Wednesday, October 30, 2013

Lost World of Tambun : Hotel & Lost World Hot Spring Yang Memang Awesome!

Assalamualaikum semua

ENTRY 1 : KETERUJAANNYA KINI BERMULA 
ENTRY 2 : BEAUTY TRAVEL KIT & LUNCH DI GUA KEPURA
ENTRY 3 : SESUAI UNTUK PERCUTIAN SEISI KELUARGA
ENTRY 4 : HOTEL & LOST WORLD HOT SPRING (entry ini)

Wooho!!! This is my last post regarding Lost World of Tambun. Pheww... sebenarnya kalau nak diikutkan banyak lagi benda best aku nak cerita pasal LWOT tu. Sebab apa, seronok sangat. Walaupun nampak macam satu percutian yang singkat, tapi aku rasa memang satu percutian yang lengkap. Bukan sekadar boleh hilangkan penat & stress, malahan sangat sesuai untuk berhibur dan luangkan masa dengan kawan atau keluarga.

Kalau entry sebelum ni, aku dah cerita beberapa park yang ada dalam LWOT kan, kali ni aku nak focus pada Amusement Park, Hotel & Hot Spring mereka pulak. Pada aku lah kan, Hot Spring mereka adalah salah satu tarikan paling utama yang aku minat. Tapi sebelum tu meh cerita lain dulu...


1. AMUSEMENT PARK

Memenuhi tuntutan taman tema yang menyeronokkan, LWOT turut dilengkapi dengan Amusement Park. Ia lebih kurang mini fun fair. Aku tak sempat sangat nak main semua permainan yang ada sebab Amusement Park ditutup ja 7 malam. That's why lah aku dan Kak Sabby plan kiteorang nak snap-snap photo and meninjau sekitar kawasan. 






Permainan yang ditawarkan semua nampak best. Tapi tu lah sebab kesuntukan masa memang tak dapat nak main. Aku cuma main roller coaster je. Itu pun mula-mula cuak. Tapi lepas dipaksa oleh Mira Cikcit, Nala, Norfa, Sheila and semua orang, aku dengan Kak Sabby sahut cabaran tu. Actually roller coaster dia takdelah ekstrem sangat. Cuma itu first time untuk aku. Aku pulak boleh terbayang Final Destination atas tu! Haish. Nauzubillah. 

But again, don't worry guys. Kat sana Insya Allah keselamatan anda terjamin. Selagi ikut arahan dan peraturan. 



2. HOTEL LOST WORLD OF TAMBUN

Haaa... part ni aku tahu ramai yang tunggu-tunggu kan. Yes babe, seriusly...hotel dia best gila. Aku bagi 4/5 bintang. Memang terbaik. Selesa, sejuk, pemandangan yang menarik, bersih, lengkap. Serba serbi puas hati.


Terletak berhadapan dengan entrance theme park, hotel ni memang satu-satunya tempat penginapan yang ada di LWOT. Jalan kaki around 7-8 minit dah sampai. Tak silap ada 3-4 tingkat lah. Dan memang besar!




Bertuah betul. Bilik aku menghadap ke entrance LWOT, jadi bila malam nampak cantik sangat entrance tu. Sebelah kiri pulak nampak pemandangan sekitar Tambun. Memang bumi Tambun ni cantik. Penuh dengan ciptaan Allah. Harapnya kekal lah sampai bila-bila kehijauan ni. Amin!



Malam tu, aku memang tidur tak menyadar. Punyalah penat kan. Tilam empuk dia, ari cond sejuk dia... fuh fuh fuh. Maka badan penat, lepas urut dan masuk hot spring. Serius beb, memang rasa lepas spa! Hahahaah. 

Oh, untuk yang nak tahu rate... The Butterflies dapat bilik Exotic Room. Satu malam RM 500.  Yang bilik aku ni sesuai untuk 2-3 pax. Dan kat bawah ni, ada senarai harga setiap bilik. 


Aku sarankan, kalau korang nak pergi time holiday ke apa, better buat reservation awal-awal. Sebab dari yang aku tahu, event weekend masa kiteorang sampai tu pun, memang ramai orang. Jadi, untuk elakkan masalah korang book awal. Senang! 

Selain dari tu, aku pun perasan yang LWOT selalu jugak buat promosi & bagi diskaun di Groupon & Milk-a-deal. Cuba-cubalah korang tengok situ. Aku tengok harga nya agak berpatutan jugak! 


3. HOT SPRING & SPA

Beb, inilah yang aku cakap tarikan utama dia. Dalam banyak-banyak hotel & theme park aku pergi, aku paling suka part ni. Hot Spring dia. Ye lah, its a natural mineral hot spring tau. Memang lah masa mula-mula tu aku cuak jugak, sebab takut terlalu panas kan. Suhunya aroun 38-40'. Tapi lama-lama body kau boleh adapt dan memang sangat menyelesakan.






Kat sini ada 4 Hot Spring Pool iaitu Crystal Pool, Infinity Pool, Top of The World & Saphira Lair. Untuk kanak-kanak, hanya Saphira Lair yang dibenarkan. On that day, Crystal Pool telah direservedkan untuk team Butterflies. Memang awesome gila lah!

Di Infinity Pool pulak ada steam cave. Aku masuk dalam 10-15 seconds je. Sebab dia agak panas lah. Dan memang dinasihatkan untuk tak duduk dalam tu more than 5 minutes. Fungsinya sama macam kita masuk steam room tu. 

Sedikit tips aku boleh kongsi lah kan, memang masa baru-baru masuk pool tu badan kau rasa panas dia agak tinggi sebab masa tu badan belum adapt. Try masuk sikit-sikit. Contoh masuk setakat pinggang dulu... than relax untuk 2-3 minit. Barulah slowly korang masuk lagi. Jangan masuk terus satu badan. Memang badan terkejut and nerves sakit kita akan rasa. 






Malam tu jugak ada disediakan urutan dari Crystal Spa. Memang best. Segala otot-otot penat dan kejang diurut. Masuk pulak dalam Hot Spring. Memang rasa nak tidur situ terus. Pada aku lah kan, Hot Spring di LWOT ni bestnya sebab dia terjaga, bersih & sesuai untuk seisi keluarga. Masa malam tu, ramai jugak family bawak anak-anak semua datang berendam dalam hot spring pool. 

Untuk hot spring pool pulak, ini details nya :

Park Closed : Every Teusday
Except on Malaysian School & Public Holiday

LWOT Hot Sping & Spa by Night : 6pm - 11pm

Fee: Adult - RM 18
     Kid - RM 15


Keesokan paginya, seawal jam 8 pagi lagi aku dengan Kak Sabby dah turun nak pi breakfast. Bangun pagi hirup udara segar Tambun kan. Kalau kat KL pagi-pagi dah berasap woi! Haish. Not good not good for our lungs! 

Breakfast pagi tu di Garden Terrace. Makanannya lazat & sangat mengenyangkan perut comel aku ni. Hehehe. Badan segar, udara segar, makanan sedap. AuchhhH!!!! Such a heaven!







Sebelum balik, kenalah singgah souvenir shop dulu!!! Beli apa yang patut tanda kenangan di LWOT. Harga souvenir di sini memang agak mahal sikit. Korang kenalah pandai pilih sikit. Cari yang worth it. Ada jugak yang berpatutan! Sempat jugak lah aku beli 4 keychain untuk Akim dan adik beradik aku jugak fridge magnet. :)





Secara overall, aku rasa LWOT ni memang satu tempat percutian yang sangat menarik. Penuh dengan aktiviti yang best dan  mengujakan. Sesuai untuk semua lapisan umur. Kanak-kanak & orang dewasa. Keluarga mahupun kawan-kawan. Suasana LWOT yang masih mengekalkan keindahan dan kecantikan alam semulajadinya harud diberikan pujian. Bukan mudah untuk satu-satu tempat percutian untuk "stay green". Jadi, aku sangat-sangat sarankan pada mereka yang nak keluar dari hiruk pikuk kota, dan stress kerja atau belajar... cubalah ke LOST WORLD OF TAMBUN!!!

Than, there you will be lost in fun!!! :)






Bye Tambun! Bye Ipoh!!! Moga ketemu lagi...... I'm really in love with you!!!!


Terima kasih daun keladi kepada para penaja :


The Butterfly Project Malaysia : 

Lost World of Tambun : 

KTM Berhad :

PHOTOGRAPHER : 
 I AM STUDIO (HENRY LEE)
https://www.facebook.com/imstudiomalaysia


14 comments:

  1. bestnya bercuti kat sana,...nak jugak cari pakej yang sesuai...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya tengok aktiviti The Butterflies ni.. Rugi tak dapat join.. T_T
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  3. untungnye dpt beronok2 dengan geng blogger yg lain

    ReplyDelete
  4. teringin nak pergi tambun tapi tak jumpa masa sesuai lagi

    ReplyDelete
  5. tengok gambar pn dah dpt rasa mmg best sgt2 trip ni! ya Allah hope ada lagii! hehe... part makan tu yg paling best. hehehehe

    ReplyDelete
  6. wahh bestnya bercuti :D

    http://yayacaramel.blogspot.com/2013/10/clothes-and-bag-to-grab.html

    ReplyDelete
  7. hotel dia mcm besttt ja.. wuuu bestnya jln2 .. :D

    ReplyDelete
  8. syiknyer..sambil-sambil tu boleh tenangkan fikiran kan..

    ReplyDelete
  9. Hey Coklateyes,

    A very informative post on Lost World! Do check out our post on Lost World Hot Springs and Spa as well!

    Happy Travels Everyone!

    Tom,
    2bearbear.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork