini. Bila dah ada boypren, aku ditinggal!". Kan tak best dah macam tu. Macam aku cakap kat atas, bercinta-bercinta jugak, kerja jangan terabai!

Semoga Julia dapat sedikit sebanyak info dari entry ni. ;)



p/s: Ini sekadar pandangan & pembacaan.


9 comments:

  1. Assalamualaikum. nice tips! hehehhee. pernah juga dapat tawaran kerja satu tempat dengan suami sheila. tapi awal2 kita tolak ;p

    ReplyDelete
  2. dah macam blog motivasi r nanie oi.. hoho.. femes emes dia skrg smpai org minta tips.. :)

    ReplyDelete
  3. boleh jadi pakar cinta ni nanie..congrats awak boleh jadi kaunselor hujah bagus.eh silap..awak kan bakal lawyer haruslah hujah mesti kukuh..cinta,tak perlu nak cemburu sangat.kalau dah dia milik kita,jodoh kita apa nak dirisaukan...lagi difikir cemburu lagi cemburu jawabnya :)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum innanie....tips yang baik boleh la dipraktikkan yer..;)

    ReplyDelete
  5. kadang2 hubungan boleh jadi serius sebab dah selalu sgt berjumpa dan bekerja bersama sama setiap hari. walaupun cuba bersikap profesional tp perasan yg dtg tu dtg tanpa sedar.

    ReplyDelete
  6. baru baru bercinta kan..biaselah tuh bg je ruang untuk dorang..:)

    ReplyDelete
  7. Fuh.. Ble main ngn perasaan ni ssh. Nk plak perasaan wanita..

    ReplyDelete
  8. Tu la sushnyer kapel dengan satu pejbat..banyak bnde kene pikir

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork