Thursday, October 17, 2013

NUXE Blogger Event with SaSa : Perkenal Produk Anti Penuaan Terbaik!

Assalamualaikum semua

Dua minggu lepas aku dijemput untuk menghadiri satu event "An Anti-Aging Affair" daripada NUXE dan kolaborasi SaSa Malaysia. Bertempat di Sasa Store, Bangsar Shopping Centre seramai lebih kurang 10 orang blogger telah dijemput untuk sesi tersebut. 



Aku sampai awal. Dalam 1.30pm dah ada kat sana. Excited sangat kan. Well, untuk mereka yang tak tahu, NUXE merupakan salah satu brand kegemaran aku bagi produk skincare. Menggabungkan kecantikan & aromaterapi, NUXE merupakan produk daripada Paris dan telah diinspirasikan daripada pengasasnya, Ms Aliza Jabes. Apa yang bagusnya, kesemua rangkaian produk mereka menggunakan 100% bahan semulajadi dan bunga-bungaan. Sesuai dengan tagline mereka "Beauty by Nature"

Kali ni yang menariknya, selain daripada memperkenalkan produk anti-penuaan mereka, ada penampilan Mr. Ryan Lau, NUXE Regional Education Manager yang diterbangkan khas dari Hong Kong! 


Dalam event ni, ada 4 product line yang diperkenalkan iaitu : 

1. Pre-Serum (NUXELENCCE JEUNESSE) 
2. First Expression Line (NIRVANESQUE)
3. Visible Expression Line (MERVEILLANCE)
4. Loss of Density & Loss of Radiance (NUXURIANCE)

Haaa... terbelit kan lidah nak menyebutnya. Yes. Yes. Kita belajar Bahasa Perancis sikit lah ye! Jom kita tengok satu-satu produk atas tu :

1. PRE SERUM (NUXELLECE JEUNESSE) 




Nuxellence Jeunesse adalah produk terbaru dari NUXE. Berfungsi sebagai pre-serum, Nuxellence membantu kulit muka dengan 'membuka' sel-sel pada kulit muka kita supaya mudah untuk meyerap vitamin-vitamin dari krim dan serum yang diberikan. Ia akan bertindak untuk "re-charging" sel kulit muka kita dan secara tak langsung menyebabkan ia kelihatan bertenaga dan tampak muda



2. NIRVANESQUE 


Nirvanesque adalah produk skincare mereka yang berfungsi untuk melawan first expression line. Berkeupayaan untuk mengurangkan wrinkles dan membantu kulit muka supaya lebih lembut, licin dan relax. Malahan, dengan Nirvanesque kulit muka juga menjadi lebih lembap dan bermaya. 



3. MERVEILLANCE 


Berfungsi sebagai krim anti-wrinkles, Merveillance memainkan peranan untuk membuang jauh-jauh segala jenis fines line dan memperbaiki tekstur kulit wajah. Dengan penggunaan yang konsisten, selepas dua bulan kajian membuktikan kulit wajah kelihatan sangat cantik, bertenaga, muda dan dengan permukaan yang licin dan cantik. 




4. NUXURIANCE


Ini juga menarik. Dengan Nuxuriance, ia membantu kita dalam meremajakan kulit muka dan memberi tenaga dengan memperbaiki permukaan epidermis kulit muka kita. Malahan kepadatan dermis kulit muka diatasi dan juga masalah radiance pada kulit muka. Ia juga diyakini mampu mengatasi masalah puffiness dan masalah dark circle serta brown spots



Semasa event, Mr Ryan Lau jugak menerangkan kepada kami tentang fungsi setiap produk dan bagaimana cara untuk apply produk-produk NUXE ni.



Malahan, banyak tips dan cara penjagaan kulit muka diberikan. Memang seronok. Lagi pulak Mr. Ryan ni orangnya jenis cepat mesra. Tak boring langsung penerangan dari dia! Semua have fun. :)




Dan part paling best, kami semua dapat NUXE product for all-4-lines anti-aging tu. Memang seronok. Its worth RM 750 tau! Waaaa.... and its all in full size! 


Insya-Allah nanti aku review satu-satu ye. Memang best gila produk mereka. Bau wangi dan paling penting, its all by nature!

Untuk maklumat lanjut mengenai NUXE :



Website : 

Facebook  :  ( DO LIKE & SHARE) 


Bye :) jumpa lagi ok!


7 comments:

  1. menarik produk nih... untung kalau boleh dapat free.. huhu~

    ReplyDelete
  2. Anis suka NUXE jugak. Start dgn multipurpose oil, pastu terus suka dgn brand ni :)

    ReplyDelete
  3. semakin aktif skang nanie kan dan sangat murah rezeki.alhamdulillah..good opportunity kan..grab it always :) all the best dear!

    ReplyDelete
  4. Wah! makin aktif join event sekarang.. Alhamdulillah, rezeki dear.. =)
    ZON PERMAISURI CHOMEL

    ReplyDelete
  5. Gd sharing.. kak nora pun dah kedut sans sini..

    ReplyDelete
  6. semua produk yang disenaraikan nad memang tak pernah guna..tengok harga pun mahal..hehe..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork