Thursday, October 24, 2013

Blackmores & Kaedah Naturopati : Membongkar Kuasa Penyembuhan Alam Semulajadi

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua

Aku percaya dalam kehidupan yang sibuk hari ni, memang ramai di antara kita yang ambil supplement. Supplement diyakini mampu memberikan badan kita vitamin-vitamin yang mungkin tak cukup kita dapat daripada pemakanan. Malahan, supplement jugak sebagai salah satu dinding protection dan langkah pencegahan awal bagi mengelakkan penyakit yang lebih serius. 

Tapi, sejauh mana kita tahu supplement yang kita ambil sehari-hari tu memang diperlukan dan bersesuaian oleh badan kita? Macam mana nak tahu supplement mana yang sebenarnya diperlukan oleh badan kita?


Well, disebabkan itu Blackmores Malaysia telah membawa masuk satu sistem penjagaan kesihatan yang dinamakan Naturopati. Kaedah Naturopati menggunakan iris mata kita (iridologi) sebagai satu "alatan" untuk mengenal pasti potensi, kelemahan dan masalah dalam badan kita.

Kiranya, nak senang dia macam scan anak mata kita tu & tengok tahap kesihatan kita.  Kalau selama ni, kita tahu hanya dengan tapak kaki je kan boleh kenal pasti penyakit-penyakit serius, sama lah konsepnya dengan Naturopati ni... bezanya dengan guna iris mata. 

What is Naturopath : 
  • A philosophy of life and approach to living a lifestyle as close to nature as possible
  • A system that focused on building health and promoting the body's natural self-healing process via holistic health education

Secara asasnya lah kan, Naturopati ni menyelongkar kuasa penyembuhan semulajadi korang dari dalam diri sendiri. Kiranya, kalau kita ada satu-satu penyakit tu, ubatnya ada dalam diri kita sendiri. Memberikan kekuatan spiritual, emosi dan fizikal secara menyeluruh dan melawan penyakit dengan penjagaan kesihatan yang bagus. Naturopati akan mengajar kita untuk kembali kepada alam semulajadi dan menggalakkan proses penyembuhan semulajadi tubuh ke arah kesihatan yang optimum. 

Dua minggu lepas, aku dan 5 blogger lain telah berpeluang merasai sendiri bagaimana kaedah Naturopati ini dilakukan. Sebelum di bawa ke satu cafe eksklusif di The Gardens, kiteorang semua dibawa melawat ke Concept Store Blackmores yang pertama di Mid Valley. (bersebelahan Maybank, LG)




Lepas dah selesai, baru lah kiteorang di bawa berjumpa dengan pakar-pakar Naturopati. Mula-mula tu memang semua orang nervous. Ye lah, tak tahu macam mana sebenarnya Naturopati ni beroperasi kan. First time dengar lagi pun...takut jugak. Mana tahu sakit ke, apa ke... Sesampainya kiteorang kat situ, wah... memang nampak eksklusif dan cosy sangat cafe tu diubahsuai. Relaxing & calm.


Paling best, kat cafe tu dibahagikan kepada  3 section. Ada section untuk art, thai massage & naturopath session. Sambil-sambil tu boleh makan-makan dan minum-minum. Memang eksklusif. Sebab hanya kami berenam je!!!

Section 1 : Thai Massage from Odyssey Thai Massage & Spa

Fuhyoh!!! Ini part paling aku suka. Dua round aku bantai. Mana taknya, tukang urut tu memang original orang Thai, aduhai sedap dia bukan main. Memang terasa lah sekali dia picit tu. Memang kena dengan point-point otot stress aku. Lega rasa!  





Section 2 : Karikatur Art 

This is my first time. Hehehe...comel gila abang ni lukis muka aku. Senang dan laju je dia buat. Memang berseni betul lah! Part dagu tu aku suka. Sharp!





Section 3 : Naturopath Consultant 

Part ini yang mula-mula buat aku nervous. Aku antara orang yang terakhir di consult. Tengok dulu macam mana kakak-kakak aku buat. Ada kak Sabby Prue, Tammy, Caroline, Ami Schaheera & Fatin Feisal. 


Ada 3 orang naturopaths experts diberikan kepada kami. Untuk aku, namanya Esther Peh. Berkelulusan daripada Phd dari Nutritional Therapist dari College of Naturopathic Medicine, UK. Dia betul-betul bagus.

Suka aku dapat consult dengan dia. Dia approach dengan cara yang bagus dan sentiasa beri rangsangan pada aku untuk dapatkan gaya hidup sihat yang bagus. Takde condemn-condemn ni. Maklumlah, orang plussize macam aku ni hal sensitif of course lah pasal berat badan kan. Dia bagus, assist aku dan hormat aku dengan baik untuk dapatkan berat badan ideal dan penjagaan kesihatan. 

nampak tak garis dalam iris mata aku? semakin tebal, semaki berisiko. 
Naturopati ni berfungsi dengan cara scan iris mata kita. Daripada iris mata, pakar boleh tahu apa masalah badan kita sekarang dan in future. Mereka tahu dengan cara melihat garisan-garisan pada iris mata kita. Semakin tebal garis mata tersebut, makin tinggi risiko kita untuk sesuatu penyakit tu. 

Untuk makluman korang jugak, mata sebelah kanan mewakili jurai keturunan mak dan mata sebelah kiri sebelah ayah. Jadi kalau genetik kita ada sesuatu penyakit, dari iris mata kita boleh tahu risiko kita macam mana. 



Esther tanya macam mana dietary kita, lifestyle kita, sleeping pattern, stress level, dan jugak penyakit-penyakit yang keluarga kita hidap. Daripada garisan mata tu, dia akan refer pada eye chart dan akan terangkan sejauh mana risiko kita. 

eye chart
Kemudian, bila dia tengok masalah-masalah dan risiko yang mungkin kita ada, Naturopathi akan suggest pada kita supplement mana yang sesuai dan sangat-sangat kita perlukan. Haaa nampak tak kat situ macam mana Naturopati membantu kita mendapatkan supplement yang terbaik dan betul-betul kita perlukan. Takdelah, kita ambil secara random dan kemudian ianya tak bersesuaian. Dengan cara ini & mendapat supplement yang diperlukan secara tak langsung, risiko penyakit-penyakit tadi dapat dikurangkan dan dikawal dengan baik. 

dengan Esther Peh, my Naturopath Experts 
Macam aku, masalah yang aku hadapi adalah dari segi stress level, menstrual cycle dan migrain & cramp. Jadi, Esther cadangkan aku ambil 3 supplement yang bersesuaian dengan keperluan aku iaitu Evening Primrose Oil (EPO), Magnesium & Omega Fish Oil. 


Terima kasih banyak-banyak pada Blackmores kerana berikan aku peluang untuk explore dan merasai kaedah perubatan Naturopati ni. Selain daripada penggunaan bahan-bahan semulajadi dalam setiap produk Blakcmores ni, kaedah sebegini juga menyebabkan kita lebih sihat dan cenderung untuk menjaga kesihatan dengan baik sebab pendekatan yang diambil sangat-sangat memberikan dorongan yang positif. 



Bagi mereka yang berminat untuk mencuba kaedah Naturopath ni, caranya mudah. 
  1. Beli baucer bernilai RM 100 daripada Blackmores Concept Store di Mid Valley
  2. Buat temujanji dengan Naturopath Experts. Untuk Mid Valley, Naturopath experts  akan datang bermula Jumaat - Ahad jam 4.00 petang hingga 7.00 malam. 
  3. Selesai consultation dengan Naturopath, baucer RM 100 tu boleh ditolak dengan pembelian supplement dari Blackmores. Contohnya jumlah supplement yang diperlukan RM 150 - RM 100 (baucer) = RM 50 je yang perlu korang bayar lagi. 
  4. Boleh follow-up selepas 2-3 minggu selepas pengambilan supplement

Mudah kan? 

Aku rasa memang patut kita semua guna kaedah ni. Mudah, tak melibatkan kos yang banyak, menyeluruh, memberikan cadangan yang bagus untuk kita, memenuhi keperluan diri kita dan paling penting ianya telah terbukti berkesan dan 100% penggunaan bahan semulajadi.


UPDATE: 

Last week, akak aku berminat untuk mencuba kaedah ini. Aku pi teman lah kan. Alhamdulillah, dia gembira cuba kaedah ni. Lagi-lagi bila suggestion mengenai pengambilan supplement yang betul. ;)

My sister during the scanning session. Naturopath Expert : Alisha


Semoga kita semua dapat kesihatan yang bagus dan berkualiti.



Facebook Blackmores :

Website : 

Address Concept Store :
 Mid Valley Megamall, Lower Ground Floor (Beside Maybank)



6 comments:

  1. menarik jugak produk blackmores nih , wat mase nih supplement yang CP amek vit C, E, multivit...

    ReplyDelete
  2. wah..baru tahu dr mata leh tahu... sgt teurja tuk try tpi jauhnya nk check...

    ReplyDelete
  3. Interestig la.. Nanti kalau turun KL leh cuba kaedah ni.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  4. BBL memang ambil supplement dengan blacmores ni. walaupun mahal tapi berbaloi dengan khasiatnya

    ReplyDelete
  5. interesting dengan tempatnyer..ade tiga session..yang paling penting ade pakar kat situ dan bagitau apa supplemnt yang kit apatut amik

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork