Friday, October 18, 2013

Klinik Mediviron UOA : Pakar Rawatan Aesthetic Di Kuala Lumpur

Assalamualaikum & Salam sejahtera semua

Semua orang kalau boleh nak kan kulit muka yang bebas kesan jerawat, pigmentasi dan flawless. Tapi ye lah, kadang-kadang ada banyak faktor yang menyebabkan kulit muka sebegitu susah untuk kita dapat. Faktor persekitaran, hormon badan kita dan mungkin juga pemakanan mempengaruhi semua tu. Termasuk lah aku! :(

Beberapa minggu lepas, aku telah dipelawa oleh Klinik Mediviron UOA untuk mendapatkan rawatan wajah yang bersesuian bagi mencapai impian aku. Sebagai perempuan, mestilah aku suka kan. Tapi, rawatan apa yang sesuai? Dan rawatan apa yang ditawarkan? 

Sebelum tu, mari aku kenalkan korang dengan Klinik Mediviron UOA, 


Klinik Mediviron UOA telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah menjadikan bidang Aesthetic sebagai kepakaran mereka. Pada mereka, bidang Aesthetic bukan sekadar untuk kecantikan, malahan kesihatan dan juga satu seni. Doktor dan pakar dalam bidang berkaitan diletakkan di situ dan akan cuba membantu para pelanggan mereka untuk mencapai impian mereka dalam kelihatan cantik. 


Setelah pertemuan diaturkan, aku pergi ke sana sorang-sorang. Nak discuss dan decide mana rawatan yang sesuai. Macam biasalah memang nervous. Untuk first appointment,  Joan salah seorang eksekutif di situ menyambut aku dengan baik. Tak lama lepas tu, aku dibawa ke consultation room. Nak check BMI & face assessment. Gulp! BMI je mesti aku fail kan. Hehehe. 


Cuak aku mula reda bila staff kat situ semua peramah dan mesra pelanggan. Mereka mula tenangkan aku dan brief aku serba sedikit mengenai rawatan yang mereka tawarkan. Tak lama lepas tu, seorang beautician datang dan assist aku untuk facial assessment tu. 


Facial assessment ni menggunakan satu mesin yang dipanggil VISIA. Daripada assessment result tu nantilah baru doktor akan cadangkan rawatan mana yang bersesuaian dengan kita. VISIA berperanan untuk analisis kulit, tona dan tekstur muka kita secara menyeluruh. Tak de rasa apa pun, sakit ke apa. Sebab dia camera je!


Mesti korang nak tahu resultnya kan? Hahahaha ok! Ok. Aku tunjuklah. Malu ni tau! Result dari VISIA ni boleh didapati tak sampai 5 minit pun. Memang mudah dan pantas. Result menyeluruh pulak tu. 


See. Kau tengok tu. Result muka aku. Basically, muka aku mengalami 3 kelemahan utama. Spots, wrinkles (macam orang tua betul kan???) dan jugak textures. Spots tu jugak termasuklah pigmentation. Alhamdulillah takde acne scar dan pores jugak kurang. :)

 Mereka mencadangkan 3 rawatan yang bersesuaian dengan keperluan aku : 


1. Medlite C6 ND : YAG Laser
2. Fractional CO2 Laser
3. LED Phototherapy 

Jadi rawatan mana yang betul-betul sesuai dan mengikut keperluan aku? So, ity kena tunggu next consultation. Means next entry lah! Aku jumpa buat pertama kalinya dengan seorang doktor yang cantik dan baik, Dr. Lashela. Dia akan in charge dan consult aku. Jangan lupa ye, next entry. Korang kena baca tau... :)

Btw, buat mereka yang berminat dan nak tahu lebih lanjut... ada banyak lagi servis yang ditawarkan oleh Klinik Mediviron UOA ni. Apa kata, korang  boleh tengok-tengok kat website mereka :

WEBSITE : 

FACEBOOK : 

ALAMAT LOKASI :

KLINIK MEDIVIRON UOA,
LG 9, Lower Ground Floor,
Wisma UOA II, Jalan Pinang, 
50450 Kuala Lumpur. 
(Berhadapan dengan Kuala Lumpur Convention Centre)


Oh ye, sebelum terlupa... pada 19 Oktober 2013, Klinik Mediviron UOA meraikan ulangtahun mereka yang ke-12. Ada banyak jugak aktiviti menarik sepanjang celebration tu. Siap ada 50% promotion lagi. Jom tengok kat website & FB mereka ok!  KLIK LINK ATAS TU.





9 comments:

  1. Menarik! Berapa caj treatment ni, Nani? :)

    ReplyDelete
  2. Kalau nak pergi.situ kena buat appoinment dulu ker?

    ReplyDelete
  3. how much sis buat semua nie? asap!

    ReplyDelete
  4. Ada jual mederma x kt situ???

    ReplyDelete
  5. Wah. MenariknyA. Tapi takut pula nak tahu kulit ni cemana. Huhu

    ReplyDelete
  6. Ada yg sudah coba produk dr R3 untuk masalah kulit dan bebas jerawat?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork