Thursday, October 3, 2013

Lost World of Tambun Beauty Bloggers Getaway : Beauty Travel Kit & Lunch di Gua Kepura

Assalamualaikum semua

[klik sini] untuk baca ENTRY 1 : KETERUJAANNYA BERMULA 

Kita sambung lagi lah cerita pasal Tambun. Selagi tak habis, selagi tu hati aku tak tenang. Ye lah sebab banyak benda menarik nak share dengan korang. 

Ok, mula-mula nak reveal dulu apa yang ada dalam Travel Kit yang diberikan tu. Ada 11 item dalam tu dan rasanya sepanjang aku terima beauty kit, ini lah yang paling masyuuuuukkkk sekali. Dah lah barangnya banyak, semua berkualiti & berjenama! Weee.....



1. Kinohimitsu J'Pan UV Bright Drink 
2. Esmeria Organics Pricky Pear
3. Lux Soft Touch Body Shampoo
4. Mozzie-A-Gogo Insect Repellent
5. LOREAL Mytic Oil Shampoo
6. LOREAL Mytic Oil Conditioner
7. Maybelline Baby Lips Colour Lip Balm
8. Lifebuoy Hand Sanitizers
9. TT Mask Orchid Extract Sheet Mask
10. Johnsons' Oxygen Fresh Gel Lotion
11. Sunplay Super Block SPF 130 PA+++ 


See. Betulkan aku cakap. From head to toe semua dijaga rapi. Gembira lah semua butterflies yang join Bloggers Getaway to Tambun ni. Memang meriah dan happy! 


Sesampainya kiteorang kat Ipoh, dua orang 'tourist guard' dari LWOT dah tunggu. Kami dibawa ke LWOT dengan bas. Daripada apa yang diterangkan, Ipoh - LWOT lebih kurang 20-25 minit saje. So, tak jauh sangat lah kan. 


Dalam bas, semua senyap je sebab excited tengok Bandar Ipoh. To be honest, memang berbeza. Jauh beza dari KL yang hiruk pikuk kan. Small town dia semua nampak vintage. Ada pasar karat yang dipanggil Memory Lane, ada stall nasi ayam, rojak, macam-macam jugak aku nampak. Tapi tak sempat nak snap gambar. 

Dan, tiba-tiba Shawal *the tourist guide* announce yang kiteorang dah sampai di LWOT! Woooohooooooooooooo!!!! Subhanallah!!! Cantiknya lahai LWOT. Memang cantik. Berlatar belakang kan gunung-gunung, perfectly LWOT sebagai antara pusat riadah keluarga yang cantik dan berunsurkan alam semulajadi. 


muka excited baru sampai. ohhh dalam bag plastik tu mineral water. :) hehehe. aku kan cepat dahaga!



Than kami di bawa untuk lunch. Kena jalan kaki time ni. Walaupun agak panas, *nasib baik ada topi pink* tapi kami tak kisah pun sebab dia macam teaser lah tentang LWOT ni. Sambil jalan, sambil-sambil snap gambar. Memang cantik!!

entrance nak masuk main pool
fuhyoh!!! lawa gila. siap ada ombak lagi!
Next lunch kami dalam gua! Yes Yes. Kalau korang nak tahu, di kawasan sekitar LWOT ada banyak gua. Dan salah satu nya adalah Gua Kepura. Gua Kepura telah di ubah suai untuk menjadi tempat meeting, training, workshop dan juga tempat makan. Sejuk dalam tu. Dan memang terasa keunikannya!




Makanan lunch yang dihidangkan memang lazat. Nyum nyum nyum!!! Dah lah memang semua lapar kan!





Memang satu pengalaman yang sangat menarik. Tak pernah lah aku makan dalam gua. Suasana dia romantik dan sangat tenang. Walaupun kat luar panas terik, dalam gua tu rasa sejuk. Tambah pulak ada unsur bunyian yang hening. Lagi syok!

Lepas habis makan, kiteorang naik train. Mujur naik train. Sebab kalau nak jalan kaki... hmmmm....hmmmm.... perut dah full, mata dah ngantuk... badan dah penat...... nak landing atas katil je rasanya ni....

but wait...mana kiteorang nak pegi ni???



p/s: Dalam ni.... lagi awesome! Macam-macam adaaaaaaaaaaaaaaaa!!! tunguuuuu!!!


Sedikit Update :

Lupa nak letak, dan terima kasih buat yang bertanya. Kat bawah ni ada harga untuk masuk LWOT.

DEWASA : RM 48
KANAK-KANAK : RM 41 


16 comments:

  1. bestnya..akk nanti terangkan la pakej yg ade kat LWOT.blh prepare budjet utk percutian family nanti.hihihi

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum nanie. wahhh dah masuk part 2! yeayyyy wait for me :)

    ReplyDelete
  3. wow...heaven nya pergi lost worl tambun
    dah lama teringin nak pergi

    My recent post : Hanya Di Malaysia Versi Instagram Episode 8

    ReplyDelete
  4. So best kan! I jeles tau! heee..happy for you :)

    ReplyDelete
  5. makan dlm gua tuh harga lain ker?

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa. Teringin nak follow event2 macam ni. Kena tunggu sya habis belajar dlu kot. hhe

    ReplyDelete
  7. Farah baru follow blog ni. Hehe sorry lambat. Dh jarang bukak blog :D

    ReplyDelete
  8. I know nothing about the lost world of tambun ni actually. but to come across your blog...wheeewww! Tambun nampak setanding jugak with theme park out from Malaysia. nice, now bertambah idea utk destinasi percutian. thx sweety. ^__^

    ReplyDelete
  9. patung kucing ke tu? omeynyaaaaaa

    ReplyDelete
  10. teringat kenangan gi sana time form 2 ke form 3 dulu,, kenangan sungguh,, huhuuu

    ReplyDelete
  11. uish ade tempat makanan dalam gua tu..

    ReplyDelete
  12. ada tempat maknan dekat gua..menkjubkan...

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork