Saturday, September 28, 2013

Ulasan Kes Isteri Mat Yo vs Pak Guard

Assalamualaikum semua

Kelas tajuk. Apa ingat ni pengulas sukan? Kehkehkeh. Ah lantaklah. Layan je tajuk aku tu!

Mula-mula tu aku malas jugak nak ulas benda ni. Since dah terlalu banyak kan para penilai di luar sana. Masing-masing ada pendapat tersendiri. Bukan apa, bagus orang Malaysia ni. Kalau ada benda yang viral, semua orang boleh luahkan pendapat. Hak bersuara kan. 


Baiklah, video viral yang tersebar tunjukkan isteri Mat Yo yang poyo tu memang membuka mata semua pihak. Sebenarnya lah kan, apa yang bini Mat Yo buat tu adalah perkara biasa yang rakyat Malaysia tanpa sedar selalu lakukan. Bukan lah bermaksud aku se'kerabat' dengan bini dia tu. Tapi, dari video tu apa yang aku sedar... rakyat Malaysia memang suka langgar peraturan & undang-undang lepas tu cuba tegakkan benang yang basah. Konon, apa yang dia buat tu betul. Bukan satu kesalahan. 

Dan bila keadaan tu berlaku, by crook and by hook kita cuba untuk katakan pihak berkuasa yang salah. Pihak berkuasa yang kononnya cuba timbulkan isu. Padahal kita yang buat masalah. Sebab tu lah, pihak penguasa seperti polis dan sebagainya selalu dilabel dengan pandangan negatif. Orang yang enforce law ni kan... macam-macam yang dikutuknya. Tapi, bila susah pandai pulak nak mintak tolong mereka. 

Kau tengok lah, kalau polis buat sesuatu... eh ada je. Itu tak kena, ini tak kena. Itu salah, ini salah. Memang lumrahnya begitu. 

Itu satu hal. 

Hal kedua. Yes, obviously lah kan. Budi bahasa budaya kita. Alaaaa bukan bini Mat Yo sorang yang tak berbudi bahasa. Ramai lagi rakyat kita memang tak reti berbudi bahasa. Bukan kata dengan orang tua, dengan mak bapak pun sama. Cuma bini Mat Yo ni bodohnya, bila dia pi rakam nak tunjuk dia betul sangat lah tu. So dia silap tang tu. 

Aku dah banyak kali lah jumpa kes orang tak berbudi bahasa ni. Malangnya, semua kes tu melibatkan kaum aku. Malu aku... sedih! Muka cantik, perangan entah apa-apa. Aku lah kan, kalau jumpa orang jenis gitu... dapat je peluang memang aku terus hentam balik. Bukan nak marah-marah, sebab orang macam ni tak guna di lawan. Tapi guna nada sarkastik. Biar panas telinga dia. 

Bukanlah kita ni busy body ke apa, tapi jenis orang macam ni feeling dia tu diva tau. Suka hati boleh herdik orang, pandang rendah orang. Nak tak nak, kita ni kena kasi sedar dia sikit. Jangan over sangat feeling diva tu. Kasi smash sikit. Baru padan muka. Salah satu kes aku pernah smash perempuan cantik tak berbudi bahasa tu... korang boleh baca KAT SINI

Kesimpulannya lah kan... walau siapa pun kita, anak kerabat mahupun anak raja... selagi yang namanya manusia, janganlah sesekali menghina orang muda mahupun tua. Apatah lagi jika ditambah dengan takde bahasa. Muka cantik macam bidadari pun tak guna! Jangan herdik orang ikut suka. Cuba fikir sejenak, kalau lah itu mak bapak kita. Tak ke sedih bila dihina? 




p/s: Mat Yo sila asah skill anda. Bukan sekadar di padang. Juga di dalam rumah tangga!


12 comments:

  1. Zaman sekarang ni, cara nak glamour pelbagai cara... dah tak tahu adab dahnya ramai sekarang ni. Moga beliau insaf atas apa yg dilakukannya

    ReplyDelete
  2. nak tunggu keluar kat melodi nanti

    ReplyDelete
  3. walau sapa pun kita 'budi bahasa budaya kita' walau salah siapa pun bila cakap elok elok kan tak timbulkan kontroversi macam ni.moga takde lagi isu isu macam ni kan.

    ReplyDelete
  4. terlajak sampan boleh undur gear, tapi terlajak upload kat youtube tak boleh nak tutup malu diri sendiri

    My recent post : 7 Hari Seminggu 5 Jenis Baju

    ReplyDelete
  5. harap2 kita masih menjaga adab.. perkara ni jadi pengajaran buat kita semua.. perlu banyak bersabar lalui apa juga keadaan.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan nani...sedih ble tgk video nih...sedih dgn kata kata yg dihamburkan..

    ReplyDelete
  7. Hehehe.. Terbaik ah ulasan ni.. =)

    ReplyDelete
  8. Dia kena sedar dulu, diaorang tu public figure. so apa dia buat memang orang amik kesah, bini dia 23 tahun kot, nak kata tak matang dah kawen.. dari video tu dpt dengar bahasa tak sopan dia macam budak samseng sekolah je bergaduh. sedih betul mat yo dpt bini mulut cenggini T_T

    Apa pun pesanan ikhlas "taste your words before you spit"

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork