Thursday, October 31, 2013

Bloging 101 : Review Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner

Assalamualaikum semua

Its a time to review beauty product!!! Last two weeks aku dapat satu parcel dari Natta Cosme. Cantik gila box dia sebab ala-ala vintage style gitu kan. Alaa kalau nama perempuan, bila dapat barang comel mesti gembira.  Termasuk aku!



Bila bukak, yeay!!! Ada banyak lagi barang comel rupanya. Haih pandai betul Natta Cosme ni memikat hati gadis ayu macam aku. Heheheh... So, what is inside?



INSIDE THE BOX 

1. Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner
2. Cotton pad
3. Egyptian Magic All Purpose Skin Cream
4. Natta Cosme Capsule (Just like a fotune cookies...)
5. Information card

Baiklah sebelum aku cerita lagi panjang, mari aku bagitau mana aku dapat product ni. Sebenarnya, review beauty product ni merupakan batch pertama untuk Project Bloging 101 Natta Cosme X The Butterfly Project. Tugas kami adalah, belajar cara-cara nak review satu-satu produk kecantikan dengan baik dan hebahkan pada public dan pembaca blog. Untuk kali ni, product yang nak di highlight ialah : 

Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera Toner




Diperbuat daripada Witch Hazel Shrub dan beberapa lagi campuran bahan-bahan semulajadi, produk premium daripada Thayers ini telah lama memonopoli pasaran dan mendapat kepercayaan daripada pengguna. 



Dengan beberapa kebaikan yang diberikan, ianya cukup menjadikan kulit muka kita lebih lembut, lebih remaja serta lebih bersih. Malahan bau rose nya boleh dijadikan satu terapi teraputik untuk kita. 



Ada 6 SEBAB KEPERLUAN TONER dalam penjagaan kecantikan :

1. Mampu mengecilkan pori-pori pada kulit muka
2. Menstabilkan tahap pH 
3. Memberikan satu lapisan perlindungan dari sinar UV & pencemaran
4. Menyegar dan meremajakan keanjalan kulit muka
5. Membersihkan sisa-sisa kulit mati serta kotoran pada muka
6. Mengawal pertumbuhan bulu-bulu pada wajah



TESTIMONI SENDIRI

Aku selalu gunakan toner ni selepas remove make up. Sebabnya aku yakin yang toner boleh membuang segala lebihan dan sisa-sisa kotoran pada muka. Its like a double-cleanser untuk aku. Bau ros yang ada pada Thayers Toner ni memang best. Lembut dan menenangkan.

Walaupun dia tulis Alcohol Free-Toner, tapi aku dua tiga kali jugaklah rasa macam pedih kat muka. Lagi-lagi part ada kesan atau bukaan jerawat tu. Pedih dia takdelah sakit sangat. Mungkin tindakan bila kena luka kan. Selepas pakai Thayers Toner ni memang rasa kulit wajah lebih segar, lembut dan bersih. I can feel it...

Selain daripada tu, apa yang menarik lagi...toner ni didatangkan dalam size yang besar iaitu 335ml. Jadi lebih jimat dan lebih tahan lama. Harganya RM 45 sahaja. 


Dengan packaging yang comel ala-ala vintage, toner yang best dipakai untuk membersih muka dan meremajakan kulit, rasanya tak salah untuk Thayers Rose Petal Witch Hazel with Aloe Vera dijadikan produk must-have untuk setiap wanita. Bukan sekadar ada bau rose, actually di Natta Cosme korang boleh dapat pelbagai lagi pilihan aroma.


Jika korang berminat dan nak dapatkan satu, haaa ada lagi berita gembira. Ni haaa.... Natta Cosme memberikan diskaun sebanyak RM 5 dengan setiap pembelian berjumlah RM 50. Dengan syarat, korang gunakan code LOVEBT. Expired pada 15 Januari 2014.


Haaaa apa lagi, aku dok usha jugak ni produk-produk kat Natta Cosme tu. Banyak produk menarik. Lagi-lagi make up tools mereka. Murah & menarik!

Jom kita usha Natta Cosme ye...


FB : 

Website : 




p/s: Terima kasih Natta Cosme & The Butterfly Project 



4 comments:

  1. bagus jugak kan...suka tanggalkan makeup guna toner..lagi bagus..

    ReplyDelete
  2. sekarang nak cari penanggal mekap yang tak rosakkan muka je

    ReplyDelete
  3. actually toner tak bagus utk tanggalkn makeup..cara yg salah..sbb toner fungsinya ketatkn or kecilkan liang roma...bila kita nk remove makeup, kita mst nk buang sgala daki n sisa yg ada trmasuk yg dalam2 kn..
    so mmg kena guna makeup remover..
    klau guna toner dia akn tutup pulak pores kita..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork