Thursday, October 10, 2013

5 Jenis Manusia Yang Perlu Kita Jauhi

Assalamualaikum semua

Biasalah aku selalu cakap, manusia ni dalam dunia ada macam-macam. Bukan sekadar lelaki dan perempuan saje. Yang macam-macamnya adalah tang perangai tu. Haih, kalau kau kaji satu per satu jenis manusia dan perangainya, aku rasa tak cukup kertas kau nak mengarang. Tapi aku tak kesah pun kalau banyak perangai tak menyusahkan orang lain. Ini dah lah buat perangai, menyusahkan orang lain pulak tu. Haaa tu aku geram! Rasa macam ehhh kau tak payah hidup lah. Hidup pun susahkan orang je kerjanya!



Antara beberapa jenis manusia yang tak payah hidup ni adalah : 

1. MANUSIA SELFISH 

Ini kalau aku jumpa aku rasa aku macam nak lempang laju-laju. Selfish, pentingkan diri. Kalau dia punya hal tu, hamboi cepat je buat... semua nak perfect. Mintak tolong orang buat itu ini nak bagi kerja dia nampak bagus. Tapi bila kita punya hal pulak, eh dia lepas tangan. Tak nak tolong langsung. Mentang-mentang dia punya part dah settle kan. Bagus perangai kau. Lagi-lagi kalau kawan yang bila senang dia ada, bila susah dia takde. Lagi aku geram! Hish!

CARA ATASI : 

Sekali dua boleh lah kau bodohkan orang dengan perangai pentingkan diri kau. Kali seterusnya, korang tak payah tolong dia. Buat dek je kalau dia mintak bantuan ke apa. Bukan tak nak tolong, tapi kalau dah tak reti nak bantu orang semula... buat apa ditolong kan? 


2. MANUSIA PEMALAS

Aku pernah baca satu quotes ni lah, tapi tak ingat dari sapa. Penyakit yang paling sukar diubati dalam dunia ni adalah penyakit malas. Memang pun. Manusia kalau dah pemalas, kau nak suruh dia gerak jari pun banyak bunyik. Ada je... itu ini itu ini... alasan dia. Apa susah sangat. Bukannya mati pun kalau kau buat benda tu. Tahan kau layan malas kau. 

CARA ATASI :

Nasihat kat dia, kalau kau malas macam ni... Tuhan pun malas nak bagi kau hidup esok pagi! 


3. MANUSIA BUSUK HATI

Ya Allah. Ini penyakit orang kita. Aku bukanlah nak burukkan kaum sendiri ke apa, tapi memang diakui. Orang kita lah paling ramai ada PHD. Perasaan hasad dengki. Tak boleh orang lain lebih sikit, haa mulalah hati dia tak senang. Mulalah dia tak puas hati dengan apa dia ada. Mulalah burukkan orang lain sebab nak nampakkan diri dia lagi elok. Dan dengan busuk hati ni lah, bomoh-bomoh ilmu hitam masih mampu cari makan. 

CARA ATASI : 

Disebabkan hati ni kita tak nampak, so adalah disarankan kita jangan membalas perbuatan mereka. Biarlah Allah yang balas. Sebab orang kalau dah sakit hati, macam-macam dia boleh buat. Dah tak fikir lagi syurga neraka. Semua dia nampak sama. Asalkan hati dia puas. 


4. MANUSIA BERTOPENGKAN SYAITAN / TIKAM BELAKANG

Aduhai. Dengar tittle pun dah ngeri. Ye lah terus sampai syaitan tahapnya tu. Tapi tak mustahil beb. Kan aku cakap, hari ni ada macam-macam orang. Biasanya manusia jenis macam ni dia kejam dalam cara tersembunyi. Lagi sakit woh sebenarnya. Depan kita baik, belakang kita... macam-macam dia buat. Kau tahulah jenis syaitan ni kan. Tak nampak, tapi tahu ada benda jahat. 

CARA ATASI : 

Orang macam ni, again kita serah je pada Allah untuk membalas. Sebab kita tak nampak kan... dia kan berselindung di balik topeng. Cumanya korang lah kena hati-hati. Jangan sampai jadi mangsa manusia sebegini. 


5. MANUSIA PENGAMPU

Ini aku paling jaki sekali. Orang kata biarlah muka tak cantik tapi jangan jadi pengampu. Dah ramai aku jumpa jenis manusia macam ni. Actually ni pun boleh masuk jenis manusia selfish tu. Ye lah kata orang apa, jaga periuk nasi sendiri je. Pengampu ni yang mengadanya sebab dia berpura-pura baik. Pijak semut pun tak mata. Semua baguslah depan orang yang dia nak ampu tu. Belakang? Dia lah nombor satu mengutuk. 


CARA ATASI : 

Bash je dia depan-depan. Kalau dia puji melangit depan orang dia nak ampu tu, direct je cakap... "Eh bukan hari tu kau kutuk ke benda ni. Kau kata itu...ini... apasal kau cakap terbalik pulak hari ni?" 




Aku ni, walaupun umur baru 24, dah macam-macam manusia aku jumpa. Semua yang atas ni semua aku dah jumpa. Semua aku dah settel kan. Dan memang betul semakin kita dewasa, kawan kita bukan semakin ramai. Semakin kurang. Sebab hanya yang terbaik je yang betul-betul kita boleh jadi dia kawan. Kalau setakat berkawan ada hidden agenda, ada benda yang dia nak dari kita... aku rasa tak layak label orang macam tu sebagai kawan. 

Layaknya orang tu kau habiskan....*gangster nau bunyiknya kan. hahahahaa....



p/s: Bijak berkawan, kita pun senang!



22 comments:

  1. dah jumpe jugak orang orang macam ni..ape ape pun ape yg tak baik orang buat atau bg kat kita,jangan kita balas yang tak baik jugak..kena banyak bersabar dan doa moga Allah SWT lembutkan hati dia..bila kita doa yg baik untuk dia,akan baiklah balasan untuk kita kelak.dengan cara camtu..kita pun senang hati tak simpan rasa dendam or apa apa.kan..ye lah,manusia ni rambut sama hitam,hati masing masing kita tak tahu..kita cuma boleh yang terbaik untuk diri kita jalinkan hubungan yang baik dengan semua orang even musuh pun. :) bagus jugak nanie kongsikan cara atasi hadap orang macam ni.at least orang yang terkena boleh cuba cara ni untuk mengajar mereka.mana tahu lepas tu insaf terus kan..last but not least,garang kakak nanie kita ni..as usual,bakal lawyer kena tegas..kan..barulah cara orang kata.

    ReplyDelete

  2. Assalamualaikum..salam ziarah!!

    Jemput ziarah blog saya ;)
    http://supplementforall.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Manusia ni memang banyak ragamnyaNanie.. Kita sendiri pun kadang2 tak perasan mungkin ada sikap or kelakuan kita yang orang tak suka.. Tapi dah nama pun manusia kan, buat macam mana pun pasti ada silap kat mana2.. Just ignore jer manusia2 yang berpenyakit perangai tak semenggah ni.. Janji kita jaga sikap & perangai kita supaya tak jadi macam diorang.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  4. ya..setuju ngan statement nanie tu..:)

    ReplyDelete
  5. baguslaa... ia ada cara nak hadapi diorang yea....nasib baik tak suruh naik court... hehehehe

    ReplyDelete
  6. pernah jugak jumpe ngan org mcm ni
    dah la diri ni sensitif, cepat je terasa hati

    ReplyDelete
  7. mmm,, sedeyh ngan kawan yang suka mengutuk di social media and depan kita terus baik,, tak tahu la golongan mana satu dia masuk,, huhuu

    ReplyDelete
  8. Saya dah biasa dengan jenis manusia macam Nani nyatakan tu. Sakit hati dan sedih tapi sabar je la. :)

    ReplyDelete
  9. Assalammualaikum..bagus penerangan nie.. pjg lebar tu.. orait...

    mselim3

    pls: ziarah sini..

    ReplyDelete
  10. yang penting kena pandai handle bila berdepan dengan orang mcam di atas. nice wallpaper lelaki tu..

    recent post : CNBLUE Jadi BBF ke 250

    ReplyDelete
  11. Hehe..semua da setel kn? Tu ayat paling best...tp klau takot nk atasi mcm mane pulak..ap2 pown mmg ske post nie..lg2 kat tmpt keje jumpe bnyk org...segale mcm prangai ad...yg xde pown leyh wujud...moge sy dijauhi dr sifat2 manusia mcm nie...

    ReplyDelete
  12. Yang terkesan kepada saya no 2. Baca cara utk atasi nya memang sentap jugak lah. Tapi betul tu.

    ReplyDelete
  13. tips untuk cara atasi yang terbaik tuu.. ekekeke.... ya betul, bijak bekawan kita pun senang.. kalau ada kawan penuh dengan aura -ve jangan dekat.. :)

    ReplyDelete
  14. smua org2 d atas ada j kat keliling kita kan..
    harap2, kita xla trgolong..

    fuh! yg pmalas tu lah paling

    ReplyDelete
  15. manusia memang tak lepas dari semua tu..cara nanie tu ada betulnya..lagi senang cakap direct trus tersentap dia..haha

    ReplyDelete
  16. saya bila baca ni... betul juga tips tu.... tapi satu kelemahan saya... bila ada bab2 hentam kita ni... saya tak sampai hati nak balas balik... walaupun dalam hati... marah tu... buka main... je.... mulut ni... mcam tertutup je....

    ReplyDelete
  17. adeii...letih dengan manusia macam 5 kategori ni..yg paling xsuka kwn yg selfish..yg suka jaga kepentingan dia sahaja.sabar je laaa

    ReplyDelete
  18. Kan. Paling menyampah bila nk minta tolong tu lembut gigi dari lidah. Tapi lepas tu kaw2 dia kutuk, dia buruk kan kita. Hipokrit.

    ReplyDelete
  19. Salam. . .diam itu lebih baik. .

    ReplyDelete
  20. betul betul betul

    ReplyDelete
  21. Salam... Kalau dia seorang penipu macam mana??

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork