Sunday, October 13, 2013

7 Sebab Kenapa Lelaki Berusia Lebih Hot

Assalamualaikum semua

Bercinta dengan lelaki lebih matang dan berusia bukan lagi satu fenomena baru. Malahan ada yang kata memang trend perempuan sekarang suka dengan lelaki yang berusia. Ramai yang tanya, kenapa? Apa bestnya bercinta dengan lelaki berusia ni? 

Salah seorang pembaca Blog Coklateyes PM aku, tanya soalan macam ni : 

Aku ni lelaki, umur awal 20-an. Sampai sekarang aku takde awek. Ex-ex aku semua pilih lelaki yang lebih tua dari dorang. Baru ni, aku clash dengan awek aku umur 22. Sebabnya dia pilih lelaki umur 30++. What's wrong with all these girl? Apa hebatnya lelaki tua berbanding lelaki muda macam aku ni? Kau bagitau sikit. Confuse aku!
 Ikhlas,Lelaki Hot Tapi Single.




Heheheh. Macam biasalah... aku senyum je bila dapat email macam ni. Well, bukan senang sebenarnya orang lelaki nak berkongsi masalah dan bertanya. Jadi, its really my honoured to answer this question.

Baiklah Lelaki Hot Tapi Single (LHTS), ini jawapan aku....

Berdasarkan, pengalaman juga pembacaan dan mungkin jugak pemerhatian, aku boleh klasifikasikan masalah LHTS ni sebagai satu masalah konflik dalaman. Aku boleh faham apa yang LHTS rasakan. Maklumlah, kalau perempuan tua turun harga tapi apasal lelaki tua naik harga?

Selain daripada jawapan cliché matang, lebih stabil dari segi kewangan, pandai memanjakan dan tak panas baran... ada lagi hidden answer kenapa kaum wanita hari ni lebih memilih lelaki berusia.


1. Seorang lelaki yang matang tahu apa yang dia kehendaki dan biasanya mereka berusaha ke arah itu. Semenatara lelaki muda hanya memerlukan sesuatu untuk keperluan mereka saje. Biasanya mereka hanya memikirkan soal diri sendiri dahulu barulah orang lain. Berbanding lelaki matang yang biasanya mereka memberikan priority kepada kaum wanita terlebih dahulu

2. Seorang lelaki yang matang akan memikirkan masa depan mereka dan akan cuba sedaya upaya untuk membina based atau platform yang mantap untuk kehidupan yang baik pada masa depan. Berbanding lelaki muda, mereka diibaratkan sebagai "life in the moment" dan lebih memikirkan keseronokan sementara. 

3. Lelaki yang matang selalunya mencari seorang perempuan yang independence, supportive, bijak dan mampu memberikan mereka masa depan yang baik. Manakala lelaki muda biasanya memilih perempuan secara luaran iaitu hot, wild & exciting

4. Lelaki yang matang tahu seorang perempuan itu yang terbaik untuknya dan akan berusaha mencari inisiatif untuk cuba mengenali mereka berbanding lelaki muda yang biasanya suka guna taktik mengorat dan kalau bertuah mereka dapatlah!

5. Lelaki yang matang tahu waktu & keadaan yang sesuai untuk mereka bersosial berbanding lelaki muda yang biasanya menghabiskan masa untuk sentiasa bersosial. 

6. Lelaki matang biasanya mempunyai integriti yang tinggi. Mereka akan lebih firm dalam berkata-kata dan lebih tegas. Kerana menunjukkan kematangan dan pemikiran mereka. Manakala lelaki muda biasanya berubah-ubah dalam pemikiran dan tidak tetap dalam pendirian. 

7. Bagi lelaki matang, mereka lebih suka untuk memberi komitmen dalam setiap apa yang dilakukan bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam sesuatu. Tapi bagi lelaki muda, mereka gemar mengambil kesempatan dalam sesuatu perkara dan biasanya bila dah tak ada baru mereka menyesal. 



Haaa... apa macam LHTS? Anda rasa anda masih dimana? Letakkanlah diri anda dan cubalah menjadi lelaki yang matang. Dan pada saya, matang tidak semestinya bergantung pada umur. Sebab ada jugak lelaki yang dah tua tapi tak matang.

Sebagai perempuan, sebenarnya bukanlah kami ni suka untuk mengecewakan atau memilih yang berduit saje... tapi kata orang perkahwinan, hubungan dan soal hati perasaan ni memang melibatkan pemilihan yang terbaik. Kami tak nak hati kami disakiti. Kami tak nak orang ambil kesempatan dan sekadar memerlukan kami bila mereka sunyi. Kami mahukan diri ni disayangi, dilindung dan dihargai. Dan kebiasaannya... lelaki matang ada semua ciri tu... sebab tu kami lebih memilih lelaki matang.

Nasihat aku, untuk kaum lelaki... jadilah yang matang. Yang matang itu sentiasa ada harga di mata kami... ;)


Tapi kalau lelaki tua nak tambah kuota tu... hmmm perempuan kena jaga-jagalah ye!

Wallahualam.



p/s: Sekadar pandangan aku... juga peringatan buat kita semua.



29 comments:

  1. haaa, part nak tambah quota tu mmg kena berhati-hati, kang tersauk laki orang buat naya je :p

    http://archereverdeen.blogspot.com/2013/10/etude-house-dear-girls-oil-control-pact.html

    ReplyDelete
  2. gua minat wanita tua dan kaya...hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ceh , boleh bahagia ke hidup tu cik abg dengan harta?? tak bleh bawak ke kubor pon

      Delete
  3. betul tu nanie..sebagai perempuan kita memang nak yang terbaik untuk kita kan.kalau lelaki muda tapi cukup matang why not kan.then kalau lelaki matang yang dah beristeri tu better jauhilah segera..perkahwinan ni bukan benda remeh yang sekejap je..kena fikir untuk masa depan,haruslah pilih yang betul :)

    ReplyDelete
  4. nice entry.. mungkin berguna time nanti

    ReplyDelete
  5. ehhh.. yeke ni.. camtu umr 40 br nk kawen la.. hahahhaha

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan semua point-point tu. :)

    ReplyDelete
  7. memang betul lah ciri-ciri lelaki muda yang kak nanie sebutkan tu.. tapi kalau lelaki tua tak pernah ada pengalaman lah pulak.. ape2 pun jodoh itu rahsia Allah :)

    ReplyDelete
  8. Yup sebab tu nad lebih prefer yang lebih matang..nad pun de tulis entry berkenaan ni

    ReplyDelete
  9. Bila cerita pasal matang, ni tertanya kat aku bila nak matang nie...hahaha, macam budak kecik!

    ReplyDelete
  10. Memang beruntunglah para wanita memilih lelaki seperti yang digambarkan di atas!

    ReplyDelete
  11. matang tak semestinya tua. sebab ada je lelaki muda yang matang dan lelaki tua yang kurang matang. (berdasarkan pengalaman, pemerhatian & pembacaan)
    cuma lelaki tua ni selalunya financially & emotionally stable; while lelaki muda biasanya baru nak build up career & agak cepat naik darah (darah muda la katakan). dan perempuan pulak prefer pasangan yang boleh protect dorang..someone they can boleh rely on.

    ReplyDelete
  12. owh.. saya ni hot!!! walaupun saya muda laaa gak..

    ReplyDelete
  13. aku tak reti nak ngorat2 ni.. skang dah nak tua dah.. hahah~

    nice entry..

    ReplyDelete
  14. that's right! ni tak, asyik bergaduh pasal hal remeh temeh je. n tak habis2 nak enjoy

    ReplyDelete
  15. From my experience i pernah ada la ada ex bf muda dl..honestly laki yg muda mmg x matang and more materialistic..ckp pun kejap sana kejap sni pendirian x berapa nak tetap and lelaki muda kurang matang sbb unsure about their future..klu pengalamn bercinta dgn lelaki yg berusia skit mereka ni lebih tau apa yg mereka nak for their future..more caring loving..so sweet..thumbs up utk lelaki yg berusia skit sebab derang seyes matang and x bnyk songeh..senang nak jaga and communicate..sbb cepat faham.haa getteww..

    ReplyDelete
  16. Setuju dgn nuha:)

    ReplyDelete
  17. I had known a friend 30 an. well beza umur kami lebih 10 tahun but still can be friend right? thats nothing wrong with that except he was too gatall nak mampos even da ada bini... & perangai/sikap x matang lgsung! yurkkk.. 20an is better than him. So, I juz thought that it also depend on ourself la.. I have known many 20an men that were mature & always think bout how to improve their life.. & also funny too..hehe..

    ReplyDelete
  18. Lelaki matang sexs life hebattt..,.. Dh terbukti

    ReplyDelete
  19. Betul la tu. saya sokong kebenarannya 97%, lagi 3% boleh kita abaikan sbb mana ada manusia ni perfect. Saya berkata mengikut pengalaman sendiri, saya mempunyai gf yang berusia 26 tahun dan saya berusia 45 tahun. Sebagai lelaki kebanyakan akan mula matang pada usia 30 tahun lebih, dan bila berumur 40 tahun mereka akan lebih stabil baik dalam karier, financial, pemikiran dan sifat penyanyang serta komitmen samada dalam kerjaya mahupun perhubungan. Kami yang berusia 40an dan keatas selalunya berfikiran jauh dan bukan hanya mudah menabur janji, mungkin kerana kami lebih pengalaman dalam hidup dan tahu menilai sesuatu dgn sewajarnya.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. salam , sy berumur 23 , kini sedang berkawan dengan lelaki 41 tahun , sy da pernah menolak tapi dye tetap berusaha msg sy dan pujuk sy , kini hampir 2 minggu kami kapel . walaupon dye mempunyai title dan berharta , tetapi sy takut parrents sy kekok kerana beza umur bf sy dan parents hanya beza 3 tahun .keluarga bf sudah mula sukakan sy . mcmmane ?

    ReplyDelete
  22. Tidak smua lelaki berusia tu helok. Ade jga yg amik kesmptan. Pokok nya skrng kite kene pndai menilai lelaki tu baik dn sesuai ke tak dgn diri kite. Mnta petunjuk dr Allah swt. Inshaallah... :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork