Saturday, October 26, 2013

Rezeki Menang Smart Phone Ninetology!

Assalamualaikum semua

Well, bagi mereka yang follow fb aku mungkin dah tahu. Last week merupakan minggu yang sangat menggembirakan aku. Mana taknya, Alhamdulillah syukur rezeki datang dari Blog Coklateyes ni. Sumpah, takde sapa sangka. Rezeki Allah bagi. Melimpah ruah kepada setiap hamba-Nya!



Alhamdulillah, nama aku terpilih sebagai antara 3 yang bertuah untuk memenangi Lucky Draw dari Ninetology Malaysia. Syukur!!!

Sungguh beb, di saat ni memang aku agak "menyimpan" duit jugak lah. Blackberry aku kan rosak. Tiba-tiba white screen semata. Bawak pi kedai kalau nak betulkan makan 3-4 ratus jugak. Menangis lah dengar kan. Yelah hadiah dari someone, sapa tak sayang. Sentimental value tu. Jadi, disebabkan takde BB, makanya nombor maxis, tak dapat aku guna. Email, fb, twitter, wechat, whatsapp on the go pun takde. Semua dalam BB je aku guna. Sebab BB kan ada Blackberry Internet Service (BIS). Murah!

So, memang plan dalam akhir tahun ni ke nak amik phone baru lah. Siap plan nak buat loan dengan akak sendiri lagi sekiranya sampai bulan 12 duit tak cukup... hehehe. Tup-tup balik dari event di Park Royal Jumaat lepas, aku bukak FB nampak one of the blogger tag aku and ucap tahniah. Aku macam... what? what? what???

Sekali bukak email, wah!!!! Menggigil tangan aku. Bila mana impian selama ni menjadi kenyataan. Akhirnya, dapat jugak hadiah handphone dari cabutan bertuah. Sapa sangka kan? 

Than last two days, adik aku call. Dia bagitahu handphone dah sampai rumah. Terus dia whatsapp gambar kat aku! Alahai, meroyan aku kat KL ni. Tak sabar punya pasal. Sekejap sekejap tengok gambar, tengok handphone baru lah katanya! Hikhikhik. Buruk perangai. 


Again, aku tak tahu macam mana nak bagitau betapa gembiranya aku. Kau boleh faham tak perasaannya bilamana doa kau dimakbulkan tuhan. Aku memang terharu. Alhamdulillah sangat. Bukan calang-calang jugak, harga handphone ni RM 1199. Aku punya bajet nak beli handphone just below RM 1k je. Terharu aku! T___T

Masa Tech Kiaju & Ninetology anjurkan review handphone U9 ni, aku adalah antara first batch yang ditawarkan untuk campaign mereka. But on that time, aku terpaksa tolak. Atas alasan masa tu nak pi Bloggers Getaway ke Tambun, so handphone pinjam kan... agak cuak nak pegang banyak-banyak phone. Tinggi risikonya. Lastly, rupanya Allah bagi rezeki untuk aku terus dapat handphone ni jadi hak milik kekal. 

Insya Allah, lepas projek ke Ipoh ni aku terus balik Johor. Nak renew road tax kereta dan amik hanphone ni sekali. Nanti dah guna, dah try semua aku buat review lah ye. First time nak review gadget! :) 

Again, terima kasih Ninetology. Terima kasih Allah! 



p/s: Semoga Blog Coklateyes terus memberi kegembiraan!



30 comments:

  1. Alhamdulillah. ..tahniah kak!hepi tgok org hepi...mencurah2 rezki akak...moge Allah sentiase lebihkn rezki akk lg...doa untuk org dn doa untuk diri sendiri gak..amin...

    ReplyDelete
  2. waaaa... tahniah nani menang hadiah best sampai guling-guling ni

    ReplyDelete
  3. wah..congratz..untung jadi blogger :-)

    ReplyDelete
  4. wahh bestnye! Untung sangat..rezeki nanie kan..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah kak.. sy pn pkai fon dr ninetology jgak.. :D

    ReplyDelete
  6. Taniah Nanie..bangga dgn nanie..semoga bertambah rezeki lagi..InshaAllah, dgn blog pun boleh tambah income kan..:)

    ReplyDelete
  7. syok giler..rezeki....tahniah yer... :)

    ReplyDelete
  8. tahniah... rezeki Allah nak kasi. Bukan senang nak dpt dpd ramai-ramai org kat mesia nih

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, murah rezeki awak. Tahniah ^^

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah, tahniah, rezeki kan, tiba2 rasa terharu pulak baca entri ni. Hehe

    ReplyDelete
  11. tahniah.. setiap yang berlaku tu mesti ada hikmahnya. alhamdulilah. tumpang gembira ya

    ReplyDelete
  12. sonoknyaaa..murah rezeki nanie. :)

    tahniah darling!

    ReplyDelete
  13. tahniah nanie..murah rezeki dah ni

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork