Thursday, October 10, 2013

Kempen Philips Malaysia : Innovation That Matters To You & Menang Hadiah Menarik!!!

Assalamualaikum semua

Kat Malaysia ni, espescially KL lah, aku perhatikan tahap kesihatan dan kualiti alam sekitar semakin hari semakin teruk. Sebagai orang biasa, aku join beberapa badan NGO untuk membantu memulihara dan memelihara alam sekitar. 

Tapi kan beb, tugas memelihara alam sekitar ni bukan sekadar terletak pada bahu pihak NGO dan kementerian yang berkenaan saje, kita semua sebagai rakyat Malaysia perlu berganding bahu untuk menjaga alam sekitar. Alam sekitar yang sihat akan memberikan kehidupan yang berkualiti untuk kita. 

Jadi, ini masanya untuk korang pun turut sama dalam membantu menangani masalah alam sekitar dan menjadikan Malaysia khusunya lebih hijau dan lebih sihat!

sumber gambar : ohfishee

Baru-baru ni, aku dan 30 Butterflies team dari The Butterfly Project telah terpilih untuk berkolaborasi bersama Philips Malaysia dalam projek terbaru mereka, "Innovation That Matters To You". 



Bertempat di The Pressroom, Bangsar Shopping Centre kami semua di beri penjelasan mengenai kempen ni. Kempen yang mana bertujuan untuk menjadikan kehidupan kita di masa hadapan lebih berkualiti dan sihat. 


Sebagai salah sebuah syarikat perniagaan terkemuka negara, Philips Malaysia melancarkan kempen ini sebagai salah satu community service mereka untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat. Philips memerlukan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia untuk bersama mereka berkongsi idea, mencurah pendapat dan idea yang terpilih dan bernas akan direalisasikan oleh Philips sendiri. 

Target Philips Malaysia melalui kempen ini adalah :

"We strive to make the world healthier and more sustainable through innovation" dan seterusnya menaiktaraf lagi kualiti 3 bilion penduduk bumi pada tahun 2025.

Fokus Philips terbahagi kepada 2 bahagian :





Jadi, apa caranya korang boleh bantu Philips dan rakyat Malaysia untuk dapat Healthy Homes dan Safer Cities? Mudah je... dengan berkongsi dan berikan idea bernas korang macam mana Healthy Homes & Safer Cities boleh dicapai.




Haaa nampak tak? Memang mudah? Apa je idea inovasi yang korang terfikir dan korang rasa boleh bantu rakyat Malaysia untuk hidup lebih sihat dan berkualiti, korang boleh salurkan dan bagitau pada Philips Malaysia. Caranya :


(klik tab SUBMIT)


TWITTER@PhilipsMY 


Macam mana nak dapatkan idea?

Well, sebenarnya idea tu boleh datang dari pelbagai cara. Kadang-kadang disebab kan ia adalah satu masalah untuk kita, dari situ boleh timbul idea. Paling penting, idea korang tu mestilah ada 3 kriteria utama :

1. Realistic - practical to implement
2. Sustainable - demonstrate long term viability
3. Benefit many, not a few - more people will benefit from it

Semasa launching tu, kami semua para blogger kena contribute satu idea! Fuh, berpeluh dahi perah otak....





Untuk malam tu, 3 blogger dengan idea terbaik telah dipilih sebagai pemenang. Dorang semua bawak balik hadiah dari Philips yang memang awesome gila!



Dan part paling menarik....bukan blogger je boleh bawak balik hadiah,  sekiranya idea anda terpilih sebagai antara yang terbaik, hadiah menarik menanti korang lah!!!


Fulamak!!! Memang best kan? Apa tunggu lagi? Cepat-cepat contribute green ideas pada Philips dan kemudian tweet mengenai kempen ni dengan #innovationthatmatterstoyou & #PhilipsMY. Ok!!!


Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu!




p/s: Hadiah dari Philips, aku dapat lampu tidur kecik yang comel :)






8 comments:

  1. wah menarik ni.masing maisng come out dengan idea yang bagus.Kena fikir jugak ni bagi menghijaukan bumi kita ni..bagus gak philips buat macam ni kan..so kira berbaloi la kan join. :)

    ReplyDelete
  2. menarik tapi macam mencabar je nak fikir-fikir nih .... btw tahniah sebab ada usaha untuk memulihara alam sekitar nih , thumbs up !

    singgah pagi kat sini , jemput ke blog :D

    ReplyDelete
  3. wah..bestnya nanie....tahniah dapat lampu tido kecik..:)

    ReplyDelete
  4. Menarik ni..terasa macam nak join..tapi betul2 mencabar ya :)

    Entry Terbaru : Bikin Dialog Gambar Minah Ni Kalau Nak Topup RM30

    ReplyDelete
  5. lampu tidur tu dapat semua color ke atau warna2x dia blh setting ikut pilihan kita suka kak??

    ReplyDelete
  6. wah,, nak tahu jugak apa idea dorang tu kak fatin,,

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork